Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Nak Buat Kuah Soto Dan Sambal Kicap Power! Resepi Simple Ni Betul- Betul Membantu!

0

Ada yang suka makan makanan soto? Apa bezanya soto dengan makanan sup yang lain sebenarnya. Kalau tengok dari rupa, memang kita boleh nampak beza diaa.

Soto pun ada beberapa jenis macam soto mi, soto bihun tapi yang pasti dalam setiap hidangan soto ada nasi impit dan juga suhun goreng dimakan bersama. Berbeza dengan bihun sup biasa yang tiada 2 bahan ini.

Petang-petang jika di kampung ada gerai yang menjual soto, laksa untuk minum petang. Makan panas-panas dengan sambal kicap pedas, sedap!

Kadang- kadang ada yang hidangkan sewaktu di pagi raya. Selain kuih raya, lemang, ketupat dan rendang ada satu hidangan berat macam soto, laksa, lontong atau mi kari. Bolehlah tukar menu untuk raya tahun depan.

Resepi perkongsian dari Cik Puan Azie Kitchen ni senang kita nak follow. Sebab dia ajarkan step by step macam mana nak sup soto sampailah sambal kicap yang awesome! Nak buat Mihun soto boleh, mi soto pun sedap.

Resepi ini juga boleh digunakan untuk makan dengan nasi air. Nasi air ni famous di Kelantan dan selalu Nampak ianya dijual di tepi- tepi jalan. Tapi di negeri lain agak susah nak jumpa dan kalau ada, rasanya tidak sama.

Nasi yang dimasak sedikit lembik dan dimakan dengan sup. Tapi tidak gunakan nasi impit pun sebab ianya bukan soto. Bahan-bahan tambahan yang lain seakan sama. Cuma, nasi air ada sambalnya tersendiri.

Apa-apa pun dalam perkongsian kali ni, saya share dua resepi sahaja dulu iaitu sup soto dan sambal kicap pedas. Jom tengok resepi di bawah ni ye.

 

RESEPI SUP SOTO

Bahan bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 ekor ayam (potong 4)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk lada putih
  • 4 sekawan – bunga Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam
  • Serbuk perasa

 

Bahan Kisar :

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai diketuk

BACA JUGA: Resepi Lengkap Cara Buat Nasi Ayam Yang Sedap Dan Juicy. Guna Lemak Ayam Untuk Rasa Lebih Marvellous!

CARA PENYEDIAAN SUP SOTO :

▶ Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.

▶ Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam sahaja. Goreng ayam sehingga kekuningan.  Ayam ni goreng baisa je, tak perlu salut garam kunyit atau tepung pun. Bila ayam dah sejuk, bolehlah dicarik halus.

▶ Kemudian, masukkan santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan juga garam.

▶ Rasa semua dah elok, bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit dan mihun atau mi yang telah dicelur.

Nak makan mihun soto ni, kena waktu kuah dia panas- panas baru mengancam. Tak sah pulak bila makan tanpa sambal kicap cili. Memang padu jadinya!

 

RESEPI SAMBAL CILI

Bahan- bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 genggam cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap cair
  • Gula

 

CARA PENYEDIAAN SAMBAL CILI :

▶ Blend segenggam cili padi dengan bawang putih dan bawang besar. Masuk sedikit air dan masak sekejap. Masuk kicap cair dan gula.

▶ Untuk lebih sedap, boleh juga blend terus bersama kicap, bila dah hancur masakkan seketika. Masukkan sedikit gula dan sedia dihidangkan.

CARA HIDANGAN :

  • Taugeh (sangai @ goreng tanpa minyak)
  • Daun sup (hiris nipis)
  • Daun bawang ( dihiris nipis)
  • Bawang goreng
  • Su hoon goreng ( tak perlu cuci, terus digoreng aje)
  • Begedil (meatball. Boleh juga beli yang dah siap di tesco)
  • Mihun @ mi (celur sekejap dengan air panas)
  • Nasi Impit (potong kecil -kecil)
  • Kacang tanah (goreng sehingga bertukar warna)
  • Sambal kicap pedas

 

Lengkaplah satu hidangan kita nak makan mihun atau mi soto ni. Nak buat makan petang boleh, nak buat makan hujung minggu pun best!

Jika ada tetamu datang, mihun atau mi soto ni sesuai untuk dijadikan hidangan untuk mereka menggantikan mi kari, atau mihun sup yang biasa kita buat.

Nanti cuba lah buat mi hoon soto ni, mana tau ada ahli keluarga yang suka. Anak-anak pun mesti ada yang suka bila dapat makan makanan bersup begini.

Selain daripada tu, bolehlah buat sebagai bahan jualan. Sekarang tengah musim PKPB ni ramai yang terjejas dari segi kewangan. Jadi, tak salah kan kalau kita cuba untuk buatkan sebagai hasil pendapatan.

Sebelum nak buat nanti, kongsikan resepi soto dan sambal kicap ni dulu dekat laman facebook ye. Mudah nak cari dan kot- kot ada orang lain yang mencari resepi yang sama. Jadi boleh sama- sama dapat manfaat.

Kepada yang baru nak cuba, saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.