Selalunya dapat makan rendang time raya je? Kenapa nak tunggu raya, kalau boleh buat sendiri. Tapi belum ramai yang tahu macam mana nak buat rendang tumis daging ni. Fuuh! Bau dia memang dari jauh boleh hidu.
Nak buat rendang tumis ni, banyak bahan yang digunakan tapi semua mudah nak dapat. Rasa dia pun sedap sebab gunakan satu bahan rahsia ni. Haa nak tahu kena lah baca sampai habisss.
Walaubagaimanapun terima kasih kepada Cik Puan Ida Shahida ni sebab sudi kongsikan resepi rendang tumis daging ni. Memang marvellous!
RESEPI RENDANG DAGING TUMIS DAGING
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 ½ kg daging @ Ayam 1 ekor ( anggaran berat dalam 1.4 – 1.7 kg)
- Hati lembu (Sebesar 3 jari sahaja- rebus dan kisar hancur)
- 1 cawan minyak masak
- 5 batang kulit kayu manis
- 6 biji bunga lawang
- 7 biji bunga cengkih
- 10 biji buah pelaga
- 7 ulas bawang putih
- 12 biji bawang merah
- 8 inci halia
- 8 batang serai
- 3 sudu besar cili kering yang dikisar
- 2 sudu besar jintan manis
- 2 sudu besar jintan putih
- 2 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar lada putih
- ½ sudu besar lada hitam
- 6 biji buah keras
- Garam dan gula
- Serbuk perasa
- 400-500 gram santan
- 150 gram @ 6 – 7 sudu besar kerisik
CARA PENYEDIAAN RENDANG TUMIS DAGING :
▶ Mula-mula sekali, kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai dan cili mesin. Kisar sampai hancur.
▶ Kemudian, panaskan minyak masak secawan. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga sampai wangi dan harum je.
▶ Seterusnya, masukkan bahan yang kita kisar tadi. Tumis lagi sehingga separuh wangi.
▶ Bila dah didih dan dah keluar minyak masukkan ayam atau daging. Kacau lagi sampai separuh masak.
▶ Masukkan serbuk jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, lada putih, lada hitam, garam sudu besar, gula, serbuk perasa dan buah keras. Kacau sebati dan masak sekejap.
▶ Kemudian, masukkan santan dan kacau semuanya dan sebatikan.
▶ Bila dah agak kuahnya kering sedikit masukkan hati lembu ( sebesar 3 jari saja) yang telah dihancurkan / dikisar halus ( hati direbus dulu).
▶ Bila rendang daging dah masak sepenuhnya masukkan kerisik dan gaul semuanya supaya sebati.
▶ Kacau lagi sampai rendang bertukar warna. Rasa semua dah okay, padamkan api.
BACA JUGA: Resepi Pulut Kuning Kukus Lembut Berlemak. Warisan Pak Mertua Yang Awesome!
TIPS :
** Kerisik mesti guna 6-7 sudu besar penuh untuk resepi ini sebab warna rendang dipengaruhi oleh warna kerisik. Beli kerisik warna koko gelap
** Penggunaan hati lembu dalam semua rendang saya adalah bertujuan untuk lebih menyedapkan lagi rasa rendang tersebut tapi jika tidak ada, tak perlu bubuh atau dimasukkan kedalam rendang anda itu. Tidak mengapa. Tetap sedap juga.
Tak sangka kan, gunakan hati lembu je untuk naikkan rasa sedap rendang tumis ni. Tak terfikir juga sebelum ini. Tapi, bila dah cuba memang wow sangat hasil kejadiannya!
Mungkin lain orang lain caranya untuk naikkan rasa rendang tumis ni. Tapi yang pasti, cara je yang berbeza, rasa nya tetap sedap dan berselera. Selain daripada nasi putih panas-panas, nak makan rendang tumis ni dengan lemang pun sedap.
Bukan nasi putih je, makan dengan ketupat palas pun sedap! Ketupat palas pun kena lah yang lembut, lemak – lemak manis sedap je makan. Nak buat ketupat palas ni tak semua pandai buat sampai jadi tau.
Kalau perasa ada pelbagai versi nak masak ketupat palas ni, ada yang kukus, ada yang masak dalam kuali. Santan juga berbeza sukatan untuk 1 kg pulut yang digunakan.
Untuk mudah jadi rujukan, saya sertakan resepi yang saya guna. Alhamdulillah jadi elok je, masak sedap dan rasa pun kena dengan tekak kita.
RESEPI KETUPAT PALAS
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 kg beras pulut
- 500 ml santan = 2 1/2 kotak santan Kara
- 1 cawan air
- 1 sudu besar garam
- 2 sudu besar gula
- Daun palas ( biasanya dijual 3 rumpun RM5, dapat dalam 40+- biji ketupat) cukup sangat untuk sekilo pulut
CARA PENYEDIAAN KETUPAT PALAS :
▶ Basuh dan rendam beras pulut selama 3 jam, tengok resepi asal paling lama rendam 12 jam. Tapi rendam 3 jam pun okay je.
▶ Kukus separa masak, saya kukus dalam 25 minit
▶ Masakkan santan, air, gula dan garam hingga mendidih
▶ Masukkan pulut yang panas- panas tu dalam bekas yang senang untuk digaul santan.
▶ Masukkan santan yang dimasak tadi gaul sebati. Kaedah gaul jangan cincang dengan senduk pulut tu tapi gaul dari tepi bekas supaya pulut tak hancur

▶ Kukus lagi sekali sehingga masak
▶ Sejukkan pulut dan bungkus dengan daun palas. Saya masukkan pulut selang seli dengan serunding / jagung
▶ Kukus ketupat tadi seketika atau boleh terus simpan dlm freezer kalau nak frozen
Kepada yang nak cuba, boleh try follow resepi ni insyaAllah akan menjadi walaupun sekali percubaan sahaja. Mana tahu nanti ada ahli keluarga yang suka dan bertambah pula makannya.
Jika rajin, boleh buat banyak siap – siap daging tu, dan masukkan dalam peti sejuk. Nak makan nanti tinggal panaskan je..
Selamat mencuba ye semua.