Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Cara Masak Nasi Butter Ala Kfc! Resepi Lengkap Dengan Ayam Goreng Kfc Siap Ada Sup Meatball Yang Simple!

0

Ada yang suka makan nasi yang dekat KFC? Sedapkan walaupun simple je. Kalau dulu lagi meriah, siap ada sup dan ada fishball lagi. Tapi sekarang ni bukan fishball je tak ada, tapi sup pun dah tak disediakan.

Nasi dia, makan macam tu je pun sedap. Saya paling suka order nasi KFC makan dengan ayam goreng cruchy dia tu. Marvellous!

Tapi ye lah kan, bila order dari kedai kuantiti nasi pun tak boleh kita nak tambah suka-suka. Makin bertambah juga belanjanya.

Bila kita suka makan sesuatu masakan tu, seronok bila kita dapat kongsikan dengan orang lain benda yang sama.  Pertama kali jumpa Cik Puan Syue Haida ni kongsikan cara nak buat nasi ala KFC ni dah teruja dah!

Sekali, bila buat memang extra rasa wow! Sebab rasa dia sebijik sama. Paling best, bila buat sendiri ni boleh lah kita extrakan dengan sup dan fishball juga kan.

Jom saya kongsikan cara nak buat nasi butter KFC dan sup sekali. Dan resepi ayam goreng super delicious ala KFC!

 

NASI BUTTER ALA KFC

Bahan- bahan yang diperlukan adalah  :

  • 4 cawan beras
  • 4 biji bawang putih (potong nipis mayang)
  • 1 biji bawang merah (jika ada) (hiris nipis-nipis)
  • 125 gram butter
  • Halia (ketuk sikit biar sedikit hancur)
  • 1 cawan susu segar (apa-apa brand janji full cream)
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • Garam

 

CARA PENYEDIAAN NASI BUTTER ALA KFC :

▶ Mula-mula sekali, panaskan kuali. Cairkan butter terlebih dulu, kemudian tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau wangi. Dan bawang sedikit layu.

▶ Kemudian, masukkan halia. Kacau seketika

▶ Seterusnya, masukkan susu segar. Kacau sekejap  lebih kurang dalam 2 minit macam tu.

▶ Basuh beras dan toskan. Masukkan dalam kuali. Kacau sebati semua bahan-bahan tadi.

▶ Masukkan kiub pati ayah. Lebih kurang selama 3 minit, goreng dulu beras sehingga sedikit kering.

▶ Alihkan bahan-bahan tersebut ke dalam rice cooker. Masukkan air ikut sukatan beras. Tidak termasuk dengan 1 cawan susu tadi tau.

▶ Perasakan dengan sedikit garam dan masak seperti biasa.

▶ Bila nasi dah sedikit kering, gaulkan sesekali menggunakan chopstick, atau garfu.

BACA JUGA: Cara Simple Buat Cakoi Yang Sedap Dan Lembut Walaupun Sejuk! Resepi Sos Manis Pandan Yang Awesome!

TIPS :

▶ Jika gunakan beras basmathi, jangan lupa rendam dulu beras selama 30 minit sebelum digunakan.

 

Tak sah lah makan nasi butter ala KFC ni tanpa ayam gorengnya yang padu kan? Jika malas nak buat ayam goreng ni, boleh je belikan di KFC set bucket ayam sahaja. Balik makan dengan nasi kita tadi.

Tapi jika nak buat banyak atau nak belajar cara nak buat ayam goreng ala KFC ni, boleh follow resepi ni tau.

 

RESEPI AYAM GORENG ALA KFC

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 10 ketul ayam
  • 1 cawan tepung bestari original
  • 1 cawan tepung bestari spicy

 

CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG ALA KFC :

▶ Mula-mula sekali, sediakan bahan untuk kita perap ayam. Ambil 5 atau 6 sudu tepung goreng bestari ni gaulkan bersama ayam. Biarkan semua ayam kena sekata.

▶ Perap selama 2 jam. Lagi lama perap, lagi sedap! Perap dalam peti sejuk.

▶ Selepas selesai perap, boleh panaskan minyak. Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng ayam ni.

▶ Sebelum masukkan dalam kuali, ambil ayam perap tadi, golek golekkan atas baki tepung campuran tadi.

▶ Salutkan dengan tepung tebal-tebal barulah sedap. Masukkan dalam kuali. Goreng hingga ayam kita garing.

▶ Masak gunakan api yang sederhana ya. Jangan terlaliu besar risau ayam tidak masak pula di bahagian dalam.

Satu lagi bahan yang wajib ada ialah sup! Sup ni terpulak kepada kita nak buat sup apa. Ada yang suka buat sup ayam, ada yang suka buat sup fishball dan ada juga yang suka buat sup meatball.

Untuk perkongsian kali, saya kongsikan resepi Cik Puan Syue Haida kita yang share cara nak buat sup chicken meatball.

BACA JUGA: Cara Buat Nasi Lemak Simple Dan Sedap Berlemak! Resepi Sambal Sotong Padu Pelengkap Hidangan!

SUP CHICKEN MEATBALL

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Leher atau kaki ayam (potong kecil-kecil)
  • 10 biji chicken meatball
  • 1 kiub pati ayam ( jenama maggi lebih sedap)
  • 3 cawan air
  • 1 inci halia ( ketuk sedikit hancur)
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN SUP CHICKEN MEATBALL :

▶ Mula-mula, tumis bawang putih sampai naik bau wangi. Kemudian masukkan halia. Gaul seketika

▶ Masukkan bahan kaki dan leher ayam. Biarkan sekejap untuk air ayam keluar.

▶ Kemudian, masukkan chicken meatball, kiub pati ayam dan juga air.

▶ Masak sehingga kuah sup kita mendidih.

▶ Bila dah mendidih, perasakan dnegan garam dan juga bahan perasa.

▶ Akhir sekali, taburkan dengan daun sup.

Seronok bila ada perkongsian detail untuk satu hidangan lengkap. Daripada cara masak nasi butter, ayam goreng dan juga sup meatballnya.

Kalau nak buat nasi butter ala KFC ni boleh buat waktu makan tengah hari di hujung minggu. Barulah puas dapat makan banyak bersama keluarga tercinta.

Untuk yang baru nak mencuba, saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Sebelum hilang perkongsian ni, boleh lah sharekan dulu di wall facebook masing-masing ya! Jangan lupa cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.