Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Kaki Ayam Chinese Style. Dicampur Dengan Cendawan, Simple Dan Sedap Macam Kedai. Wajib Cuba!

0

Kaki ayam ni memang ramai orang suka. Yang pernah masak kaki ayam ni, pernah tak cuba resepi kaki ayam Chinese style? Kalau makan kat restoran Cina tu, memang sedap dan nikmat rasa dia.

Masakan cina ni lain sikit berbanding masakan melayu. Rasanya manis-manis dan pedas manja. Anak-anak kalau makan mesti suka.

Lagi-lagi kalau kaki ayam tu dimasak lembut dan kembang kulitnya. Sedap bila digigit. Biasanya kat restoran cina kaki ayam ni dimasak campur cendawan shitake kering. Cendawan Cina kadang-kadang tu orang panggil.

Bagi yang nak cuba masak masakan ni, jom ikut resepi yang dikongsikan oleh Siti Hariah Suhaili ni. Simple dan sedap macam kat kedai rasa dia.

Cuma masaknya perlu lama sikit untuk lembutkan isi kaki ayam tu, baru sedap untuk dimakan. Jom lihat cara memasaknya.

 

RESEPI KAKI AYAM CHINESE STYLE

Resepi ni mesti ada rasa-rasa masin sikit dan manisnya. Baru betul-betul masakan Chinese style. Satu lagi, masakan Cina ni perlu ada banyak bawang putih. Ikut betul-betul resepinya pasti jadi.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Kaki ayam 25 ketul yang dipotong dua
  • Isi ayam dada untuk dapatkan rasa kuah yang manis
  • Halia yang dihiris panjang
  • Bawang putih 10 ulas yang diketuk
  • Cendawan shitake kering 15 ketul
  • Serbuk lada hitam sedikit
  • Sos tiram 3 sudu makan
  • Kicap pekat
  • Minyak bijan sedikit
  • Gula dan serbuk perasa
  • Air secukupnya

Cara masak kaki ayam Chinese style:

▶️ Mula-mula perlu rendamkan cendawan dulu untuk kasi lembut. Rendam dengan air biasa, kemudian cuci dan tapis. Kalau nak belah 2 cendawan ni pun boleh. Kalau tak mau belah pun tak apa.

▶️ Selepas tu, cuci ayam bersih-bersih. Kemudian rendamkan ayam dengan 2 sudu makan cuka dan kicap pekat. Cuka tu untuk kembangkan kulit ayam, manakala kicap tu untuk bagi kukit ayam tu gelap bila digoreng nanti.

▶️ Selepas rendam, goreng kaki ayam sampai garing sikit tapi pastikan jangan hangus.

▶️ Tips penting ialah, lepas goreng tu perlu masukkan ke dalam air paip untuk pastikan kulit kaki ayam tu kembang. Proses rendaman ni wajib ya, kalau tak, kulitnya tak mengembang. Lepas dah kembang tu boleh tapis dan buang airnya. Kemudian ketepikan kaki ayam ni dulu.

▶️ Panaskan minyak sikit, kemudian tumis halia dan bawang putih. Tumiskan sekali cendawan dan sos tiram bersama.

▶️ Seterusnya masukkan kaki ayam dan isi dada ayam. Masukkan juga air lebih sikit dari paras ayam.

▶️ Selepas tu masukkan kicap, serbuk lada hitam, minyak bijan dan perasa sikit.

▶️ Masak dengan api perlahan lebih kurang 1 jam setengah untuk leraikan isi dada ayam. Gaul-gaul perlahan sampai isi terlerai sepenuhnya. Boleh juga carik-carikkan isi ayam tu.

▶️ Kaki ayam pun nanti akan lembut dan senang cerai dari tulang. Sedap dinikmati.

BACA JUGA: Resepi Pes Ikan Bakar Sedap Macam Kedai Makan. Senang Tanpa Gunakan Arang. Wajib Cuba!

▶️ Bagi yang gunakan pressure cook Noxxa, masak selama 8 minit dengan memasukkan air separuh saja berbanding ayam. Sebab nanti kuah akan menjadi cair.

▶️ Dah siap dan boleh dihidangkan!

Serious sedap masakan Chinese style ni. Sesekali nak tukar selera dari masakan Melayu best juga kan. Masaknya pun mudah je. Cuma perlu lama masakkan ayam tu untuk dapatkan hasil yang lembut dan sedap.

Pada yang tak suka makan kaki ayam tu, resepi ni boleh juga ditukarkan dengan kepak ayam. Tapi masaknya tak perlu lama macam kaki ayam. Rasanya tetap sama dan sedap. Nanti bolehlah cuba masak untuk keluarga dan anak-anak. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.