Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Tauhu Berlauk Yang Sedap Dan Mudah. Cicah Dengan Sambal Kicap Power Confirm Terangkat!!

0

Makin lama makin ramai pula kita lihat orang jual tauhu berlauk kat pasar malam atau jual secara online. Mana tak nya. Rasa memang sedap sebab penuh dengan isi dan garing di luar. Cicah pula dengan sambal kicapnya yang pedas. Sangat nikmat rasanya!

Boleh jadi santapan keluarga waktu pagi dan petang, atau nak bawa ke tempat kerja dan bekal anak-anak ke sekolah pun boleh. Penyediaannya mudah. Rasanya pun sedap dan mengenyangkan. Tak rugi kalau belajar buat tauhu berlauk ni sendiri berbanding beli je dari luar.

Kalau nak try buat sendiri, boleh ikut resepi tauhu berlauk yang sedap dan sambal kicap yang power yang dikongsikan oleh Amirul Syafique ni. Tengok je hidangannya dah boleh bayangkan rasanya macam mana kan!

Cara buat tauhu berlauk step by step yang ditunjukkan pun nampak simple je dan mudah untuk diikuti. Jom kita cuba!

 

RESEPI TAUHU BERLAUK

Bahan yang diperlukan:

  • Isi ayam 2 ketul
  • Tauhu petak 3 keping
  • Tauhu telur 4 ketul (tauhu yang dalam bungkusan tu)
  • Telur 3 biji
  • Bawang holland
  • Lobak merah
  • Daun sup
  • Kiub ayam 1 ketul
  • Serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah sedikit (ikut suka kalau nak letak)

Cara membuat tauhu berlauk:

▶️ Mula-muka kisarkan tauhu petak, tauhu telur, isi ayam dan telur. Blendkan kesemuanya sehingga hancur dan sebati.

▶️ Kemudian cincang halus bawang holland, lobak merah dan daun sup.

▶️ Masukkan bahan yang dah dikisar tadi ke dalam bekas bersama dengan bahan yang dah dicincang. Gaulkan sebati.

▶️ Dan terus masukkan juga kiub ayam, garam, serbuk lada hitam dan lada sulah ikut kuantiti kita mahukan. Boleh agak-agak rasa dan pedasnya.

▶️ Gaulkan sehingga rata dan sebati.

▶️ Selepas tu kukuskan adunan.

▶️ Selepas kukusan tu, adunan akan terbentuk sikit sebab telurnya masak dan mengeras sedikit.

▶️ Waktu ni boleh simpan dalam bekas kalau tak nak makannya dulu dan ingin makan kemudian.

▶️ Bila nak masaknya nanti, boleh bulat-bulatkan dan celurkan dengan telur.

▶️ Goreng dalam minyak yang panas.

▶️ Dah garing dan bertukar warna keperangan, dah boleh angkat dan toskan minyak.

 

RESEPI SAMBAL KICAP

Bahan yang akan digunakan:

  • Cili padi 5-10 tangkai (ikut pedas mana yang kita mahu)
  • Bawang putih 5 ulas
  • Gula pasir sesudu
  • Kicap manis
  • Perahan jus limau sedikit
  • Garam
  • Ajinomoto (kalau nak)

Cara membuat sambal kicap:

▶️ Mula-mula gorengkan dulu cili padi dan bawang putih dalam minyak yang sedikit sahaja. Ini bertujuan untuk bagi cepat hancur dan sebati semasa menumbuknya nanti.

▶️ Goreng cili padi dan bawang putih tu sehingga cili padi nampak masak dan warna bawang putih bertukar kekuningan.

▶️ Kemudian tumbukkan sehingga hancur.

BACA JUGA: Resepi Bubur Jagung Lemak Manis Hidangan Minum Petang! Rahsia Buat Bubur Jagung Jadi Lemak Berkrim Dan Sedap!

▶️ Masukkan garam dan gula dan tumbukkan sekali lagi.

▶️ Selepas hancur, masukkan kesemuanya ke dalam mangkuk. Tuangkan kicap manis dan perahan limau secukupnya.

▶️ Kacau-kacau sehingga sebati.

▶️ Dah siap pencicah sambal kicapnya.

Boleh dihidangkan bersama tauhu berlauk!

Mudah je kan nak buat tauhu berlauk ni. Bahan-bahan mudah nak dapat dan prosesnya pun hanya mengukus dan menggoreng.

Tambahan lagi ianya boleh difrozenkan dan digoreng kemudian bila nak makan. Boleh buat sekali banyak dan makan berulang-ulang.

Yang bestnya, resepi tauhu berlauk ni boleh diolah ikut isi apa yang kita mahukan. Kalau nak letak daging, atau masukkan sayur-sayuran lain tak ada masalah. Ikut citarasa yang kita mahukan.

Pada yang mencari resepi tauhu berlauk dan sambal kicap sedap, ikutlah resepi yang saya kongsikan ni.

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.