Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Ayam Masak Ungkep Jawa Simple Dan Sedap. Mudah Je Caranya Tapi Rasa Sangat Marvelous!

0

Pernah tak makan ayam masak ungkep ni? Memang terkenal dalam kalangan masyarakat Jawa. Cara masak ayam ungkep ni sebenarnya senang je. Lebih kurang macam masak rendang, tapi tak bersantan. Dan masakan ni juga kaya dengan rempah ratus.

Kenapa namanya ungkep, sebab maksudnya ialah ‘tutup rapat’. Kebiasaannya masyarakat Jawa masak lauk ni menggunakan ayam kampung. Jadi, semasa masak ayam perlulah ditutup ketika menggelegak untuk pastikan ayam masak sepenuhnya dan empuk.

Sekarang ni senang je. Gunakan ayam biasa pun boleh, dan cara memasaknya pun mudah dan cepat. Resepi ayam masak ungkep Jawa ni nampak istimewa sebab cara masak dia perlu pastikan bahan tumis dan rempah ratus meresap dengan ayam.

Sebab tu walau guna ayam biasa pun, kita boleh tutup ayam tu semasa menggelegak untuk sebatikan lagi rasa dan aromanya. Lagi bertambah sedap masakan tu nanti. Siap enak walau diratah macam tu je.

Bagi yang nak cuba memasaknya, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Amira Husin ni. Bahannya mudah, dan beliau sediakan langkah demi langkah yang mudah untuk diikuti. Jom lihat cara masaknya.

 

RESEPI AYAM MASAK UNGKEP JAWA

Masakan ungkep ni menggunakan cili padi. Dan kuahnya hanya ecak-ecak je yang tak terlalu basah atau kering seolah-olah rendang. Bagi yang tak suka pedas, boleh kurangkan cili padi atau tambahkan sedikit santan walau resepi ni sebenarnya tidak menggunakan santan. Rasanya tak akan lari mana dan masih sedap dinikmati.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ayam 6 ketul
  • Bawang besar 1 biji
  • Halia 2 inci
  • Cilia pi hijau 10 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Kunyit hidup 2 inci
  • Jintan manis 1 sudu besar
  • Biji ketumbar 1 sudu besar
  • Serai 2 batang
  • Gula melaka 1 sudu besar
  • Serbuk kunyit sedikit
  • Garam secukup rasa

Cara masak ayam masak ungkep:

▶️ Mula-mula basuh ayam bersih-bersih dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam sehingga rata. Ketepikan dulu.

▶️ Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, halia, cili api hijau, jintan manis dan biji ketumbar ke dalam blender. Masukkan juga sedikit minyak masak dan kisarkan kesemua bahan sehingga halus.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang dah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.

▶️ Seterusnya masukkan ayam yang dah siap digaul kunyit dan garam tadi. Gaulkan sehingga sekata.

▶️ Masukkan pula serai yang dah diketuk dan tutup kuali sekejap untuk masakkan ayam dan bagi lagi meresap bahan ke dalam ayam.

▶️ Setelah beberapa minit, masukkan pula gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati.

▶️ Dah siap dimasak dah boleh tutup api.

▶️ Sedia dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Ayam Serai Ala Thai. Resepi Mudah Rasa Sebiji Macam Kedai!

Sedap dan menyelerakan masakan ayam ungkep ni. Bagi yang tak biasa dengan masakan Jawa, boleh cuba resepi ni yang boleh bangkitkan selera dengan rasa rempah ratusnya. Memang wangi dan sedap!

Kalau hidangkan lauk ni dengan nasi panas, pasti anda suka. Tak perlu lauk lain lagi dah. Makan lauk ni je dan buatkan kita cukup berselera. Mesti makan sampai bertambah-tambah.

Jangan lupa mencuba resepi ni. Sebelum tu, sharelah dulu resepi ni kat wall Facebook anda supaya dapat berkongsi dengan keluarga dan rakan masakan yang enak ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.