Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Nasi Minyak Oren Sunquick. Masak Nasi Minyak Paling Simple Tapi Rasanya Betul-Betul Marvellous!

0

Kalau pernah minum oren sunquick, mesti tau macam mana rasa sedap dan wangi airnya tu kan. Bayangkan kali ni dicampurkan dalam apa-apa masakan atau nasi pula. Sedap dan enak juga tau! Resepi nasi minyak oren sunquick ni mudah je dan ada rasanya yang tersendiri.

Sebenarnya cara masakannya lebih kurang sama je dengan nasi minyak biasa. Cuma dicampurkan je dengan oren sunquick. Tapi bila naik aroma oren tu terasa pula masakan tu lagi istimewa. Kalau sesekali nak buat hidangan untuk keluarga pada hujung minggu masakan macam ni best juga.

Ada yang merasakan nak masak nasi minyak ni lebih enak menggunakan beras basmathi. Memang beras panjang ni nampak cantik bila masak nasi berperisa. Tapi kalau pakai beras apa pun namun cukup bahan perasanya pun dah memadai. Tetap menyelerakan juga.

Bagi masakan nasi minyak oren sunquick ni, aroma wanginya tu buatkan ianya bertambah sedap. Walaupun kita tau rasa sunquick ni agak masam-masam sikit. Bila dimasakkan dengan nasi, rasa masamnya tu tidaklah terasa sangat. Cuma warnanya je menjadi sedikit kuning dan bau yang harum.

Kalau nak cuba sendiri resepi nasi minyak oren sunquick ni, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah ni. Beliau baru je sekali mencuba resepi ni, dah terus jatuh cinta! Jom lihat cara memasaknya.

 

RESEPI NASI MINYAK OREN SUNQUICK

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Beras 2 cawan (apa-apa jenis beras pun tak apa)
  • Bawang putih 3 ulas yang dimayang (dipotong halus-halus panjang)
  • Bawang besar setengah biji (dipotong dadu)
  • Rempah 3 sekawan 1 set (bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang)
  • Daun pandan 2 helai (yang disimpul)

  • Marjerin atau butter dalam 1 setengah sudu besar
  • Susu cair 1 cawan (atau susu segar pun boleh juga)
  • Sunquick 1 sudu
  • Ayam 3 ketul (pilihan nak letak atau tidak). Kalau dah ada masak lauk lain, tak letak ayam dalam nasi pun tak apa. Masak ayam dalam nasi ni sesuai bagi yang nak lauk segera.

Cara memasak nasi minyak oren sunquick:

▶️ Mula-mula panaskan kuali tanpa minyak. Kemudian masukkan marjerin atau butter dan biarkan sehingga cair.

▶️ Selepas tu masukkan bawang putih, bawang besar, rempah 3 sekawan (bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang) dan juga daun pandan. Tumis sehingga naik bau wanginya dan sampai warnanya kuning keperangan.

▶️ Kemudian masukkan beras dan kacaukan sampai sebati. Dan selepas tu masukkan susu cair atau susu segar tadi.

BACA JUGA: Resepi Nasi Minyak Dan Gulai Terengganu Sedap, Rasa Kuah Gulai Yang Original Dan Padu!

▶️ Seterusnya masukkan oren sunquick. Kacaukan sehingga air sunquick tu sekata. Selepas tu dah boleh masukkan air sampai paras sesuai seperti masak nasi biasa.

▶️ Perasakan dengan sedikit garam dan masukkan juga ayam (optional) tadi.

▶️ Masak nasi seperti biasa!

▶️ Lepas dah masak boleh dihidangkan.

 

Selalunya bila dah masak nasi minyak ni, mesti ada lauk perisanya yang lain kan? Bagi yang masak nasi minyak ni dengan masukkan ayam sekali sebagai lauk segera tu, boleh gunakan sos cili biasa atau sos thai sebagai pelengkap hidangan.

Hidangan ni jauh lebih simple dan sesuai nak buat hidangan untuk anak-anak. Apa yang istimewanya, masakan ni nampak mewah dan amat menyelerakan. Janji cukup lengkap dengan lauk ayam segera, sos cili, kicap dan sayuran lain seperti timun dan salad.

Bagi yang baru nak mula belajar masak nasi minyak pun boleh cuba resepi ni sebab sangat mudah, cepat dan menggunakan bahan yang simple je. Campuran oren sunquick tu pasti buat anda suka sebab memberikan kelaian pada rasa masakan kita.

Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.