Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cili Padi Tempoyak. Style Masak Negeri Sembilan Yang Confirm Sedap!

0

Kalau sebut masak lemak cili padi je terus teringat Negeri Sembilan. Masakan ni antara yang sedap sebab cukup rasa lemak dan pedas dalam kuahnya. Boleh makan bertambah-tambah. Resepi ikan keli masak lemak cili padi memang yang paling padu dan popular kat negeri ni.

Tapi tak ramai lagi yang buat ikan keli masak lemak ni campur dengan tempoyak kan. Style masak lemak Negeri Sembilan ni memang simple je. Sebab tak menggunakan bawang dan tak perlu menumis. Tapi rasanya memang padu.

Bila dicampurkan lagi pula dengan tempoyak, terus nampak mewah masakan kita tu. Kalau nak cuba masak lauk ni, jom ikut resepi yang dikongsikan oleh Norhayati Abd Malek ni. Resepinya sangat mudah diikuti dan cukup rasa lemak, pekat dan pedasnya.

Jom lihat resepinya.

 

RESEPI IKAN KELI MASAK LEMAK CILI PADI TEMPOYAK

Senarai bahan-bahannya:

  • Ikan keli 3-5 ekor bersaiz kecil
  • Serbuk kunyit 2 sudu makan
  • Garam 1 sudu teh
  • Cili kampung 15-30 biji (ikut kepedasan yang kita mahu. Cili kampung ni cukup rasa pedasnya. Jika nak campur sikit dengan cili merah biasa pun boleh juga)
  • Kunyit hidup 2 inci
  • Tempoyak 3-4 sudu besar
  • Pati santan secawan
  • Serai 2 batang yang diketuk
  • Daun kunyit 1 helai yang siap disiatkan
  • Asam gelugor 1 atau 2 keping

Cara buat ikan keli masak lemak cili padi tempoyak:

▶️ Mula-mula siang keli dan bersihkannya dahulu. Kerat beberapa bahagian dan perahkan jus limau nipis sedikit dan perap.

▶️ Kemudian lumurkan sikit dengan garam dan tepung gandum dan gaul sehingga sekata. Tunggu sekejap sehingga 15 minit. Dan kemudian cuci semula sehingga bersih dan toskan.

▶️ Lumurkan ikan keli dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan kemudian goreng ikan sehingga masak. Angkat dan toskan minyak. Dan ketepikan.

▶️ Seterusnya kisar cili padi, kunyit hidup dan tempoyak.

▶️ Panaskan kuali tanpa minyak, kemudian masukkan bahan yang dah dikisar tadi berserta dengan serai yang dah diketuk dan asam gelugor.

▶️ Selepas tu masukkan air dalam 3 ke 4 cawan. Kacaukan sehingga sekata dan biarkan sehingga air mendidih.

▶️ Seterusnya masukkan ikan keli yang dah digoreng tadi. Kacau perlahan-lahan. Kalau nampak air semakin kering boleh tambahkan air panas sikit demi sedikit sehingga paras kuah yang kita mahukan.

▶️ Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan pati santan. Boleh pakai santan kotak atau santan asli yang pekat tu.

▶️ Kacau sehingga sebati kemudian perasakan dengan garam secukup rasa. Kalau nak tambah gula sikit pun boleh juga. Tapi tak campur pun tak apa sebab santan dah ada rasa manisnya.

▶️ Dan akhir sekali taburkan daun kunyit yang dah dicarit dan kacau. Dah siap boleh padamkan api.

BACA JUGA: Resepi Rendang Daging Tok Sedap Dan Asli! Hidangan Rendang Yang Wajib Cuba!

Tengok je dah nampak sedap dan menyelerakan. Bagi yang penggemar ikan keli tu, masakan ni memang confirm menambahkan lagi selera.

Gorengan ikan keli yang pertama sebelum ia dimasukkan dalam kuah masak lemak tu menambahkan lagi kesedapannya. Sebab rasanya sedikit garing.

Bila dicampurkan dengan tempoyak pula, masakan ni akan cukup dengan rasa masam, lemak manis santan, dan pedasnya. Kalau buat hidangan makan tengah hari dan malam, pasti keluarga suka. Tak perlu hidangan lauk lain pun dah mencukupi.

Bagi yang nak mencuba masakan Negeri Sembilan, boleh follow resepi ikan keli masak lemak cili padi tempoyak ni. Pasti anda akan suka.

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.