Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Nasi Minyak Kurma Ayam Paling Sedap! Hidangan Lauk Lengkap Macam Kenduri!

0

Sebut je nasi minyak terus teringat kenduri. Macam-macam jenis lauk yang dihidangkan bersama nasi minyak ni. Antara yang biasa kita lihat ialah ayam goreng berempah, masak kurma, ayam masak merah dan macam-macam lagi. Dilengkapkan lagi dengan jelatah, memang sedap dan menyelerakan.

Dalam musim jarang ada kenduri ni, mesti rasa rindu nak makan nasi minyak kan. Kalau sebelum ni rasa macam susah je nak masak nasi minyak, sebenarnya tak susah sangat pun penyediaannya. Nasi minyak ni antara nasi berperisa yang menggunakan bahan yang simple, namun enak sangat.

Bagi yang nak mencuba masak sendiri nasi minyak ni, boleh ikut resepi nasi minyak kurma ayam yang lengkap dengan jelatah yang dikongsikan oleh Mazliza Ahmad ni.

Set lengkap ni memang sesuai untuk dijadikan juadah keluarga masa hujung minggu. Jom kita lihat cara penyediaannya.

 

RESEPI NASI MINYAK KURMA AYAM DAN JELATAH TIMUN

Bahan-bahan untuk nasi minyak kuning:

  • Beras basmathi 3 pot (basuh dan toskan)
  • Air 5 pot
  • Minyak sapi 2 sudu makan
  • Butter 1 sudu makan
  • Susu cair setengah cawan
  • Rempah sup buncut 1
  • Kismis segenggam
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia 1 inci
  • Serbuk kunyit atau pewarna kuning dalam setengah sudu teh
  • Kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
  • Garam dan perasa

 

Cara memasak nasi minyak:

▶️ Kisarkan bawang besar, bawang putih dan halia.

▶️ Tenggekkan periuk nasi atas dapur dan masukkan minyak sapi dan butter.

▶️ Kemudian masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang dan tumis sehingga naik bau.

▶️ Selepas tu tumis juga bahan yang dah dikisar tadi dan kismis.

▶️ Masukkan serbuk kunyit, garam dan perasa.

▶️ Seterusnya masukkan rempah sup bunjut dan susu cair.

▶️ Masukkan beras. Dan seterusnya tuang air ikut paras biasa kita tanak nasi.

▶️ Tutup periuk. Dan masak nasi seperti biasa.

Senarai bahan untuk lauk kurma ayam/daging:

  • Ayam seekor atau daging sekilo
  • Rempah kurma 3 sudu makan
  • Kentang 4 biji yang dipotong 4 (atau potong ikut suka)
  • Cili api 7 atau 8 biji
  • Tomato ceri 8-10 biji
  • Bawang goreng 5 genggam
  • Kerisik 1 sudu makan
  • Gula merah 2 sudu makan
  • Susu cari 5 sudu makan untuk digunakan semasa perapan, dan 1 cawan lagi disediakan juga untuk dimasukkan dalam kuah nanti
  • Bawang besar 3 biji (2 biji akan dikisar, dan 1 lagi akan dihiris)
  • Bawang putih 7 ulas (4 ulas akan dikisar, dan 3 lagi akan dihiris)
  • Halia 1 inci
  • Kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang

 

Cara memasak kurma ayam atau daging:

▶️ Mula-mula kisar 2 bji bawang besar, 4 ulas bawang putih dan halia.

▶️ Kemudian perapkan ayam atau daging dengan bahan dah dikisar tadi, rempah kurma, bawang goreng, kerisik, gula merah dan 5 sudu makan susu cair selama 15 minit.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, sebiji bawang besar dan 3 ulas bawang putih yang dihiris. Tumis sehingga naik bau.

▶️ Selepas tu masukkan ayam atau daging yang diperap tadi.

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Nasi Ganja Viral! Resepi Nasi Ganja Hidangan Lengkap Dengan Sambal Tumis Udang!

▶️ Kemudian masukkan air sehingga paras ayam dan daging atau sampai ianya tenggelam.

▶️ Dan masukkan juga kentang.

▶️ Masukkan garam dan perasa.

▶️ Tunggu sehingga ayam dan daging empuk. Kalau masih belum empuk, dan air agak kering, tambahkan sikit air.

▶️ Selepas ayam/daging dan kentang empuk dan kuah agak pekat, masukkan secawan susu cair.

▶️ Dan akhir sekali masukkan cili api dan tomato ceri.

▶️ Dah siap masakan kurma.

Bahan-bahan untuk jelatah timun dan nenas:

  • Timun sebiji (buang kulitnya dan cakarkan dengan garpu. Belah dua dan hiris)
  • Nenas suku biji yang dihiris nipis
  • Bawang besar 1 biji dan hiris
  • Cili merah dan cili hijau dihiris
  • Gula 5 sudu besar
  • Garam sikit
  • Cuka 3 sudu makan

 

Cara penyediaan jelatah:

▶️ Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga sebati. Sebatikan rasa manis masamnya.

▶️ Dah siap lauk jelatah. Sedia untuk dihidangkan kesemuanya.

Kalau nak lagi sedap, boleh lengkapkan lagi dengan papadom. Baru betul-betul menjadi hidangan lauk kenduri.

Bagi yang mengidam nasi minyak kenduri tu, lepas ni bolehlah ikut resepi ni untuk jadikan hidangan istimewa buat keluarga.

Sajian resepi nasi minyak dengan gabungan kurma ayam atau daging ni memang sesuai dinikmati bersama. Dan lagi menyelerakan dengan adanya jelatah. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.