Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Pulut Kuning Kukus Lembut Berlemak. Warisan Pak Mertua Yang Awesome!

0

Nak makan pulut memang sedap kalau dapat yang berlemak dan lembut je. Cicah pula dengan rendang daging atau rendang ayam. Daging pulak tak liat dan ayam pun empuk je. Fuuh! Memang layanzz tau makan macam ni.

Resepi pulut kuning kukus ni, dikongsikan dan diturunkan oleh bapa mertua kepada sahabat Facebook kita ni iaitu Cik Puan Noor Hamidah ni.

Disebabkan terlalu suka dengan pulut kuning kukus ni, setiap kali ada apa-apa event pun dia akan sediakan pulut kuning kukus ni. Dan hari ni, saya kongsikan resepi yang belia kongsikan di facebook ye.

Serious senang dan macam sedap je bila tengok gambar. Saya harap semua yang buat nanti dapat hasil pulut kuning kukus cantik, sedap dan berlemak.

 

RESEPI PULUT KUNING KUKUS BERLEMAK

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 ½ kg pulut (pulut susu)
  • Santan 1 kotak kecik (saya pakai santan kara)
  • Daun pandan (10 helai)
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN PULUT KUNING KUKUS :

▶ Rendam dahulu pulut bersama dengan sedikit serbuk kunyit (saya letak 2 sudu) cantik je warnanya.. rendam selama 3 @ 4 jam.

▶ Panaskan pengukus. Sambil tu susun daun pandan di atas pengukus. Bau pulut kuning jadi lagi sedap tau.. Kemudian masukkan pulut atas daun pandan. Kukus sampai sedikit lembut. Dalam 1 jam macam tu..

▶ Dah agak lembut tu, keluarkan letak dalam bekas lain.

▶ Kemudian ambil 1 kotak kecil santan tadi tambah air.. kuantiti penuh 1 mangkuk biasa selalu anda makan maggie tu..h ehe. Lepas tu tambah sedikit garam.

▶ kemudian, gaulkan dengan pulut tadi, dah rata kukus semula.

Macam saya, saay suka letak semula daun pandan tadi.. susun balik dan kukus macam td, selama 15 ke 30 minit lg.

Dannnnn siap boleh dimakan. Tapi nak makan pulut ni mestilah ada rendangnya. Terpulang kepada kita nak rendang daging atau rendang ayam. Macam Puan Noor Hamidah ni suka makan dengan rendang daging. Jadi saya kongsikan resepi rendang daging version beliau.

 

RESEPI RENDANG DAGING

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 ½ kg daging
  • 2 biji Bunga lawang
  • 2 batang kayu manis
  • 3 helai Daun kunyit
  • 2 sudu Serbuk kari (saya pakai serbuk kari daging)
  • 2 bungkus kerisik
  • 2 kotak santan kecil (saya pakai brand kara)
  • Garam secukup rasa

BACA JUGA: Resepi Nasi Ayam Hainan Mudah Dan Simple. Resepi Lengkap Step By Step!

Bahan yang dikisar :

  • 15 ulas Bawang merah saiz sederhana besar
  • 10 Ulas Bawang putih
  • 2 inci Lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai saiz besar
  • 20 tangkai Cili kering (ikut pedas yang ibu2 suka)

CARA PENYEDIAAN RENDANG DAGING :

▶ Panaskan minyak, minyak kalau boleh kuantiti yg banyak. Dalam 1 cawan.. sebab masa menumis bahan kisar akan berair. Masukkan bunga lawang dan kayu manis.. kemudian masukkan semua bahan kisar td. Tumis sehingga pecah minyak.

▶ Kemudian masukkan serbuk kari. Pastikan masa masak sentiasa kacau ya, takut hangus belah bawah nanti..

▶ Dah pecah minyak masukkan daging, gaul sebentar kemudian tambahkan air.. dalam 3 cawan, tunggu sehingga daging lembut.. selagi belum lembut kalau boleh jangan masukkan santan dulu ya.. kalau perlu tambah air lagi tambah je ye sampai betul-betul lembut.

▶ Bila daging dah lembut masukkan kerisik, santan dan daun kunyit yang dipotong mayang td.

▶ Last sekali letak garam dan rasakan.

**kalau nak pekat masak lama sikit menggunakan api kecil, kalau nak kuah banyak da boleh matikan api ya.

 

Siap lah untuk hidangkan pulut kuning kukus kita yang lembut tu untuk dimakan dengan rendang daging kita ni. Kalau macam ni mudah dia, memang selalu lah boleh buat.

Tak perlu tunggu nak ada event pun boleh buat selalu kalau semua suka. Paling best, ada yang siap minta repeat lagi nak makan pulut kuning kukus ni.

Kadang-kadang ada yang makan pulut kuning ni dengan sambal bilis. Ya! Memang ada dan boleh ikut selera tekak kita. Sebab dua-dua sedap untuk dinikmati bersama keluarga. Jom saya kongsikan resepi samal ikan bilis yang mudah dan senang.

 

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

Bahan kisar :

  • 1/2 biji bawang Holland
  • 4 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis ( di goreng )
  • secubit belacan

 

Bahan lain :

  • 4 1/2 senduk cili kisar
  • 1 1/2 cawan air asam jawa
  • 1/2 genggam ikan bilis ( rendam dan tumbuk hancur)
  • Gula manisan @ gula merah
  • 1 sudu besar cuka

CARA PENYEDIAAN SAMBAL IKAN BILIS :

▶ Mula-mula kisar semua bahan di atas dengan sedikit air

▶ Kemudian, panaskan sedikit minyak, tumis bahan-bahan yang kita dah kisar tadi sampai garing dan naik bau. Kalau guna minyak ikan bilis goreng tadi, lagi sedap.

▶ Kemudian, masukkan cili kisar. Masak sampai naik minyak. Untuk bagi sambal kita tahan lama, cili biar betul-betul masak tau.

▶ Sebagai menggantikan ajinamoto, gunakan ikan bilis yang kita tumbuk hancur tadi. sambal kita akan jadi lebih sedap dan berperisa.

▶ Tip untuk jadikan sambal kita berwarna pekat atau maroon, masukkan gula merah sedikit selain daripada gula putih dan sedikit garam sebagai perasa.

▶ Cuka dimasukkan bagi memastikan sambal kita boleh tahan lama dan untuk menggantikan asam keping, masukkan air asam jawa 1/2 cawan.

▶ Dah siap sambal kita dan boleh dimakan bersama pulut kuning yang lembut!

 

Sambal ni boleh buat banyak siap – siap. Senang nanti nak guna panaskan sahaja dalam kuali. Tanpa perlu masukkan minyak pun tau! Cuma panaskan sambal dan masukkan binatang seperti sotong, udang atau binatang lain yang kita suka.

Jika perlu untuk lebihkan kuah, boleh tambahkan sedikit air dan perasakan semula dengan gula dan gram sehingga rasa dia jadi sempurna.

Saya ucapkan selamat mencuba untuk anda semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.