Siapa yang tak suka makan sup Thai kan? Rasa masam-masam dan pedas dia tu memang ngam dengan tekak kita ni. Hidangkan dengan telur dadar je pun dah boleh buat kita bertambah nasi.
Bila dah habis nasi, boleh lah hirup sup daging yang sedap dan awesome ni. Serious rasa dia memang sama macam kedai Thai sebab resepi yang dikongsikan oleh Tuan Ahmad Shinoda ni memang dia kongsikan resepi original.
Lepas ni tak payah ke kedai Thai dah. Buat sendiri je dekat rumah. Bila barang semua dah ada, terus masuk dapur pasang api. Bila tengok resepi yang dikongsikan memang banyak bahan yang digunakan, tapi semua bahan mudah je nak dapat. Senang nak buat pun!
Jom saya kongsikan bahan-bahan yang digunakan dan macam mana cara nka buat sup daging resepi Thai ni. Nanti boleh buat sendiri dekat rumah korang ye.
RESEPI SUP DAGING ORIGINAL THAI
Bahan yang diperlukan adalah :
- 300 gram daging ( lebih sedap jika gunakan tetel. Tapi jika tiada tulang atau rusuk pun boleh)
- 3 inci halia (ditumbuk)
- 3 hiris lengkus
- 2 akar pokok ketumbar
- 1 biji bawang holland (saiz kecil)
- 1 batang kayu manis (kecil)
- Bunga lawang
- 1 sudu gula
- 3-4 ulas bawang putih (ketuk)
- 2 batang serai
- 14 biji cili padi
- 7 helai daun limau purut
- 1 biji bawnag holland (hiasan)
- Sedikit daun ketumbar
- ½ biji tomato
- 2 biji limau nipis (ambik jusnya)
- 3- 4 sudu sos ikan
CARA PENYEDIAAN SUP DAGING RESEPI ORIGINAL THAI :
▶ Mula-mula bersihkan daging. Potong kecil-kecil dan rebus bersama halia, lengkuas, akar ketumbar, kayu manis, bunga lawang, bawang holland kecil dan gula.
▶ Rebus sampai daging empuk. Dan jangan gunakan air yang banyak. Sikit je sebab daging tu akan keluarkan air juga.
▶ Sementara tu, ketuk bawang putih dan serai sedikit hancur.
▶ Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga warna kekuningan. Masukkan serai, bawang holland, cili padi dan daun limau purut. Tumis sehingga layu dan wangi.
▶ Bila dah wangi, dan daging tadi pun dah empuk boleh masukkan bahan tumisan dalam periuk rebusan daging. Masukkan tomato sekali.
** Jika ada batang saderi, masukkan bersama tomato ke dalam periuk.
▶ Masukkan sos ikan dan perahan jus limau.
▶ Biarkan selama 2-3 minit dia mendidih, padamkan api. Tabur daun ketumbar.
Mudah je kan nak buat sup daging resepi Thai ni. Kalau ada batang saderi tu memang lengkap 100% dah lah resepinya. Tapi jika taka da pun tak apa rasa masih sama dan sedap.
Menu ni memang ringkas nak buat, terutama bila kita boleh cepatkan proses rebus daging tu. Boleh gunakan pressure cooker yang korang ada untuk lebih pantas daging kita empuk.
Nak makan sup daging ni, memang wajib ada sambal kicap pedas hitam tu. Lagi pedas, lagi terangkat! Resepi sambal kicap ni dah ramai yang kongsikan. Dan masing-masing ada cara tersendiri. Tapi, saya kongsikan cara saya dekat bawah ni ye. Mudah dan sedap!
Nak makan denagn bihun sup, mee sup, soto atau apa-apa berkuah pun sedap. haa! Satu lagi nak buat cicah tauhu bergedil pun tersangatlah padu. Jom saya kongsikan bahan-bahannya.
RESEPI SAMBAL KICAP PEDAS
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 genggam Cili padi
- 1 ulas bawang putih ( kalau suka lebih, boleh lebihkan)
- 3 biji limau kasturi – pastikan buah limau yang masak
- 1 cawan kicap Manis
- 2 sudu besar gula pasir
CARA PENYEDIAAN SAMBAL KICAP PEDAS :
▶ Mula- mula kisar semua bahan di atas.
▶ Untuk limau tu, 2 biji sahaja terus kisar bersama kulit. 1 biji lagi, perah dulu kemudian kulitnya dihiris nipis -nipis.
▶ Terpulang sama ada nak kisar halus atau hancur atau nak kisar kasar sedikit.
▶ Akhir sekali, taburkan kulit limau hiris tu atas sambal kicap kita.
Baki kulit limau yang dihiris tu boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk. Boleh simpan berbulan- bulan lamanya untuk digunakan kelak. Selain daripada tu, boleh letakkan dalam peti sejuk untuk bagi peti sejuk kita kekal wangi.
Seronok bila tahu resepi sup daging yang mudah dan resepi sambal power ni. Time makan memang tak sedar licin satu mangkuk. Nak pulak makan waktu sup masih panas. Paling best sebab semua kerja jadi mudah dan cepat siap.
Bila kerja cepat siap, boleh lah dapat makan awal. Lebih-lebih lagi kalau kita baru sampai rumah dalam keadaan lapar. Nak masak benda paling ringkas dan cepat boleh cuba sup daging Thai dan sambal kicap ni. Memang buat kita berselera betul lah.
Lebih kan kuah nanti habis hirup pula kuahnya makan dengan daging. Jika nak gantikan atau tambah binatang lain juga boleh, tak ada masalah. Nak buat sup ayam, sotong, udang ke cuba lah follow resepi Thai ni sedap!
Selamat mencuba!