Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Cara Buat Daging Bakar Juicy Dan Lembut. Cicah Dengan Sos Pedas Ala Thai Yang Padu!

0

Kerap sangat masuk dekat wall daging harimau menangis lah, wagyu lah kan. Memang nampak sedap tapi harganya juga boleh tahan. Sesuai dengan rasa dan perapan yang padu memang tak hairan lah harga dia tinggi.

Satu lagi resepi daging yang kita boleh buat ialah daging bakar juicy ni. Serious rasa dia memang padu dan marvellous! Paling sedap nak buat daging bakar ni bahan perapan kena menjadi dan sos Ala Thai dia.

Resepi perkongsian daripada Cik Puan Bahiyah Saripuddin kita ni bukan je nampak mudah nak buat bahkan nampak menyelerakan betul lah! Bila senang nak buat, mudahlah kita nak follow step by step cara nak buat daging bakar dan sos ala Thai ni.

Jom saya kongsikan apa bahan yang digunakan dan macam mana cara nak hasilkan daging bakar yang juicy, lembut cicah dengan sos padu ala Thai dia.

Untuk membuat resepi ni, saya buat beberapa bahagian supaya korang mudah faham dan senang nak ikut.

 

RESEPI DAGING BAKAR CICAH SOS ALA THAI

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

BAHAGIAN PERAPAN DAGING :

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 500 gm daging lembu
  • 3 sudu besar brown sugar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN PERAPAN DAGING :

▶ Mula-mula sekali, tumbuk bawang putih, lada hitam serta garam. Tumbuk sampai hancur.

▶ Masukkan dalam bekas dan campurkan dengan bahan lain. Sos ikan, sos tiram dan gula perang.

▶ Gaul sebati semua bahan. Dan masukkan daging. Pastikan semua daging tersalut elok dengan bahan perapan.

▶ Perap selama 4 hingga 5 jam. Untuk lagi sedap, boleh perap semalaman. Daging pun jadi lebih lembut.

▶ Panaskan pembakar dan bakar sehingga daging masak. Jika tiada bakar atas kuali non stick pun boleh.

TIP :

▶ Jika nak texture daging kita nanti nampak cantik, waktu dibakar oleskan dengan minyak masak.

BACA JUGA: Cara Buat Dumpling Homemade Sedap Macam Restoran. Resepi Dumpling Lembut Dan Confirm Jadi!

Sementara dagign sedang dibakar tu, bolehlah sediakan bahan untuk sos ala Thai pulak. Tak sah lah makan daging bakar lembut juicy ni dengan sos biasa. Padankan dengan sos Thai baru meletop rasa dia!

Jom saya kongsikan resepi dan cara nak buat sos ala Thai ni. Follow je resepi dekat bawah ni ya.

 

RESEPI SOS ALA THAI

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 3 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar brown sugar
  • 2 biji limau nipis
  • 3 biji cili padi (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang merah (dimayang halus)
  • Daun ketumbar ( potong halus)

 

BAHAN TUMBUK :

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili hijau

CARA PENYEDIAAN SOS ALA THAI :

▶ Mula-mula sekali, tumbuk bawang putih dan cili hijau hingga hancur dan lumat.

▶ Kemudian, satukan sos tiram, sos ikan, brown sugar bersama dengan bahan yang ditumbuk lumat tadi.

▶ Gaul sehingga semua bahan sebati. Perahkan asam limau dan kacau lagi.

▶ Akhir sekali, masukkan bawang merah, cili padi dan juga daun ketumbar yang dihiris halus.

▶ Gaul semua bahan hingga sekata.

▶ Siap dan sedia untuk dicicah!

Mudah je nak buat sos ala Thai ni kan sebenarnya. Semua orang pun boleh buat dan dapatkan hasil yang sama. Jika suka, boleh lebihkan bawang putih, rasa dia akan jadi lebih padu dan wangi.

Makan daging bakar cicah dengan sos ala Thai ni, tak perlu makan nasi pun tak apa. Sedar tak sedar boleh habis licin daging bakar tu dibuatnya. Sedapnya daging bakar follow resepi ni, daging dia kekal juicy walaupun dibakar lama.

Bahan perapan memang memainkan peranan yang penting untuk dapatkan hasil daging yang lembut dan rasa rempahnya. Jangan lupa cuba dan follow cara buat daging bakar ni ye. Buat dan hidangkan kepada ahli keluarga! Confirm mereka suka.

Saya ucapkan selamat menucba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.