Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Nak Buat Nasi Beriani Yang Simple Tapi Sedap Giler! Masak Pakai Rice Cooker Semua Boleh Cuba!

0

Biasa kalau nak makan nasi beriani, mesti makan dekat kedai mamak. Sedap dan banyak lauk boleh dapat. Tapi kan, sejak dua menjak ni nak keluar rumah pun tak berani.

Dan dah ramai yang kongsikan cara nak buat nasi beriani yang sedap, resepi dan cara masak yang mudah. Dengan pelbagai pes macam-macam jenam ada jual untuk memudahkan.

Kalau di rumah saya, nasi berianini biasa buat time hujung minggu, ahli keluarga semua ada baru seronok jamu bila ramai orang dan boleh makan berulang.

Bila jumpe resepi Cik Puan ni, seronok betul rasa sebab bukan hanya kongsikan resepi nasi beriani je, tapi siap dengan geng-gengnya sekali ada.

 

RESEPI NASI BRIANI SIMPLE

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 4 cawan beras basmati (basuh bersih- bersih kemudian biarkan sekejap)
  • 1 bungkus rempah beriani brand Maggie (nak pakai brand Faiza pun ada)
  • 2- 3 helai daun pandan (disimpul)
  • Garam
  • Pati ayam
  • Minyak sapi ataupun butter, marjerin dan minyak masak pun boleh jerr.
  • 1 biji Tomato (dibelah 4)
  • 1 biji bawang besar (potong besar)
  • Sedikit isi ayam (agak-agak la jangan banyak sangat)
  • ½ cawan Susu cair

 

BAHAN TUMIS :

  • Rempah 4 skwn
  • 4 biji bawang merah (potong halus2)
  • 3 ulas bawang putih (potong nipis2)
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • Daun salam

 

CARA PENYEDIAAN NASI BERIANI :

Panaskan minyak sapi, tumis semua bahan tumis sampai wangi. Masukkan rempah beriani maggie. Gaul kejap. Masukkan air sedikit.

Masukkan bawang besar..ayam dan tomato. Perasakan dengan garam dan pati ayam

Biarkan sekejap sampai ayam masak

Seterusnya, masukkan beras. Gaul sekejap kemudian masukkan daun pandan dan susu cair

Masukkan air, saya letak air macam nak masak nasi biasa jer… jangan terlalu banyak air takut lembik.. jangan kurang sangat, takut  tak masak.

Alihkan bahan tadi dalam rice cooker dan petik macam biasa. Biarkan masak sekata

Bila dah masak kacau perlahan – lahan ye.

 

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan- bahan yang digunakan adalah :

½ ekor ayam ( basuh bersih, gaul dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng masak tapi jangan garing)

 

BAHAN KISAR :

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai (ambik yang lembut)
  • 15- 20 biji cili kering atau ikut kepedasan yang kita nak
  • 5 biji cili api
  • 3 biji cili besar merah

 

BAHAN TUMIS :

  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

 

BAHAN LAIN :

  • 3- 4 sudu makan sos cili
  • Pati ayam
  • Garam
  • gula
  • perasa

 

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK MERAH :

▶ Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bahan tumis sampai wangi dan garing.

▶ Kemudian, masukkan bahan yang sudah dikisar.

▶ Masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan perasa iatu garam, gula, pati ayam dan perasa makanan.

▶ Seterusnya, masukkan secawan air. Biarkan sambal masak lagi. Sampai pecah minyak lagi.

▶ Dah pecah minyak, baru masukkan sos cili

▶ Perlahankan api, dan masukkan ayam. Biarkan ayam masak bersama sambal.

▶ Sambal dah cantik tutup api. Rasakan dulu ya. Siap!

 

RESEPI ACAR TIMUN SIMPLE

  • 1 batang timun ulam
  • Lobak merah
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 7 biji cili api
  • 1 biji cili merah besar
  • Sikit cuka
  • Garam
  • Gula

 

CARA PENYEDIAAN ACAR :

▶ Potong semua bahan-bahan ikut kesesuaian

▶ Masukkan sedikit cuka, garam dan juga gula

▶ Rasakan dulu kemudian siap!

BACA JUGA: Resepi Lengkap Cara Buat Nasi Ayam Yang Sedap Dan Juicy. Guna Lemak Ayam Untuk Rasa Lebih Marvellous!

RESEPI KUAH DHAL SIMPLE

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • ½ cawan kacang dhal (rendam dulu. Nak masak petang rendam dari pagi biar kembang. Kemudian, rebus sampai masak dulu ya)
  • 3 sudu makan penuh rempah kari dhal. (Beli timbang kat mydin)

 

BAHAN TUMIS :

  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang

 

BAHAN LAIN :

  • Ayam sikit (ambik tulang, tengkuk, kaki. Potong kecil-kecil)
  • 2 biji kentang (potong 6 -bentuk wedges)
  • 1 batang lobak merah sederhana besar (potong agak-agak besar)
  • Terung (apa-apa sayur pun boleh)
  • ½ cawan santan

 

CARA PENYEDIAAN KUAH DHAL :

▶ Tumiskan bahan tumis. Sebelum tu, bancuh rempah dengan sedikit air. Bila bahan tumis dah wangi, masukkan pes rempah tadi. Tumis sampailah pecah minyak.

▶ Kemudian, masukkan kacang dhal yang sudah direbus tadi bersama semua bahan sayur

▶Seterusnya, masukkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa pati ayam.

▶ Masukkan juga ayam yang kita dah potong kecik-kecik tu

▶ Kemudian, masukkan air dan santan untuk bagi kentang dan semua bahan empuk.

▶ Akhir sekali, masukkan tomato (jika ada) dan biarkan kuah masak sampai pekat.

▶ Bila dah mendidih dan pekat, rasakan dulu. Dah okay, boleh padamkan api!

Fuuh! Lengkap betul resepi nasi beriani ni, daripada nasi, lauk utama ayam masak merah, lauk sampingan acar timun dan kuah dhal pun diajar step by step dalam perkongsian kali ni.

Memang betul-betul memudahkan lah bila ada semua dalam satu posting. Nak buat nanti pun senang nak rujuk. Nak share di facebook pun jadi mudah. Benda yang baik, tak lah dikongsi kan?

Kepada yang baru nak belajar cara buat nasi beriani yang mudah, boleh lah follow resepi ni satu per satu. InsyaAllah boleh dapatkan hasil yang terbaik, dan nasi yang sedap!

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.