Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Kek Butter Lembut Dan Gebu. Resepi Senang, Super Sedap Dan Wangi!

0

Ada tak kat sini sukakan kek simple, tapi rasa dia sangat sedap? Dapat pula yang lembut dan gebu gebas, masuk je mulut memang terasa nikmatnya. Kalau nak try dapatkan kek macam ni, jom ikut resepi kek butter lembut dan gebu ni.

Siap dengan aroma wanginya lagi! Mesti anda teruja bila siap je kek, terus naik bau aromanya 1 rumah. Resepi ni dikongsikan oleh Yati Yati. Apa yang menariknya kek ni, rasa dia tak keterlaluan dan tak ada banyak bahan perasa, tapi sangat enak buat makan-makan santai.

Patutlah kek butter ni memang disukai ramai dan kena pada tekak semua orang dan sering dijadikan dessert atau pemanis mulut untuk tetamu atau musim hari raya. Ada yang siap jadikan ia pemanis mulut santai yang dicicah dengan air sirap atau air oren. Macam-macam cara orang buat untuk menikmati kek ni.

Sesetengah orang memang tak berani nak buat kek sebab silap langkah je mulalah kek tak menjadi, tak gebu atau batat. Sebenarnya kena pandai sukat bahan, guna bahan yang betul dan ikut stepnya yang tepat.

Apa lagi. Jom saya kongsikan terus resepi kek butter lembut dan gebu ni untuk anda yang nak mencubanya!

 

KEK BUTTER SEDAP, LEMBUT DAN GEBU

Nak mudah, kita gunakan sukatan cawan 250ml tu. Alat sukatan cawan ada dijual di kedai alatan membuat kek. Pastikan guna penyukat cawan ni untuk sukat kesemua bahan ya!

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung kek 2 cawan
  • Butter atau marjerin 250 gram
  • Gula ¾ cawan
  • Esen vanilla sedikit
  • Telur 4 biji
  • Susu cair ½ cawan
Sumber: Majalah Rasa
Cara membuat kek butter:

▶️ Mula-mula perlu ayakkan dulu tepung kek. Dan ketepikan dulu.

▶️ Sediakan 1 bekas dan masukkan butter atau marjerin. Masukkan sekali gula dan pukul (mixer) sehingga kembang. Buat dalam tempoh 12 minit macam tu.

▶️ Kemudian masukkan sikit esen vanilla.

▶️ Mixer lagi sehingga betul-betul kembang dan warna jadi putih-putih pucat.

▶️ Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji dan sambung mixer lagi dalam seminit.

Sumber: blog bm.cari.com

▶️ Seterusnya masukkan tepung yang dah siap diayak tadi diselang selikan dengan susu cair. Kacau sehingga sebati dan lakukan sehingga tepung dan susu cair habis dimasukkan kesemuanya.

▶️ Lepas dah sebati, boleh masukkan dalam loyang. Jangan lupa lapikkan dulu loyang dengan baking paper.

BACA JUGA: Resepi Kek Pandan Bersantan Sangat Gebu Dan Sedap. Mudah! Hanya Ikut Beberapa Step Je!

▶️ Bakar adunan dalam oven dengan suhu 160’c menggunakan api atas bawah. Atau ikut oven masing-masing. Bakar dalam masa 50 minit hingga sejam atau sampai masak.

▶️ Selepas 1 jam, boleh check dengan lidi sate. Cucuk ke dalam kek, dan kalau tak ada adunan tepung melekat pada lidi, tandanya kek dah masak.

▶️ Dah siap kek butter yang sedap, lembut dan gebu ni!

 

Tips nak dapatkan kek butter yang sedap dan wangi, gunakan marjerin Pelangi.

Wahh. Tak sangka, ini je bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kek yang simple dan sedap ni.

Kalau lihat-lihat balik, sebenarnya mudah je resepi ni sebab kita dah siap gunakan tepung kek yang dah tentu-tentu menaikkan kek tu menjadi gebu. Tak perlu susah lagi gunakan bahan penaik.

Yelah, bila makan kek ni, kalau nak terasa nikmatnya mestilah texture nya kena lembut dan gebu, bila masuk mulut terus cair dan terasa di rongga. Kalau tak gebu kek tu, boleh potong selera kan.

Jadi, bagi yang nak mula berjinak-jinak dengan membuat kek tu, bolehlah cuba buat kek butter simple dan sedap ni. Nanti boleh buat untuk hidangan keluarga dan tetamu yang datang ke rumah.

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.