Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Kek Pandan Bersantan Sangat Gebu Dan Sedap. Mudah! Hanya Ikut Beberapa Step Je!

0

Kek pandan bersantan ni memang sangat popular. Bukan je sebab keenakkannya, tapi aromanya yang wangi. Bila makan tu rasa tak nak berhenti, lagi-lagi kek pandan yang lembut dan gebu.

Tiap kali musim bulan puasa dan hari raya, kek pandan bersantan sering menjadi salah satu menu santapan rakyat Malaysia. Tapi kali ni bukan lagi pada musim raya, malah dah jadi kegemaran sesetengah orang pada bila-bila masa pun.

Dah kerap kali resepi kek pandan bersantan ni viral di media sosial. Sehingga terdapat banyak perkongsian resepi yang kita jumpa.

Ada sesetengah orang merasakan agak sukar untuk dapatkan kek pandan bersantan yang gebu. Berkira-kira nak buat sebab takut tak menjadi seperti yang diinginkan.

Kalau tak cuba tak tahu kan. Nak dapatkan kek pandan bersantan yang sangat gebu perlulah ikut cara dan tips yang betul seperti yang dikongsikan oleh Qaseh Hasnaa ni.

Step yang ditunjukkan satu persatu amat mudah untuk difahami. Ada yang buat sekali je dah terus menjadi. Yang penting jangan derhaka dengan resepi! Jom saya kongsikan resepinya.

 

KEK PANDAN BERSANTAN

Bahan yang diperlukan:

  • Telur 6 biji
  • Gula kastor 2 cawan (atau bergantung tahap manis yang diinginkan)
  • Ovalette 1 sudu besar
  • Tepung gandum 2 cawan
  • Serbuk penaik 1 sudu besar
  • Santan pekat kara 1 kotak (dalam 200 ml)
  • Susu pekat 2 sudu makan
  • Pewarna hijau sedikit
  • Sikit emalco pandan

CARA PENYEDIAAN KEK PANDAN BERSANTAN:

▶️ Mula-mula ayakkan tepung penaik dengan tepung gandum dalam satu bekas. Dan ketepikan dulu.

▶️ Pecahkan telur ke dalam bekas lain dan pukul dengan mixer.

▶️ Kemudian masukkan gula sikit demi sikit semasa mixer masih lagi berputar dan pukul sehingga kembang.

BACA JUGA: Cara Buat Kek Gulung Yang Mudah Dan Pelbagai Perisa! Makanan legend Zaman Dulu-Dulu

▶️ Seterusnya masukkan ovelete dan susu pekat. Pukul lagi adunan untuk kembangkannya lagi dan sehingga menjadi gebu.

▶️ Selepas tu masukkan tepung gandum yang dah diayak tadi. Masukkan sikit demi sikit supaya dapat dipukul sekata dan terus sambung putar. Namun ada sesetengah orang hanya kaup balik je tanpa menggunakan mixer. Terpulang nak cara macam mana.

▶️ Masukkan santan, emulco pandan dan pewarna hijau. Sebatikan.

▶️ Dan akhir sakali masukkan adunan dalam oven. Bakar pada susu 160 selama 40 minit atau mengikut oven masing-masing.

Tips:

Sekiranya dah gunakan tepung penaik sendiri, tak perlu lagi gunakan serbuk penaik.

Biasa kita tahu kan macam mana gebunya kek sponge. Kek ini pun tak jauh bezana. Untuk dapatkan kek gebu gebas seperti kek sponge, pukul adunan dalam mixer tu sehingga ianya betul-betul naik kembang. Baru kek akan naik dan empuk!

Kek ni sedap sangat dan tak muak untuk dimakan. Ini kerana tak dicampurkan dengan butter atau marjerin. Mudah sangat kan resepi ni. Rasa rugi pula kalau tak mencubanya.

Senang je untuk difahami. Tambahan lagi resepi kek pandan bersantan ni boleh diolah sendiri ikut kehendak yang kita mahukan.

Kadang-kadang ada antara kita yang tak berapa suka kek yang terlalu manis. Boleh kurangkan kuantiti gula kastor bila campurkan dalam adunannya nanti.

Selain tu, ada juga yang sukakan aroma daun pandan asli. Jadi, boleh gantikan emulco pandan dengan air perahan daun pandan.

Yang penting, jangan derhaka dengan resepi asal dan teknik buatannya untuk pastikan teksture kek kita nanti betul-betul gebu, lembut dan sedap.

Jangan lupa cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.