Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Cara Buat Nasi Lemak Sedap Dan Berlemak. Lengkap Dengan Resepi Sambalnya Yang Padu!

0

Sebut je nasi lemak, memang semua orang akan suka. Jarang jumpa orang yang tak makan nasi lemak ni. Memang turun temurun dari dulu lagi. Kalau dicari kat internet ni, memang jumpa bermacam cara buat nasi lemak sedap dan lembut.

Yang tak pernah masak nasi lemak ni biasalah, mesti akan cari macam-macam resepi. Tak kurang juga yang pernah masak nasi lemak ni. Kadang-kadang, yang dah masaknya berulang kali pun masih ada yang tak puas hati sebab nak cuba lagi dapatkan nasi lemak dan sambal yang betul-betul sedap dan padu.

Sumber: Che Nom

 

Dah tak kira waktu dah sekarang ni. Nasi lemak bukan lagi jadi menu sarapan pagi je, sekarang dah dihidang kat restoran-restoran, dibuat juga hidangan rumah terbuka. Kadang-kadang dimasak untuk makan malam. Rugi kalau tak belajar betul-betul buat nasi lemak sedap ni!

Mujur ada resepi yang dikongsikan oleh Chek Kuna Ahmad ni. Resepi step by step yang disediakan senang je nak buat dan yang penting rasanya memang sedap dan wangi. Sambalnya pun cukup rasa dan enak.

Jom saya kongsikan resepinya!

 

NASI LEMAK SEDAP DAN LEMBUT

Bahan-bahan untuk nasi lemak:

  • Beras
  • Kelapa parut 1 biji
  • Daun pandan
  • Halia yang dihiris
  • Garam sedikit atau secukup rasa)
Sumber: Majalah Rasa

Cara masak nasi lemak:

▶️ Mula-mula cuci bersih dulu beras dan toskan. Kemudian ketepikan.

▶️ Blend kelapa parut sebanyak 2 kali perahan santan.

▶️Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Kemudian masukkan santan mengikut sukatan beras.

▶️ Lain beras, lain cara memasaknya. Sebab seperti yang kita tahu, ada beras yang jenis perlu lebihkan air. Ada juga yang perlu sama atau kurang lagi.

▶️ Kebiasaannya sukatan beras dan santan/air adalah sama. Boleh sukat menggunakan jari.

▶️ Selepas tu masukkan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati.

▶️ Masukkan daun pandan yang dah dicarik-carikkan dan diikat.

▶️ Kemudian tanak dalam periuk elektik.

▶️ Tunggu sehingga masak, dan kuak selepas masak.

Sumber: Blog Makanapaaje

Bahan-bahan untuk sambal nasi lemak padu:

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili kisar
  • Ikan bilis
  • Minyak masak
  • Pes asam jawa
  • Bawang besar 2 biji yang dipotong halus (untuk dimasukkan waktu last nanti)
  • Serbuk cukup rasa (atau apa-apa jenis perasa)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara masak sambal nasi lemak:

▶️ Mula-mula cuci ikan bilis kemudian tos dan ketepikan.

▶️ Panaskan 2 senduk minyak masak dalam kuali dan goreng ikan bilis. Setelah garing boleh angkat dan tos.

▶️ Kisar bawang putih dan bawang merah. Dapatkan 1 setengah senduk bawang kisar ni.

▶️ Selepas tu tumiskan bawang dah dikisar ni dalam minyak panas. Semasa menumis bawang ni, masukkan garam 1 sudu. Ini petua untuk bagi bawang cepat garing.

▶️ Lepas bawang dah garing dan bertukar warna keperangan, masukkan cili kisar 2 senduk.

▶️ Semasa menumis cili kisar ni pula, masukkan gula dalam beberapa sudu. Kebiasannya dah last-last baru masukkan gula kan. Tapi kali ni masukkan awal sebab nak bagi cili cepat garing.

▶️ Kemudian masukkan pes asam jawa. Resepi ni menggunakan brand adabi sebab tak perlu bancuh lagi dengan air. Kacau sehingga sebati.

BACA JUGA: Resepi Lengkap Cara Buat Nasi Ayam Yang Sedap Dan Juicy. Guna Lemak Ayam Untuk Rasa Lebih Marvellous!

▶️ Selepas tu masukkan bawang besar yang dipotong halus. Sebenarnya terpulang nak potong bagaimana. Ada yang lebih suka bawang tu tertonjol-tonjol dari sambal, jadi boleh potong lebih besar.

▶️ Terus menumis sambal dengan api yang kecil. Perlu pastikan cili betul-betul masak dan garing.

▶️ Masukkan dalam 2 cawan air panas atau suam, kemudian kacau sehingga sekata. Ini bertujuan untuk dapatkan sambal yang lebih pekat sikit.

▶️ Kemudian masukkan ikan bilis yang dah dgorengkan awal-awal tadi.

▶️ Kacau sehingga sekata, dan akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.

▶️ Dah siap boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan!

Hidangkan sekali dengan telur rebus atau telur mata, timun, kacang dan ikan bilis. Maka lengkaplah hidangan nasi lemak yang sedap.

Kadang-kadang tu, bila nak hidangkan menu nasi lemak yang lagi special lagi, boleh hidangkan sekali dengan ayam goreng, sambal kerang atau macam-macam lagi. Barulah best dapat jamukan untuk keluarga menu yang lagi special!

Nak masak nasi lemak sedap ni kena rajin try selalu dan kenal pasti jenis beras kita. Supaya sedap makan nasi yang lembut, cukup rasa lemak santan, dan yang penting tak kirai atau terlalu lembik.

Yelah, kalau nasinya tak kena pada tekak kita, boleh potong selera walaupun sambal kita masak cukup sedap. Bagi yang baru nak mula belajar, boleh cuba cara buat nasi lemak lembut dan sedap ni. Resepinya pun mudah je. Semoga berjaya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.