Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Nasi Ayam Hainan Mudah Dan Simple. Resepi Lengkap Step By Step!

0

Selain nasi ayam madu, nasi ayam hainan ni pun salah satu menu kegemaran seluruh keluarga. Paling seronok, nak buat nasi ayam Hainan ni sebab cara dia senang sangat.

Bila sekali dah makan, boleh dikatakan setiap hujung minggu anak-anak minta nak makan nasi ayam Hainan ni. Mujur juga jumpa resepi dari Cik Puan Anna Camfrog ni kongsikan cara nak buat nasi ayam Hainan yang paling mudah dan marvellous ni.

Sesetengah orang lebih gemarkan nasi ayam biasa berbanding nasi ayam hainan ni. Tapi tak ramai tahu apa beza nasi ayam biasa, nasi ayam hainan dan nasi ayam madu. Paling ketara, nasi ayam madu sudah tentulah pada ayamnya yang diperap dengan madu.

Bagi nasi ayam hainan dengan nasi ayam biasa ni, nasi ayam biasa,  juga beza pada ayamnya. Nasi macam-macam versi ada, yang boleh kita follow. Tapi jika hainan ayamnya hanya direbus dan diperap dengan minyak bijan. Sampai masa makan, hidangkan!

Jika nasi ayam biasa, selepas rebus ayam, perap dulu dengan kicap dan senagkatannya. Sebelum makan goreng dulu dalam minyak yang banyak atau bakar dalam oven. Berbeza dari segi cara masakan dan rasanya juga tak sama.

 

RESEPI NASI AYAM HAINAN

UNTUK NASI

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 4 pot Beras (cuci bersih)
  • 5 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 3 kiub ayam knor (ramas hancur)
  • 2 helai daun pndan (disimpul)
  • 1 sup bunjut
  • 2 bunga cengkih
  • 1 kayu manis
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 batang serai (dititik)
  • Halia (tumbuk)
  • Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN NASI AYAM :

▶ Basuh beras seperti biasa. Tos kan. Kemudian ketepikan dulu

▶ Panaskan kuali, masukkan mentega. Tunggu cair kemudian masukkan bahan tumbuk, sup bunjut, serai, bunga cengkih dan kayu manis. Tumis semua sampai naik bau wangi.

▶ Seterusnya, masukkan beras. Gaul rata dalam kuali selama lebih kurang 8 minit. Alihkan ke dalam periuk nasi.

▶ Tuangkan air secukupnya (mgikut sukatan beras yang digunakan). Masukkan daun pandan dan kiub ayam knor. Gaul sebati. Akhir sekali, masak nasi seperti biasa.

UNTUK AYAM

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • ½ ekor ayam (dicuci bersih)
  • 5 ulas bawang putih (tumbuk)
  • Halia (tumbuk)
  • 1 kiub ayam knor
  • Garam
  • Air secukupnya
  • Minyak bijan (untuk memerap)
  • Air masak secukupnya *
  • Ais *

 

CARA PENYEDIAAN AYAM :

▶ Satukan air, bahan tumbuk, kiub ayam dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.

▶ Bila dah mendidih, masukkan ayam. Tutup periuk supaya ayam cepat masak. Anggaran dalam 30 hingga 40 minit. Ikut pada saiz ayam.

▶ Sementara tu, sediakan air berais. Bila ayam dah masak, angkat ayam dan terus masukkan dalam air ais. Rendam dalam 20 minit. Proses ni adalah untuk melembapkan dan melembutkan ayam.

▶ Seterusnya, angkat ayam. Sapu dan perap ayam dengan minyak bijan secukupnya.

▶Nanti bila nak dihidang, potong kecil-kecil sesuai dengan hidangan.

UNTUK SOS HITAM

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 4 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan madu
  • ½ cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu makan minyak bijan

 

CARA PENYEDIAAN SOS HITAM :

▶ Campurkan semua bahan-bahan di atas. Gaul sebati dan siap!

BACA JUGA: Resepi Sup Daging Original Thai Yang Padu Marvellous. Rasa Sekali Pasti Akan Repeat!

UNTUK SOS MERAH

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 5 cili api (merah- ditumbuk)
  • 3 lada besar (merah- ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk)
  • Garam
  • Gula
  • Air masak
  • Ajinamoto atau bahan perasa (abaikan jika tiada)

CARA PENYEDIAAN SOS MERAH :

▶ Satukan semua bahan. Kemudian didihkan sekejap di atas api yang sederhana sambil dikacau-kacau. Dan siap!

 

UNTUK SEDIAKAN SUP

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 3 bawang merah (ditumbuk)
  • 2 bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sup bunjut
  • 3 rempah sekawan
  • Halia (ditumbuk)
  • Garam
  • Air rebusan ayam
  • Ajinamoto (abaikan jika tidak perlu)
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Fishball / Fishcake (jika ada)

CARA PENYEDIAAN SUP :

▶ Mula-mula, panaskan minyak. Kemudian, masukkan bahan tumbuk bersama rempah 3 sekawan dan sup bunjut.

▶ Seterusnya, tumis sampai naik bau. Masukkan air rebusan ayam. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan fishball dan fishcake.

▶ Perisakan dengan garam dan ajinamoto…

▶ Akhir sekali, taburankan bawang goreng dan daup sup semasa menghidang. Siap!

Mudahkan nak buat nasi ayam Hainan ni. Sebab tu bila anak-anak minta susah nak tolak sebab tahu betapa mudahnya nak siapkan. Bukan mereka je, kita pun suka bila dapat makan.

Lagi senang bila tengah hari dan malam minta lagi nasi ayam Hainan yang sama. Jadi mudah buat kita buat sekali banyak je.

Jadi kita dah tahu ni, boleh lah pilih nak buat nasi ayam hainan atau nasi ayam biasa. Jika anak-anak masih kecil, boleh buat yang hainan je sebab ianya lebih sihat dan isi ayam pun lembut sangat.

Ada yang kongsikan tip bagaimana nak lembutkan isi ayam. Super lembut tapi tidaklah sampai menghancurkan ayam tersebut. Tip nya ialah :

** Sediakan air yang berisi ais batu. biarkan air tu sejuk sekejap.

** Selepas rebus ayam kita tu, bila ayam dah masak terus angkat masukkan dalam air berais tersebut. Rendam dalam 20 minit lebih kurang.

** Kemudian, baru perap sebentar dengan minyak bijan.

Senang je lah sebenarnya nak lembutkan ayam ni. Sebab tak dinafikan ada yang kata rebus lama sikit, tapi ayam akan hancur dan tak sedap bila dimakan dengan nasi ayam nanti.

Kalau yang baru nak belajar masak nasi ayam Hainan ni, insyaAllah sekali buat pun menjadi. Sebelum buat, kongsikan dulu dekat facebook ye. Semoga semua mendapat manfaat.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera saya ucapkan!

Leave A Reply

Your email address will not be published.