Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Lengkap Cara Buat Nasi Ayam Yang Sedap Dan Juicy. Guna Lemak Ayam Untuk Rasa Lebih Marvellous!

0

Kalau sebut Nasi Ayam ni memang gembira lah semua orang dalam rumah. Sebab Nasi Ayam walaupun dia simple tapi boleh jadi kegemaran kita semua. Dan Nasi Ayam pun ada beberapa versi yang sedap dan mudah.

Bila anak-anak sebut nak makan nasi ayam, saya memang selalu follow resepi ni je. Rasa dia sedap dan kena dengan selera semua ahli keluarga. Simple je cara buat dia, tapi boleh buat kita menambah tanpa sedar!

Jom saya kongsikan resepi Nasi Ayam dari Cik Puan ni, sekali je cuba follow resepi ni, insyaAllah melekat sampai bila-bila.

Perkongsian Nasi Ayam ni saya kongsikan lengkap dari cara nak masak nasi, sediakan ayam, sup serta sos -sosnya ya. Mudah untuk anda nak follow step by stepnya.

 

RESEPI NASI AYAM SIMPLE TAPI POWER

Bahan – bahan yang diperlukan adalah :

UNTUK REBUSAN AYAM :

  • 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar (dipotong kasar)
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 2 batang serai
  • 3 ulas bawang putih

 

BAHAN PERAPAN AYAM :

  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos lada hitam
  • Kicap manis secukupnya
  • ½ sudu gula merah/ gula kabung
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil pati ayam
  • Sedikit marjerin

CARA PENYEDIAAN AYAM :

▶ Mula-mula, bersihkan ayam dan potong ikut saiz yang kita nak. Boleh juga gunakan seekor terus tanpa potong untuk direbus.

▶ Kalau suka lemak ayam, asingkan ketepi, sebab lemak ayam ni boleh kita gunakan untuk jadikan bahan nasi sekejap lagi.

▶ Ayam kita akan rebus dulu sebelum perap dan gorengkan kejap laigi, Tujuan dia untuk pastikan ayam kita masak dan dapatkan hasil ayam yang juicy je bila dimakan.

▶ Untuk rebus ayam ni, mula-mula panaskan air bersama bahan rebusan ayam di atas. Biarkan sampai mendidih, barulah masukkan ayam. Jangan lama-lama sangat takut ayam kecut. Cukup sehingga ayam masak.

▶ Ayam dah masak, angkat dan toskan sekejap.

▶ Kemudian,  tumbuk halia dan bawang putih, perah dan ambil jusnya saja.

▶ Seterusnya, gaul dengan semua bahan perapan lain hingga sebati. Perap paling sekejap dalam 1 jam dengan ayam yang kita dah direbus tadi. Lagi lama kita perap, lagi sedap rasa ayam tu tau.

 

TIP :

▶ Nak bagi ayam berkilat, waktu nak goreng ayam tu, masukkan sedikit kuah perapan ayam tadi, bersama 1 sudu madu. Kalau tak ada madu, boleh gunakan marjerin.

▶ Kerap balik- balikkan ayam sebab tak nak masak terlalu lama. Nanti ayam jadi tak juicy. Goreng sebab nak bagi warna bertukar keperang- perangan je.

 

CARA MASAK NASI AYAM

  • 5 cawan beras
  • 1 inci halia (dipotong nipis)
  • 3 biji bawang merah (dipotong halus)
  • 4 ulas bawang putih (dipotong halus)
  • Sebatang kulit kayu manis (saiz kecil)
  • Bunga lawang
  • Bunga Cengkih
  • Lemak ayam (jika suka)
  • 1 sudu makan marjerin/ butter
  • 1 ketul kiub ayam
  • Sedikit kunyit.
  • 1 helai Daun pandan (disimpul)
  • Garam

 

CARA PENYEDIAAN NASI :

▶ Sementara ayam diperap, jom kita buat nasi tanak nasi.

