Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Nasi Ayam Hainan Paling Sedap Dan Mudah Disediakan! Masaknya Cepat Tapi Rasa Memang Padu!

0

Nasi ayam ni boleh dikatakan nasi berperisa yang hampir semua sukakannya. Kalau nak buat hidangan istimewa hujung minggu tu, nasi ayam lah selalu menjadi pilihan. Dalam banyak-banyak, resepi nasi ayam Hainan paling sedap dan mudah untuk disediakan.

Kenapa nasi ayam Hainan ni selalu menjadi pilihan sebab cara masakannya yang menggunakan bahan yang sedikit. Tambahan lagi rasanya sangat special bila aroma ayam bercampur dalam nasi sebab dimasakkan sekali dalam periuk.

Orang kata nak tau masakan nasi ayam ni sedap, bila mana kita makan nasinya sahaja dah terasa sedap walaupun tanpa hidangan tambahan seperti sos dan kicap. Nasi ayam Hainan mempunyai ciri-ciri nasi yang lembut dan wangi.

Masakan ayamnya pun lebih juicy sebab resepi original nasi ayam Hainan ni tak perlu digoreng. Hanya melalui proses rebus dan kukus yang melembutkan isi ayam di luar dan dalam. Bila gigit tu boleh rasa kelembutan daging ayam dalam keadaan berjus. Nikmat kan rasanya!

Kalau nak tau contoh ciri-ciri nasi ayam Hainan, rasanya ialah seperti nasi ayam di restoran Chicken Rice Shop dan My Mom’s Chicken Rice. Kalau makan kat restoran ni, boleh tau beza antara nasi ayam Hainan dan nasi ayam yang biasa kita lihat di restoran yang mempunyai nasi berwarna kuning tu.

Bagi yang tak biasa makan hidangan nasi ayam Hainan, boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Nadiah Halim ni. Resepi yang dikongsikan lengkap dengan sayuran taugehnya sekali. Sebab nasi ayam Hainan ni bertambah sempurna kalau ada sekali hidangan sayurnya.

Jom kita lihat resepi nasi ayam Hainan paling sedap dan mudah untuk disediakan ni.

 

NASI AYAM HAINAN

Bahan-bahan masak nasi ayam untuk bilangan 10 orang makan:

  • Beras wangi atau beras biasa 4 cawan (siap dicuci)
  • Air 4 cawan
  • Peha ayam 4-5 ketul (siap bersihkan)
  • Bawang besar holland 1 biji yang dipotong 4
  • 2 kiub pati ayam Maggie
  • Halia 3 inci yang dipotong halus
  • Sos tiram 2 sudu
  • Daun bawang 1 tangkai

Cara memasak nasi ayam Hainan:

▶️ Mudah je masak nasi ayam ni. Masukkan je kesemua bahan dalam periuk dan tenggek atas api.

▶️ Caranya masukkan dulu beras yang dah dicuci, kemudian masukkan air, sos tiram, kiub pati ayam Maggie, halia dan bawang yang dipotong 4 tadi.

▶️ Selepas tu kacaukan dulu bagi sekata, dan susunkan ayam di atasnya. Daun bawang kemudiannya diletakkan di atas sekali.

▶️ Jangan lupa tutup rapat periuk dengan penutupnya selepas tu.

▶️ Masakkan nasi dan ayam selama lebih kurang 25-40 minit atau sehingga nasi masak.

▶️ Setelah dah masak boleh padamkan api.

▶️ Dah siap hidangan nasi dan ayam!

Bagi yang suka masakan nasi ayam yang ayamnya digoreng, boleh gorengkan sedikit untuk dapatkan kulit yang sedikit garing. Tapi bagi yang tak nak, boleh biarkan je ayam terus distim sebelum dihidangkan.

Hidangan nasi ayam ni selalunya makan dengan taugeh. Namun boleh je kalau nak masak dengan sayuran lain.

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Nasi Ganja Viral! Resepi Nasi Ganja Hidangan Lengkap Dengan Sambal Tumis Udang!

Bahan-bahan untuk masakan sayur:

  • Taugeh atau apa-apa sayur
  • Bawang putih 4 ulas
  • Sos tiram 2 sudu
  • Minyak 2 sudu

Cara masak sayur untuk nasi ayam Hainan:

▶️ Mula-mula potong dadu untuk bawang putih.

▶️ Panaskan minyak dan goreng bawang putih tadi.

▶️ Kemudian masukkan sos tiram dan kacau sehingga nampak garing-garing sikit.

▶️ Dan akhir sekali masukkan sayur.

▶️ Kacau sehingga sebati dan boleh tutup api.

▶️ Dah boleh dihidangkan dengan nasi ayam!

Bagi resepi nasi ayam Hainan ni, tak ada penambahan garam dan gula. Rasa plain masakan ayam yang dicampur dengan sos tiram dan perencahnya tu pun dah memberikan rasa yang sedap.

Lagi satu, keenakannya lagi bertambah terasa bila ayam tu dimasak secara stim pada awalnya bersama nasi. Rasanya sangat original bila dimasak sekali, lagi-lagi nasi tu pula dimasak lembut. Betul-betul menambat selera.

Kalau nak buat hidangan nasi ayam untuk keluarga pada hujung minggu, buat sahaja resepi nasi ayam Hainan paling sedap ni. Bukan sekadar sedap, penyediaanya pun sangat mudah dan cepat.

Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.