Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Kek Yogurt Strawberi Bercheese, Lembut Dan Gebu. Lagi Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

0

Ada tak kat sini yang suka yogurt? Kalau yang biasa makan tu, tau lah macam mana rasa lemak berkrimnya yogurt ni. Pernah tak makan kek yogurt pula? Haa, bayangkan makan kek yang lembut yang di dalamnya ada perasa yogurt. Sedap sangat bila makan cair di mulut.

Bagi ibu-ibu yang pening tak tahu nak bagi anak makan pemanis mulut apa hujung-hujung minggu, jomlah cuba resepi kek yogurt strawberi ni. Campurkan lagi dengan cheese! Pasti anak-anak suka.

Lepas buat, simpan dalam peti sejuk. Biarkan dulu kek yogurt bercheese ni sejuk dulu sebelum dinikmati. Kalau dimakan sejuk-sejuk kek perasa yogurt ni, memang feeling habis. Confirm anak-anak repeat banyak kali buka peti sejuk untuk menikmatinya.

Kalau nak cuba buat kek yogurt strawberi bercheese ni, jom ikut resepi yang dikongsikan oleh Iedaa Jahaya. Tengok sajalah bahan-bahan yang digunakan dan kejadian keknya yang gebu cantik, rasanya juga pasti sedap.

Cara buatnya lebih kurang sama je macam buat kek berkeju gebu yang lain biasa kita lihat. Cuma kali ni ditambahkan yogurt. Bertambah rasa sedap dan berlemak keknya nanti. Jom saya kongsikan resepinya.

 

RESEPI KEK YOGURT STRAWBERI BERCHEESE

Untuk kek yogurt ni, ikut perisa yogurt apa yang ada suka. Strawberi ni antara yang paling banyak diminati dan rasanya lebih sedap dan wangi. Kalau anda nak gantikan dengan perisa buah lain atau perisa mix pun boleh juga. Ikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Telur 4 biji (asingkan putih dan kuning telur)
  • Cheese 180 gram
  • Yogurt perisa strawberi 2 pek
  • Gula kastor 140 gram (bahagi kepada 60 gram dan 80 gram)
  • Tepung gandum 120 gram
  • Whipping cream 200 ml
  • Hershey strawberi sedikit sebagai hiasan untuk dicoret atas kek

Cara Buat Kek Yogurt Strawberi Bercheese:

▶️ Mula-mula sediakan bekas yang  mudah untuk mixerkan bahan.

▶️ Masukkan cream cheese dan 60 gram gula kastor ke dalamnya. Pukul dengan mixer hingga kembang.

▶️ Kemudian masukkan kuning telur dan sambung semula mix. Pukul juga sehingga telur kembang. Agak dah kembang boleh stop mix.

▶️ Masukkan pula yogurt dan mix sekejap je.

▶️ Ayak tepung dan masukkan sikit demi sikit ke dalam adunan. Dalam masa yang sama masukkan terus whipping cream.

▶️ Sambil-sambil tu kacau dengan teknik kaup balik. Dah sekata boleh ketepikan sekejap.

▶️ Dalam bekas lain, masukkan telur putih. Pastikan telur putih ni tak ada langsung telur kuning atau terkena air padanya.

▶️ Mix telur putih ni sehingga sedikit berbuih.

▶️ Kemudian masukkan baki 80 gram gula kastor dan sambung mix sampai kental dan bertanduk. Nak tau bertanduk, boleh cuba tonggengkan bekas. Kalau buihnya tak jatuh, itu tandanya adunan tu bertanduk.

▶️ Selepas tu masukkan adunan ni ke dalam bekas adunan tepung yang mula-mula kita mix tadi. Masukkan sikit demi sikit sambil kacau guna teknik kaup balik.

▶️ Sediakan loyang saiz 8 inci. Sapukan sikit marjerin dan alas dengan baking paper.

BACA JUGA: Resepi Kek Pandan Bersantan Sangat Gebu Dan Sedap. Mudah! Hanya Ikut Beberapa Step Je!

▶️ Tuangkan adunan ke dalam loyang dan titiskan Hershey strawberi tompok-tompok di sekitar permukaan adunan. Loret-loretkan sikit menjadi corak.

▶️ Lepas tu sediakan juga loyang yang lebih besar dari saiz yang kita gunakan. Isikan air panas di dalamnya.

▶️ Masukkan loyang yang ada adunan kek ke dalam loyang yang berisi air tadi. Kita nak bakar guna teknik water bath. Biarkan ½ loyang tenggelam ke dalamnya.

▶️ Sambil tu panaskan oven.

▶️ Dan bakar dalam suhu 170 api atas bawah selama 1 jam 10 minit.

▶️ Boleh check menggunakan lidi kecil dengan cucuk ke dalam kek. Kalau tak ada adunan tepung melekat kat lidi, tandanya kek dah masak.

▶️ Selepas dah masak, keluarkan dari oven. Tunggu beberapa minit dan kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam.

▶️ Potong dan sedia dihidangkan!

Wahh, kek nampak cantik, gebu, dan sedap. Bayangkan pula rasanya yang lemak berkrim dek yogurt, ada pula cheese, dan baunya juga wangi. Semerbak je baunya bila kita buka oven lepas kek masak.

Kalau anda nak makan macam tu je pun dah sedap, apatah lagi kalau disejukkan dulu dalam peti ais, lagi nikmat rasanya. Cara nak buat kek ni pun mudah je dengan bahan yang sikit dan senang untuk dapatkan di pasaraya biasa.

Kalau lepas ni nak buat kek yogurt cheese bolehlah ikut resepi ni. Ikut suka nak pakai perisa yogurt apa mengikut citarasa anda. Yang penting jangan derhaka dengan resepi. Takut kek tak lembut dan gebu je nanti. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.