Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Cara Buat Nasi Kandar Full Set Ala Deen Maju. Rahsia Nasi Putih Jadi Sedap Berlemak Hanya Gunakan Telur Masin

0

Bila terkenangkan nasi kandar original dekat Pulau Pinang memang terbayang lah nasi kandar Deen Maju lah, Nasi Kandar Yaasin dekat Kuala Lumpur. Semuanya sedap- sedap dan memang makan sampai pejam mata!

Kadang-kadang kawasan dekat rumah kita ni, bukan senang nak dapat yang sedap meletop macam yang original tu. Tapi, bila teringin nak makan mula lah usha je gambar Nasi Kandar yang ada.

Mujur jugak sekarang ni dah pandai dah buat sendiri. Semuanya hasil buat kajian dan uji rasa sendiri. Disebabkan memang hantu Nasi Kandar Deen Maju ni, Cik Puan Fatimah kita ni berjaya hasilkan Nasi Kandar yang sama dengan dekat kedai.

Paling best sekali, suami suka makan bertambah- tambah lagi tau! Jom saya kongsikan resepi ni . Lengkap daripada nasi, kari sotong padu, sambal kicap yang awesome dan ayam goreng mamak marvellous!

 

CARA BUAT NASI KANDAR

RESEPI NASI HARUM DAN TIDAK MUAK

  • 2 ½ pot Nasi Beras Faiza + Air 3 pot air (saya gunakan pot periuk nasi)
  • Daun pandan
  • Satu sudu kecil garam
  • 1sudu esen pandan
  • 2 biji telur masin

 

CARA PENYEDIAAN NASI PUTIH MAMAK :

▶ Basuh beras bersih-bersih. Bagi beras basmathi, rendam dulu lebih kurang setengah jam.

▶ Sukat air dengan pot yang sama kita gunakan dengan beras.

▶ Masukkan daun pandan, garam dan esen vanilla

▶ Letak telur masin dalam periuk nasi bersama dengan beras tadi. Masak seperti biasa.

 

TIP :

Kenapa kita masukkan telur masin dalam periuk nasi ni adalah untuk lemakkan nasi putih kita. Sedap!

Sementara nasi nak masak, kita sediakan pula kari sotong. Kalau di kedai, memang kita tak boleh nak nafikan harga seekor sotong ni agak mahal. Tapi memang standard harganya begitu. Kalau nak lebih jimat, makan satu keluarga, buat sendiri.

RESEPI KARI SOTONG MAMAK

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 4 ekor Sotong (jika suka banyak boleh lebihkan)
  • ¾ cawan seruk kari daging Baba’s
  • 1 keping asam keping
  • Terung
  • Cili padi
  • Tomato
  • Gula Garam

 

Bahan untuk menumis Kari Sotong:

  • 1 biji Bawang besar hiris memanjang
  • 4 biji bawang putih hiris
  • 1 inci halia hiris
  • Seinci kunyit hidup hiris
  • Daun kari dua kayu
  • Sup bunjut

CARA PENYEDIAAN KARI SOTONG MAMAK :

▶ Mula-mula sekali, tumis bahan tumis sehingga layu atau naik bau.

▶ Kemudian, bancuh serbuk kari daging dengan sedikit air. Bancuh pekat. Tuangkan dalam kuali dan tumis sampai naik minyak.

▶ Dah pecah minyak, masukkan sedikit air. Dan larutkan sotong dengan 2 cawan air.

▶ Masukkan terung dan cili padi. Gaul sekata supaya kari kita sebati dengan bahan-bahan lain.

▶ Seterusnya masukkan asam keping. Asam keping ni jangan masuk awal, sebab nanti sotong kita akan jadi liat.

▶ Akhir sekali, masukkan tomato. Perasakan dengan gula dan garam.

▶ Biarkan seketika sampai kari kita pekat. Rasa, jika dah okay boleh padamkan api.

Siap dan sedia dihidang!

 

RESEPI KUAH KICAP PEKAT ALA DEEN MAJU

Bahan- bahan yang diperlukan adalah :

BAHAN TUMIS :

  • 8-10 tangkai cili kering.
  • Satu biji bawang besar.
  • 4 biji bawang putih.

