Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Simple Masak Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai! Sekali Try Sebijik Rasa Macam Kedai!

0

Kalau kita dihidangkan dengan masakan siakap 3 rasa ni saya yakin tiada siapa mampu menolaknya! Dengan aroma ikan dan kuah masam manisnya tu. Siap boleh buat kita bertambah nasi lah!

Siapa yang suka makan makanan ala Thai, siapa 3 rasa ni wajib pernah cuba. Tapi kalau makan di kedai, kena pandai pilih sebab kadang-kadang rasa dia kurang menyelerakan. Boleh spoil jugak mood kalau tak kena dengan tekak.

Tapi bila dah tahu cara nak buat sendiri masakan ikan siakap 3 rasa ni, dah jarang ke kedai melainkan kalau memang di luar. Sejak jumpe resepi yang dikongsikan Cik Puan Anita Sahara kita ni, dekat rumah je pun dah boleh dapat masakan yang sedap-sedap!

Selain ikan siakap, nak buat masak 3 rasa ni boleh juga gunakan ikan jenahak. Rasa nya juga sedap, manis-manis denga nisi yang banyak. Nanti boleh cuba gunakan apa yang ada okay!

Jom saya kongsikan apa bahan yang digunakan dan cara nak buat ikan siakap 3 rasa ala Thai ni.

 

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA ALA THAI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 

  • Ikan siakap (saiz sederhana besar)
  • Nenas (potong dadu)
  • 1 biji Bawang merah besar (potong dadu)
  • 1 biji Tomato (potong dadu)
  • Cili padi (racik bulat halus)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 3 – 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Gula
  • 2 sudu besar tepung jagung

CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP 3 RASA ALA THAI :

▶ Mula-mula sekali, basuh ikan bersih-bersih dan lumurkan dengan garam dan juga tepung jagung. Sapu rata, dan goreng sehingga garing.

▶ Seterusnya, potong dadu nenas, bawang merah, tomato dan juga cili padi.

▶ Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Iaitu bawang bedar dan bawang putih.

▶ Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.

▶ Kemudian, masukkan cili kering kisar dan masak sehingga naik minyak dan betul-betul masak.

▶ Seterusnya, masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau bahan-bahan supaya sebati.

▶ Masukkan sedikit air, dan kacau sekata.

▶ Agak-agak kuah dah sedikit mendidih, masukkan cili potong, dan bawang merah yang dipotong dadu tadi.

▶ Biarkan seketika, bawang masak sempurna, masukkan nenas dan juga tomato.

▶ Perasakan dengan garam, gula dan juga serbuk perasa. Kacau sebati dan tutup api.

▶ Ikan yang digorengkan tadi, hidangkan dalam pinggan dan curahkan kuah ke atas ikan tadi.

▶ Sebelum dihidangkan, tabur daun ketumbar dan cili potong ke atas hidangan.

▶ Siap dan sedia dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Rendang Kerang Yang Marvellous! Resepi Ringkas Hidangan Wajib Semua Orang Cuba!

Waah! Kalau macam ni lah cara nak buat masak ikan siakap 3 rasa ni memang mudah sangatlah caranya. Bila hujung-hujung minggu seronoklah dapat buat dan makan beramai-ramai.

Nak lebih meriah, hidangkan dengan nasi hujan panas kea tau hidangkan bersama nasi putih dan tomyam campur ala Thai, telur dadar dan juga sayur kalian ikan masin.

Hidangkan sebijik macam di kedai! Puas hati bila ramai yang suka, rasa yang sedap dan dapat makan banyak tanpa had.

Kepada yang baru nak belajar cara nak sediakan ikan siakap masak 3 rasa ala Thai ni, jangan lupa follow resepi yang saya kongsikan ni ya. Buat sekali, confirm akan repeat lagi!

Selamat mencuba saya ucapkan kepada semua yang nak mencuba masakan ikan siakap masak 3 rasa ala Thai ni.

Leave A Reply

Your email address will not be published.