Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Cara Buat Mee Goreng Basah Mewah Dengan Kuah Padu. Sekali Makan Garenti Tambah!

0

Mee goreng ni antara yang ramai orang suka. Lagi-lagi mee goreng basah. Kalau pekat sikit kuah dia dan sedap pula, memang nikmat betul bila disedut sekali dengan mee masuk ke mulut. Cukup pula rasa manis, masin dan pedasnya. Memang rasa di awanganlah bila makan tu.

Kalau dulu orang nak masak mee goreng basah ni, simple-simple je dah cukup kan. Buat kuahnya lebih, dan letak sayur sawi. Tu pun dah rasa sedap. Sekarang ni kalau nak feeling lebih lagi, boleh letakkan ayam atau seafood.

Memang padulah rasa dia. Terus nampak mewah mee goreng basah kita tu. Perkongsian kali ni saya nak tunjukkan resepi mee goreng basah sedap dan kuahnya yang padu dari resepi Kak Long ni.

Yang nampak sedap sangat resepi ni ialah kuahnya yang pekat dan banyak bahan sampingan yang nampak lagi menyelerakan. Kalau dihidangkan untuk tetamu memang sesuai sangat sebab bukan level biasa-biasa mee goreng basah ni.

Mee nampak cantik disaluti kuah color hitamnya, penuh pula sayuran dan binatang, confirm makan sampai licin tak pandang kiri kanan dah. Jom saya kongsikan resepinya.

 

RESEPI MEE GORENG BASAH

Mee goreng basah ni lain orang lain cara masaknya. Ada yang suka berkuah lebih atau ada yang suka sekadar ecak-ecak sahaja. Kadang-kadang tu ada yang suka kuahnya cair je. Sebenarnya ikut citarasa sendiri. Melalui resepi ni, anda boleh adjust nanti kicap dan air yang akan dimasukkan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 bungkus mee kuning (bilas sikit dan toskan)
  • 10 ekor sotong  (bersihkan, potong dan tos)
  • 1 paket fish ball (bersihkan dan potong kecil)
  • 1 ikat sayur sawi jepun (potong juga)
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • 10 biji cili api
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap mee
  • 1 cawan kecil air
  • Minyak masak 2 sudu besar (untuk tumis)

Cara masak mee goreng basah:

▶️Mula-mula tumbuk lumat cili padi dan bawang putih.

▶️ Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi dan cili kisar. Tumis sehingga garing.

▶️ Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, dan kicap mee. Kacau sehingga sebati.

▶️ Seterusnya masukkan sotong, fish ball, dan masukkan air.

▶️ Kacau sehingga bahan-bahan semua masak. Selepas tu masukkan sayur sawi. Biarkan layu sikit.

BACA JUGA: Nak Buat Kuah Soto Dan Sambal Kicap Power! Resepi Simple Ni Betul-Betul Membantu!

▶️ Kemudian masukkan mee kuning dan tomato. Kacau sehingga mee semua disaluti bahan dengan sekata.

▶️ Tak perlu lagi dicampurkan garam, gula dan apa-apa perasa sebab semua kicap yang dimasukkan dah cukup rasanya.

▶️ Dah masak boleh tutup api dan sedia dihidangkan!

Fuhh, kalau makan mee goreng basah ni lepas je dimasak memang sedap rasa dia. Masih panas dan berasap-asap lagi. Mee goreng ni, sebaiknya dijamah masa masih segar dan belum kembang sangat. Baru betul-betul menyelerakan.

Hidangkan pula waktu petang dengan teh o panas, sedap bila dinikmati beramai-ramai dengan ahli keluarga. Mujur ada resepi mee goreng basah sedap ni. Nanti bolehlah diguna pakai untuk dihidangkan buat keluarga dan tetamu yang bertandang ke rumah pula.

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.