 

CARA PENYEDIAAN KUAH KICAP :

▶ Mula-mula kisar bahan kisar sehingga lumat. PAstikan betul-betul hancur.

▶ Panaskan kuali dan tumiskan sehingga naik bau.

▶ Seterusnya, masukkan ½ cawan air. Masak sampai dah pecah minyak

▶ Bila dah pecah minyak, masukkan bawang besar hiris.

▶ Jika nak pedas, masukkan cili padi.

▶ Masukkan kicap manis sehingga warna jadi cantik. Jangan terlalu sedikit.

▶ Perasakan dengan gula dan garam.

▶ Dah mendidih, rasa semua dah okay, boleh padamkan api.

NOTA :

Kicap ni boleh juga dibuat ayam masak kicap mamak. Goreng ayam dengan salutan garam dan kunyit. Dan masukkan dalam kuah ni. Tapi ada yang suka ayam goreng mamak. Jadi kuah ni asing dan KHAS untuk kuah kicap sahaja.

Kuah kicap dah siap. Jom saya kongsikan cara nak buat ayam goreng mamak. Sedapp! Keriuk.. keriuk!

BACA JUGA: Cara Mudah Masak Nasi Hujan Panas Guna Rice Cooker. Resepi Ayam Masak Merah Rasa Macam Kenduri!

RESEPI AYAM GORENG MAMAK

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 5 ketul Ayam
  • 1 inci Halia
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu kunyit serbuk
  • 3 sudu serbuk kari
  • 3 sudu serbuk cili
  • 2 sudu gula
  • 1 kuib pati ayam @ serbuk pasti sedap

CARA PENYEDIAAN AYAM

▶ Mula-mula sekali, kisar halia, bawang putih dan juga garam. Kisar lumat.

▶ Kemudian, ayam yang sudah dicuci bersih, perapkan dengan bahan kisar tadi. Perap lebih kurang 30 minit.

▶ Lepas 30 minit, masukkan serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili, gula dan pasti sedap.

▶ Pastikan jangan perap bersama bahan-bahan ni tau. Lepas dah 30 minit baru masukkan bahan-bahan di atas ni.

▶ Kemudian, masukkan daun kari. Lagi banyak, lagi sedap baunya.

▶ Panaskan api, gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng ayam ni.

▶ Bila minyak dah betul-betul panas, masukkan satu senduk kecil tepung beras dan lumurkan pada ayam.

▶ Terus gorengkan dalam kuali. Pastikan guna api yang perlahan untuk ayam masak sekata.

▶ Goreng ayam sampai warna oren- oren macam tu, barulah diangkat dan toskan.

Siap untuk dihidangkan.

 

TIP :

Kalau nak kurangkan pedas, untuk anak-anak boleh kurangkan serbuk cili kita tu ye.

CADANGAN HIDANGAN :

  • Nasi Putih satu senduk / satu mangkuk
  • Curahkan kuah kari sotong dan seekor sotong
  • Sendukkan kuah kicap pekat
  • Ayam goreng
  • Telur masin
  • Bendi celur
  • Timun

▶ Sedia untuk dinikmati bersama papadom!

Waah! Macam best betul dapat siapkan satu hidangan nasi kandar mamak ala Deen Maju ni. Alaa, nama ni saya yang letak sebab bila rasa tu lebih kurang. Suami pun cakap yang sama. Hehe.

Jadi bila ada yang rasa macam lain tu, minta maaf ye. Mungkin tekak kita tak sama. Walaupun ada yang rasa tak sama, tapi teksture ayam goreng mamak ni memang terbaik kan. Kuah kari sotong dan kuah kicap tu betul-betul penambah rasa.

Kepada yang nak cuba, boleh follow resepi nasi kandar sedap yang saya kongsikan dekat atas ni tau. InsyaAllah menjadi! Dan rasanya pun puas hati. Kalau buat lebih jangan lupa bagi dekat jiran sebelah rumah sekali ye.

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.