Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Cara Buat Lontong Yang Sedap Dan Berlemak! Rahsia Dapatkan Kuah Yang Pekat Dan Marvellous!

0

Sebut lontong je teringat hari raya. Boleh dikatakan menu favorite juga tu! Tapi sekarang ni bukan hari raya pun masih ada yang meminati lontong ni juga.

Kalau teragak nak makan tu, tak perlu nak tunggu hari raya lagi dah. Di restoran minum petang sekarang pun dah ada yang menyediakan menu ni.

Kalau kita lihat, ada bermacam-macam resepi lontong hari raya sedap boleh didapati di mana-mana. Ada yang berkuah pekat, ada yang banyak bahan, dan ada yang simple je. Kadang-kadang kalau makan di kedai tu, ada je yang tak kena pada tekak kita pula kan.

Lebih baik cuba buatnya sendiri ikut citarasa yang kita mahukan. Kalau inginkan kuah yang sedap dan cukup rasanya, apa kata jom intai-intai resepi lontong hari raya sedap yang dikongsikan oleh Fatimah Saari ni.

Resepi yang dikongsikan ni bukan sahaja kuah lontong, malah ada juga resepi sambal bilis yang semestinya menjadi pelengkap pada menu lontong tu nanti.

Jom saya kongsikan resepi penuhnya.

 

LONTONG HARI RAYA SEDAP

Bahan-bahan bagi Kuah Lontong terbahagi kepada 2.

SENARAI BAHAN A (YANG AKAN DI’BLEND’):

  • 7 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • Sikit lengkuas yang dihiris nipis
  • Sedikit halia yang juga dihiris nipis
  • 2 sudu makan udang kering
  • Segenggam ikan bilis
  • Sebiji buah keras
  • Kunyit hidup (sebesar ibu jari)

 

SENARAI BAHAN B:

Bahan-bahan ni yang akan menjadi lauk kuahnya nanti.

  • Udang yang segar saiz sederhana
  • Kacang panjang
  • Kobis
  • Lobak merah
  • Kentang
  • Soohun dan fucuk
  • Parasa
  • Santan (boleh pakai santan pekat asli atau santan kotak)
  • Kalau nak tambah bahan lain seperti tempe pun boleh juga

CARA PENYEDIAAN LONTONG HARI RAYA:

▶️ Mula-mula sekali blend bahan-bahan A sehingga hancur.

▶️ Kemudian panaskan periuk dan masukkan bahan blend tadi.

▶️ Masukkan sekali air dan santan dan kacau-kacaukan sehingga sebati.

▶️ Tunggu sehingga kuah mendidih dan masukkan sayur-sayuran yang lambat lembut seperti lobak merah dan kentang.

▶️ Dan akhir sekali letakkan bahan perasa dan terus masukkan udang dan baki-baki sayuran yang lain. Tak perlu terlalu lama. Lembut sahaja sayur dan masak udang boleh terus tutup api.

 

Dah siap kuah lontong sedap dan pekat. Nak makan terus dengan nasi himpit pun boleh. Dah cukup rasa kuah dan lauk sayurannya tu.

Namun sekiranya nak tambah padu dan menaikkan selera lagi, boleh lengkapkan lagi menu dengan sambal bilis yang pedas. Barulah boleh makan bertambah-tambah sampai licin kan!

 

RESEPI SAMBAL BILIS

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • 3 biji bawang besar
  • Sebiji lagi bawang besar yang dimayang atau dihiris halus
  • 3 senduk nasi cili kering dah siap dikisar (atau ikut tahap kepedasan yang kita mahu)
  • 2-3 helai daun pandan
  • 2 genggam ikan bilis
  • Sedikit asam jawa (larutkan dengan air)
  • Garam dan gula

BACA JUGA: Resepi Sambal Goreng Pengantin Padu! Pelbagai Lauk Dalam Satu Masakan!

CARA PENYEDIAAN SAMBAL BILIS:

▶️ Mula-mula blend 3 biji bawang besar.

▶️ Panaskan minyak kemudian tumis bawang yang dah di’blend’ dan yang dah dimayang tadi.

▶️ Tumiskan bersama daun pandan sekali.

▶️ Tumis kesemua bahan sehingga naik bau dan warna jadi kekuningan. Masukan cili yang dah diblend, larutan air asam dan juga gula.

▶️ Selepas cili dah masak dan bertukar warna, masukkan ikan bilis.

▶️ Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula.

Dah siap, boleh dihidangkan dengan lontong. Kuah lontong ni memang sedap kalau digaulkan dengan sambal yang agak pedas. Memang enak dijadikan juadah sarapan pagi atau minum petang. Nak sedap lagi, bolehlah letakkan sekali telur rebus.

Lepas ni kalau nak makan resepi lontong hari raya sedap campur sambal bilis ni, tak perlu lagi tunggu hari raya atau makan di kedai. Boleh masak sendiri ikut citarasa kita. Nak letak bahan lebih, nak buat sambal yang pedas, boleh buat sendiri sahaja.

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.