▶ Mula-mula, masukkan lemak ayam ke dalam periuk nasi bersama sedikit marjerin. Biarkan lemak bertukar menjadi minyak. Kalau tak suka lemak ayam, boleh skip tau.

▶ Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang putih, bawang merah dan juga halia. Tumis sekejap jangan sampai garing, biarkan sehingga agak- agak layu je.

▶ Kemudian masukkan beras yang dibasuh tadi, pati ayam, marjerin, daun pandan dan juga garam. Goreng sekejap bahan ini semua sampai agak sebati.

▶ Seterusnya, masukkan air rebusan ayam tadi bersama sedikit kunyit, sikit je tau jangan banyak sangat sebab nanti akan jadi kuning pekat nasi kita. Untuk sukatan air sukat macam masak nasi biasa. Tanak nasi sampai masak.

Nak makan nasi ayam, mestilah ada sos atau sambal merahnya kan. Barulah padan! Nak buat sos merah ni senang dan simple je bahan- bahannya.

 

RESEPI SOS MERAH

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 5-7 biji cili besar (Kalau suka pedas boleh letak cili padi / cili api merah)
  • Gula secukupnya
  • Gula kabung
  • Garam
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji Limau nipis
  • 4-5 sudu Sos cili

 

CARA PENYEDIAAN SOS MERAH  :

▶ Kisar semua bahan sampai hancur.

▶ Masak atas api sampai pekat. Jika suka yang cair, cukup sekadar cili dah mendidih, boleh terus padam kan api.

** Jika tiada limau, boleh gantikan dengan cuka.

Selain sos atau sambal merah, kuah kicap juga wajib ada sebagai pelengkap. Kuah kicap ni biasanya ambik hasil perapan ayam tadi je, tambah sikit dengan air rebusan ayam tadi. Masak sekejap atas api.

BACA JUGA: Resepi Original Tepung Bungkus Yang Sedap. Mudah Nak Buat Dan Buat Sekali Comfirm Menjadi!

RESEPI SUP AYAM

Biasanya sup untuk nasi ayam ni, kita gunakan rebusan ayam tadi juga. Disebabkan itu, waktu nak rebus ayam tu, boleh gunakan air yang banyak dan cukup untuk sup dan untuk tanak nasi.

Tapi, kalau dah tak cukup, buat je sup baru. Follow resepi ni.

SUP AYAM :

  • Bahagian ayam yang kecil-kecil
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Kiub pati ayam
  • Garam
  • Ubi kentang (jika suka)

 

CARA PENYEDIAAN SUP AYAM :

▶ Rebus bahagian ayam yang kecil-kecil seperti leher, kaki ayam, bahagian tulang dan sebagainya. Resbus sampai masak,

▶ Masukkan kulit kayu mansi, bunga lawang, dan bunga cengkih.

▶ Dah mendidih, masukkan kiub pati ayam, dan juga garam.

▶ Perasakan, jika rasa dah okay, boleh tutup api.

▶ Bila sup dah siap, taburkan dengan daun sup, daun bawang beserta bawang goreng.

**Jika suka kentang, masukkan ubi kentang bersama ayam pada awal tadi.

 

SEDIAKAN SALAD / SAYURAN

Sebagai hiasan, sediakan timun, tomato dan juga salad. Baru lengkap hidangan bila semua bahan dan ada.

Barulah lengkap satu hidangan nasi ayam ni bila semua dah ada. Nasi dah siap masak, ayam dah siap goreng berwarna keemasan, sup yang sedap, sambal merah dan kicap perapan. Akhir sekali makan dengan sayuran yang disediakan.

Kalau dapat makan hidangan nasi ayam ni, memang tak pandang belakang dah. Boleh buat untuk makan tengah hari membawa sampai ke malam. Selagi tak habis, selagi tu lah duduk menghadap je.

Kepada yang nak cuba buat resepi nasi ayam simple ni, saya ucapkan selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.