Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Ikan Siakap Sweet Sour Sedap. Cara Buat Ringkas Je, Tapi Rasanya Padu!

0

Kalau sebut je ikan siakap, terus teringat siakap 3 rasa atau masakan stim kan. Tapi pernah tak terfikir nak masak resepi ikan siakap sweet sour? Masakan ni sebenarnya sedap dan padu juga. Kalau dimasak dengan kuah yang pekat, lagilah berselera!

Biasanya, kita tengok orang masak sweet sour ni dengan ikan bawal atau kembung. Tapi kalau masak dengan ikan siakap pun sebenarnya tak kurang juga sedapnya. Dengan saiznya yang lebih besar, memang sesuai dijadikan hidangan keluarga.

Bagi ibu-ibu kalau nak masakkan untuk anak pun sesuai sangat, sebab budak-budak memang suka lauk yang ada rasa masam-masam manis dan kurang pedas ni. Tambah lagi dengan kuahnya yang pekat dan likat, berselera diorang menjamu selera.

Jom saya kongsikan resepi ikan siakap sweet sour ni. Resepi ni antara yang mudah dan cepat untuk disediakan. Kalau nak gunakan ikan lain pun boleh juga. Boleh masak kuahnya dengan resepi ni.

Perkongsian resepi ni ialah dari Aznee Ainul. Nampak mudah dan sangat menyelerakan masakan ikan siakap sweet sour yang dikongsikan. Jom kita lihat cara masaknya.

 

RESEPI IKAN SIAKAP SWEET SOUR

Bila makan lauk sweet sour ni, bertambah sedap kalau kuahnya tu sedikit pekat. Kalau digaulkan kuah pekat tu dengan nasi, memang lagi menyelerakan. Untuk dapatkan kuah yang pekat ni, boleh tambahkan sedikit tepung jagung.

 

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Lada benggala atau capsicum – ½ biji untuk setiap satu warna iaitu hijau, kuning dan merah
  • Cili besar
  • Timun
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos 3 rasa
  • Serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Tepung jagung
  • Air

 

Cara masak ikan siakap sweet sour:

▶️ Mula-mula gorengkan ikan dulu. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng dalam minyak yang penuh untuk bagi ikan masak cantik. Goreng tahap mana garing yang kita mahu.

▶️ Selepas dah siap goreng ikan siakap, ketepikan dulu.

▶️ Boleh masak sos sweet sournya pula. Mula-mula panaskan minyak.

▶️ Tumis bawang besar dan juga bawang putih sehingga naik bau.

▶️ Seterusnya masukkan sos cili, sos tomato dan sos 3 rasa dan kacau sehingga sebati.

▶️ Masukkan pula lada benggala, cili besar, dan timun.

BACA JUGA: Resepi Simple Masak Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai! Sekali Try Sebiji Rasa Macam Kedai!

▶️ Kemudian bancuhkan sedikit tepung jagung dalam 1 atau 2 sudu besar dengan air. Atau ikut kepekatan kuah yang kita mahu. Jangan terlampau banyak sangat sebab risau kuah terlalu likat.

▶️ Selepas tu masukkan air bancuhan tepung jagung tu dan kacau sekata.

▶️ Agak dah mendidih, perasakan dengan garam dan gula.

▶️ Lepas tu dah boleh tutup api.

▶️ Letak ikan siakap yang dah digoreng tadi atas pinggan, dan tuangkan sos sweet sour kat atasnya.

▶️ Sedia dihidangkan.

Tengok hidangannya pun dah boleh bayang macam mana rasa dia kan. Lagi-lagi lepas tengok warna kuah dan kepekatan dia. Lepas ni kalau nak masak lauk simple tapi padu rasa dia bolehlah masak sweet sour ni.

Sebenarnya, bila masak lauk macam ni kita boleh mempelbagaikan bahan campuran yang ingin dimasukkan ke dalam kuah tu. Contoh ialah sayurannya. Mungkin ada yang lebih suka letakkan kacang panjang, kubis bunga atau sebagainya.

Anda boleh olah sendiri resepi ni ikut citarasa yang kita inginkan. Bagi yang nak mencuba masak ikan siakap sweet sour ni, bolehlah ikut resepi ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.