Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Daging Masak Hitam Kenduri. Rasa Yang Padu Dan Kaya Dengan Rempahnya!

0

Pada yang biasa makan kenduri, mesti tau macam mana rasa daging masak kenduri ni kan? Berbeza dengan masakan daging biasa. Pada yang suka makannya tu, tak rugi tau kalau tahu resepi daging masak hitam kenduri ni.

Yelah, kalau teringin je nak makan dalam musim pandemik yang kurang ada kenduri sekarang ni, bolehlah masak sendiri di rumah.

Rasanya pun memang lagi special sebab cukup rasa lemak manis dan rempahnya. Sedap betul kalau dapat makan bersama nasi panas. Tak perlu lagi dah lauk lain. Satu hidangan ni je pun memang dah memadai.

Resepi daging masak hitam kenduri ni sebenarnya senang sangat. Yang membuatkan rasanya sedap dan terangkat tu adalah disebabkan oleh proses perapannya tu.

Nak tau cara buat daging masak hitam kenduri, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Suhaimi Harun ni. Lihat masakannya pun dah nampak sedap dan menyelerakan. Tambahan lagi memang mudah untuk diikuti.

Jom saya kongsikan resepinya.

 

RESEPI DAGING MASAK HITAM KENDURI

Bahan-bahan yang diperlukan untuk perapan:

  • Daging setengah kilo
  • Cili kering 100 gram
  • Bawang besar 100 gram
  • Bawang putih 3 labu
  • Halia 100 gram
  • Kicap manis dalam 150 gram
  • Kerisik 50 gram
  • Jintan manis 20 gram
  • Jintan putih 20 gram
  • Ketumbar 20 gram

Bahan-bahan digunakan untuk menumis:

  • Biji pelaga 5 biji
  • Bunga cengkih 5 biji
  • Bunga lawang 5 biji
  • Kulit kayu manis 2 batang
  • Minyak masak 1 cawan
  • Gula melaka 2 ketul

Cara masak daging masak hitam kenduri:

▶️ Mula-mula potong daging dalam bentuk dadu besar

▶️ Kisar hancur cili kering, bawang besar, bawang putih, dan halia.

▶️ Kemudian sediakan bekas, dan masukkan daging, bahan dah dikisar dan kesemua bahan untuk perapan. Gaulkan sehingga sekata dan perap semalaman.

▶️ Selepas dah semalaman, dah ready untuk masak. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan menumis.

▶️ Setelah dah naik bau wanginya, masukkan kesemua bahan yang dah diperap semalaman tu.

▶️ Masukkan air sikit demi sedikit, dan terus masakkan daging sehingga empuk.

▶️ Waktu ni perlu kacau selalu dengan api yang perlahan untuk pastikan tidak hangus.

▶️ Bila dah agak kering sedikit, masukkan gula melaka. Kacau sehingga larut dan sebati.

▶️ Perasakan sikit dengan garam.

▶️ Dah siap dihidangkan.

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Nasi Ganja Viral! Resepi Nasi Ganja Hidangan Lengkap Dengan Sambal Tumis Udang!

Mudah je kan. Lebih kurang macam masak rendang je. Bila dah ada resepi mudah dan sedap ni, takdalah rasa malas nak memasaknya.

Sebab memang ada sesetengah orang fikir nak masak rendang ni rumit dan agak lama. Tapi kalau nak ikutkan hanya buat proses perapan dan masak cara merenyeh. Itu sahaja.

Apa yang menaikkan lagi rasa daging masak kenduri ni ialah bahannya yang kaya dengan rempah masa kita buat perapan dan menumis. Memang wangi baunya. Sebab tu orang kata jangan kedekut bahan. Pasti sedap masakan kita tu nanti.

Kalau lagi banyak ecak-ecaknya tu, lagi sedap bila dapat digaulkan dengan nasi panas. Nak lagi sedap, kerap panaskan dan keringkan lagi ecak-ecaknya tu. Rasanya lebih enak dan terangkat.

Bila dah sedap macam ni, nak meratah pun memang layanlah. Kalau nak jadikan hidangan menu hari raya pun boleh juga. Hidangkan dengan rendang atau ketupat. Memang padu!

Kepada yang ingin cuba masak daging masak hitam kenduri, bolehlah cuba resepi ni. Bolehlah dihidangkan nanti untuk keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.