Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Ayam Percik Simple Dan Paling Sedap! Terbaik Macam Kat Pasar Malam!

0

Ayam percik ni sekali kalau dah makan yang sedapnya, terus jadi kegemaran kan. Boleh berulang kali ke pasar malam untuk order ayam percik yang sama. Banyak dah kita tengok orang kongsikan resepi ayam percik dengan pelbagai bahan resepinya yang berbeza.

Tapi kesemuanya tu melalui proses yang sama iaitu panggang ayam dan dicelupkan dengan kuah sosnya. Yang membezakan ayam percik kat berlainan kedai dah tentulah rasanya!

Kalau dah suka sangat ayam percik ni dan teringin sangat nak makan, apa kata buatnya sendiri menggunakan resepi ayam percik simple dan paling sedap yang dikongsikan oleh Suisan Aliezsha ni!

Sekali kalau dah cuba resepi ni dan kena sangat pada tekak, confirm tak cari lagi dah kat pasar malam! Simpan terus resepi ni untuk rujukan tiap kali nak makan ayam percik atau hidangkan buat keluarga.

Jom lihat resepinya!

 

RESEPI AYAM PERCIK

Bahan yang diperlukan untuk penyediaan ayamnya:

  • Ayam seekor
  • Cili kering 7 tangkai
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia 2cm
  • Serai 3 tangkai
  • Kunyit hidup 2cm
  • Ketumbar 1 sudu makan
  • Jintan manis 1 sudu makan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak zaitun sedikit (atau minyak biasa juga boleh digunakan)

Cara memasak ayam percik:

▶️ Mula-mula kisarkan dahulu sebiji bawang besar, 5 ulas bawang putih, 7 tangkai cili kering, 3 tangkai serai, 2 cm halia dan 2 cm kunyit hidup.

▶️ Kemudian blend pula jintan manis dan ketumbar sehingga halus.

▶️ Selepas tu panaskan kuali, dan tumis tanpa minyak untuk bahan yang dah dikisar tadi. Dan masukkan sekali garam dan gula secukupnya.

▶️ Masukkan pula ayam dan terus biarkan sehingga ayam menjadi separuh masak.

▶️ Kemudian keluarkan ayam dan letakkan ia atas stand pembakar.

▶️ Waktu ni dah boleh panaskan oven dulu dalam suhu 200*c api atas bawah.

▶️ Sebelum dibakar, renjiskan sedikit ayam dengan minyak zaitun atau minyak masak biasa.

▶️ Dan bakar ayam pada suhu 200*c selama 15 minit. Kalau nak bakar atas dapur pun boleh juga.

▶️ Dah siap resepi ayamnya.

Bahan untuk kuah percik pula:

  • Cili kering 7 tangkai
  • Bawang putih 3 ulas
  • Sos cili 5 sudu
  • Gula merah 1 sudu makan
  • Gula pasir 1 sudu makan
  • Tepung jagung 1 sudu makan

Cara membuat kuah percik:

▶️ Mula-mula blend bawang putih bersama cili kering.

▶️ Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang dan cili kering yang dah dikisar tadi. Masukkan air sikit dan tumis sehingga cili masak.

▶️ Selepas tu masukkan gula merah yang dah dibancuhkan dengan air sedikit, sos cili, tepung jagung dan gula pasir.

BACA JUGA: Resepi Shellout Sedap Dengan Seafood Segar. Kuah Padu Sehingga Menjilat Jari!

▶️ Kacaukan sehingga sebati dan kuahnya menjadi pekat.

▶️ Selepas dah masak sebati, bolehlah taburkan bijan jika suka. Dan tutup api.

▶️ Dah siap kuah perciknya. Boleh dituangkan ke atas ayam yang dah dibakar tadi.

 

Ayam percik ni memang nikmat kalau dapat dimakan dengan kuah yang likat dan cukup rasa pedas manisnya. Bila ayam dibakar cantik dan dicicah pula dengan kuah yang sedap, memang boleh makan sampai licin.

Sebab tu orang kata rahsia kesedapan ayam percik ni ialah pada kuahnya. Kalau kuah cair dan kurang perasanya, boleh potong selera.

Sebenarnya tak susah mana pun nak buat ayam percik sedap ni. Bahannya sangatlah simple dan memang tersedia kat dapur je.

Hanya perlu tahu resepi ayam percik terbaik. Dan yang paling penting, tahu citarasa sendiri sama ada mahu kuah yang lagi pedas, manis, lebih atau kurang likat, dan macam-macam lagi.

Bila dah mahir, bolehlah masak sendiri ikut citarasa masing-masing.

Resepi mudah dah ada, bolehlah ambil perkongsian ni sebagai rujukan anda. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.