Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Kari Ikan Style India Yang Marvelous. Rahsia Nak Dapatkan Kari Yang Sedap Dan Padu!

0

Ada tak kat sini peminat kari india? Mesti tau yang kari style india ni paling padu rasa dia. Dengan rempah kari lain dari lain dan kuahnya yang pekat, boleh buatkan kita makan nasi bertambah-tambah. Pernah tak cuba masak betul-betul resepi kari ikan style india ni?

Kali ni saya nak berkongsikan pengalaman masak kari india oleh Hasifah Che Mat ni. Sekali beliau masakkan untuk suami, berselera suaminya makan sampai licin. Resepi ni ialah inspirasi dari Pavitra. Dah boleh agak kan mesti sedap dan padu rasanya!

Kari style india ni, tak kisahlah masak dengan daging ke, ayam atau udang. Bukan je sedap makan dengan nasi, kadang-kadang buat cicah roti, lempeng, cekodok tepung dan makan dengan roti jala pun layan.

Sebab kari india ni memang kaya dengan bahan rempah ratus. Naik rasa dan aromanya. Dalam banyak-banyak kari dah tentu yang paling orang suka ialah kari kepala ikan. Tak dinafikan yang kari ikan ni lebih menangkap sebab terasa manis ikan dalam masakan.

Cara masak kari resepi ni mudah je. Kebanyakan hanya menumis bahan terutama rempah ratus yang menaikkan lagi rasa. Tengok je lah gambarnya, amat menyelerakan. Jom lihat resepinya.

 

RESEPI KARI IKAN STYLE INDIA

Kalau masak kari ikan ni, antara ikan yang sedap dimasak ialah ikan jenahak, ikan merah, tenggiri dan kembung. Ikut suka nak gunakan ikan yang mana. Dan boleh potong saiz ikan mengikut cara hidangan yang anda suka.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 biji bawang besar dipotong nipis
  • 1 labu bawang putih dipotong nipis
  • 2 inci halia ditumbuk lumat
  • 3 biji cili hijau besar dikerat 2
  • Daun kari 5-6 tangkai
  • Biji sawi 1 sudu besar
  • Halba campur
  • 2-3 sudu makan cili kisar
  • Serbuk kari 2 paket kecil (disarankan pakai Babas)
  • ½ cawan air asam jawa
  • 1 sudu kecil santan
  • 3 biji tomato yang dipotong 4
  • Bendi ikut suka banyak mana (nak letak terung pun boleh juga)
  • Air kosong
  • Garam secukup rasa

Cara masak kari style india:

▶️ Mula-mula tumis bawang merah, bawang putih dan biji sawi lebih kurang seminit atau sehingga naik bau dan bertukar warna.

▶️ Kemudian masukkan cili hijau dan halia yang dah ditumbuk hancur. Terus tumis lagi seminit.

▶️ Seterusnya masukkan daun kari dan tumis sampai layu.

▶️ Selepas tu masukkan tomato dan biarkan sehingga tomato sedikit layu.

▶️ Kemudian masukkan cili kisar dan serbuk kari. Kacau sehingga sebati dan tumis sampai pecah minyak.

▶️ Selepas dah pecah minyak, masukkan air. Jangan terlalu banyak tau sebab nak kan rencah dan kuahnya yang pekat.

▶️ Biarkan sehingga kuah mendidih, kemudian masukkan air asam jawa dan satu sudu santan. Kacau sehingga sebati.

▶️ Semasa tengah mendidih kuah ni, masukkan terus ikan dan bendi.

▶️ Dan perasakan dengan garam.

▶️ Tips untuk sedapkan lagi rasa kari ikan ni, tutup dulu dengan tudung periuk lebih kurang 4-5 minit dan gunakan api yang kecil. Ikan akan masak sebati dengan kuah kari.

▶️ Boleh tutup api dan hidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Asam Pedas Ikan Pari Follow Resepi Original Melaka. Rasanya Memang Padu!

Wah, kecur air liur lihat masakan kari ikan ni. Merah pekat dan nampak berselera. Kalau dah ada sayuran bendi kat dalam ni, hidangkan lauk kari ni je dengan nasi panas dah cukup terasa nikmat. Tak perlu ada lauk lain lagi dah.

Perasan tak, biasanya kari style india ni tak ada letak santan. Tapi resepi Pavitra ni menggunakan sikit santan untuk rasa lemak-lemak dalam masakan. Ikut cara ni, pasti lepas ni nak masak kari je akan ikut resepi yang sama.

Lepas ni bolehlah mencubanya. Jangan lupa share kan dalam Facebook masing-masing ya. Nanti mudah untuk rujuk resepi kari ikan style india ni semula!

Leave A Reply

Your email address will not be published.