Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Cara Buat Roti John Yang Sedap Macam Pasar Malam. Resepi Simple Semua Wajib Cuba!

0

Tiap kali bulan puasa, roti john ni mesti jadi menu wajib. Tapi sekarang ni bukan bulan puasa pun kerap juga jadi pilihan ramai. Tambahan lagi sekarang ada macam-macam resepi roti john sedap dengan cheese lelehnya, isi daging yang banyak dan pelbagai lagi.

Roti john ni boleh dikatakan macam makanan turun temurun juga. Dari kecil dah menjadi kegemaran sampailah dewasa. Sebab tu kalau ke pasar malam tu kita nampak ada je peniaga menjual roti john sebab pasti ramai yang membelinya.

Bagi yang gemar roti john ni, kalau rasa malas nak ke pasar malam, apa kata cuba buat sendiri. Sebenarnya tak susah pun cara buat roti john yang sedap macam kat pasar malam tu. Malah boleh membuatnya dalam kuantiti yang banyak untuk keluarga.

Perkongsian dari Chef Amer ni boleh jadi rujukan untuk resepi roti john daging buat 10 orang makan. Jom kita mencubanya!

 

RESEPI ROTI JOHN DAGING UNTUK 10 ORANG

Bahan yang diperlukan untuk daging:

  • Roti sosej (bun sosej) 10 biji
  • Bawang besar 2 labu yang dicincang halus, dan setengah labu lagi dicincang kasar
  • Bawang putih 3 ulas yang akan dikisar
  • Halia 1 cm
  • Cili kisar 1 sudu makan
  • Tomato 1 biji dicincang
  • Rempah beriyani 1 sudu makan
  • Rempah kari daging 1 sudu makan
  • Daging kisar 500 gram
  • Air 60 ml
  • Serbuk pati ayam 1 sudu kecil
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Cili merah 2 tangkai yang akan dicincang halus
  • Daun sup 5 batang yang akan dicincang kasar
  • Telur 8 biji
  • Susu 50 ml

 

Bahan yang diperlukan untuk sos dan salad:

  • Mayonis 4 sudu makan
  • Coleslow 4 sudu makan yang dicampurkan dan digaul sejati
  • Sos cili thai 6 sudu makan
  • Timun setengah batang
  • Salad

Cara penyediaan roti john:

▶️ Mula-mula panaskan minyak.

▶️ Tumis bawang besar yang dicincang halus dan bawang putih yang dikisar. Tumis sehingga bertukar warna keperangan.

▶️ Kemudian masukkan cili kisar dan kacau ia sehingga garing.

▶️ Seterusnya masukkan tomato yang dah dicincang, rempah beriyani dan rempah kari. Kacaukan ia sehingga pecah minyak.

▶️ Masukkan pula daging cincang dan terus kacau sehingga daging kelihatan sedikit kecut.

▶️ Kemudian masukkan  sedikit air dan perasa. Masak sehingga menjadi kering atau dalam 15 minit.

▶️ Setelah tu, masukkan bawang besar dan cili merah yang dicincang. Kacau sekejap dan terus masukkan daun sup.

▶️ Setelah kecut masukkan telur dan susu. Kacau sehingga ia sebati dan masak.

▶️ Selepas tu panaskan kuali leper untuk membuat roti john.

▶️ Setelah panas, cedok sesenduk bahan masakan daging tadi dan curah ke atas kuali.

▶️ Agak dah sekata tekapkan roti sosej tadi di atas adunan.

▶️ Masakkan sehingga garing sedikit dan sedia diangkat.

▶️ Kemudian akhir sekali lengkapkanlah ia dengan bahan timun, salad, sos, mayonis dan coleslaw. Bagi yang gemarkan cheese, boleh tambahkan sekali ke dalam roti john.

▶️ Dah siap untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Daging Burger Homemade Paling Mudah Dan Sedap Macam Kedai! Rasa Padu Dengan Bahan Sendiri!

Bestkan kalau dapat buat roti john sendiri. Lagi puas hati sebab dapat buat mengikut citarasa yang diinginkan. Bagi kebanyakan tempat, harga roti john ni makin lama makin meningkat.

Kadang-kadang ada yang mencecah sehingga RM6 ke RM8 untuk roti john biasa. Jadi bila dapat buat sendiri, dapat berjimat dengan lebih banyak berbanding membelinya di gerai atau pasar malam.

Kalau sebelum ni hanya dapat makan roti john yang dibeli di pasar malam sahaja, ikutlah resepi roti john sedap ni untuk disajikan buat keluarga tak kira pada bulan puasa atau tak.

Bukan sahaja boleh olah resepi mengikut selera kita, malah jauh lebih jimat dan menguntungkan. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.