Dalam banyak-banyak nasi ayam yang pernah kita makan, resepi nasi ayam yang paling sedap bila rasa nasi tu cukup lengkap dengan hidangan ayam yang juicy dan lembut isinya. Dipadankan dengan sup yang terasa rempahnya dan juga sos merah dan kicap yang padu!
Dan resepi dari Azie Kitchen ni memang wajib untuk semua orang cuba. Resepi dia mudah je tapi lengkap sampai hidangan akhir. Dan paling best, rasa nasi ayam dan lauknya pun kena dengan selera kita.
Memang tak dapat dinafikan sesetengah kedai ada yang jual sekadar nasi ayam tanpa fikirkan rasa. Kadang sup tawar, kadang ayam nya kering. Oleh itu ada baiknya kita belajar buat sendiri dan follow resepi yang mudah.
Jom saya kongsikan bahan-bahan yang digunakan dan cara nak buat nasi ayam follow resepi Azie Kitchen ni.
RESEPI NASI AYAM
Bahan-bahan yang digunakan adalah L
BAHAN AYAM :
- 1 ekor ayam
- 2 inci halia
- 4 ulas bawang putih
- 5-6 ulas bawang merah
BAHAN PERAP AYAM:
- 1 sudu besar sos tiram
- 1-2 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap manis
- 1-2 sudu besar madu
- 1 sudu besar minyak bijan
CARA PENYEDIAAN AYAM :
▶ Mula-mula, kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit. Kalau belum cukup kerana saiz ayam besar, panjangkan tempoh perap. Ayam ni lagi lama perap lagi sedap dan lagi lembut isinya.
▶ Kemudian, didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak.
▶ Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
▶ Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam.
▶ Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak.
▶ Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.
TIP :
▶ Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik.
▶ Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja. Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng.
▶ Saya lebih suka goreng dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.
BAHAN NASI AYAM :
- 2 sudu besar mentega – saya guna minyak ayam (Ketulan lemak ayam – panaskan dan guna minyaknya)
- 5 ulas bawang merah – tumbuk
- 3 ulas bawang putih – tumbuk
- 2 inci halia – tumbuk
- 2 helai daun pandan
- 1 helai daun salam (bay leave)
- ¼ cawan susu full cream
- ½ – 1 kiub serbuk pati ayam
- 1 sudu kecil garam
- Secubit gula
- Rempah penumis – 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis
CARA PENYEDIAAN NASI AYAM AZIE KITCHEN :
▶ Mula-mula, basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker.
▶ Seterusnya, di dalam kuali masukkan mentega (saya guna minyak ayam), tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.
▶ Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk pati ayam dan secubit gula.
▶ Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.
▶ Sukatan air ikut sukatan untuk jenis beras masing masing.
▶ Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.
BAHAN SAMBAL CILI :
- 5 tangkai cili padi merah siam – saya guna cili merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia – saya tambah
- 1 sudu kecil cuka
- 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
- 1 sudu kecil gula atau secukup rasa
- ½ cawan air rebusan ayam
- Sos tomoto
BACA JUGA: Pelbagai Masakan Menggunakan Tauhu Yang Awesome! Hidangan Ringkas Tapi Rasa Memang Padu!
CARA PENYEDIAAN SAMBAL CILI :
▶ Kisar dulu cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih.
▶ Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa.
▶ Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.
CARA SAMBAL KICAP :
▶Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.
▶ Sesuaikan rasa garam dan gula. Angkat.
BAHAN KUAH SUP :
- Jeruk kubis
- Garam
- Serbuk pati ayam
- Daun bawang – tabur
- Bawang putih goreng – tabur
CARA PENYEDIAAN KUAH SUP :
▶ Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk pati ayam.
▶ Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.
Seronok betul rasa bila satu perkongsian macam n itapi lengkap untuk satu hidangan kita. Tak perlu lagi nak bukak posting lain untuk tengok cara masak bahan-bahan yang lain kan.
Nak buat nasi ayam cari Azie Kitchen ni memang mudah. Apa yang penting dalam resepi ni, waktu rebus ayam tu memang kene banyakkan aor sebab air rebusan ayam tu akan digunakan di setiap bahan lain yang akan kita buat.
Resepi mudah dah ada, sharekan dulu di wall facebook korang. Senang nanti nak scroll dan cari bila rasa nak buat. Saya ucapkan selamat mencuba ye!