Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Ayam Masak Pedas Thai Padu Dan Sedap! Enak Sangat Macam Kedai Tomyam!

0

Kalau untuk masakan Melayu, bila sebut ayam masak pedas je mesti teringat ayam belado atau ayam masak merah pedas kan. Tapi, pernah tak cuba resepi ayam masak pedas Thai yang rasa dia ala-ala Tomyam? Haa, dengar je dah buat kecur air liur.

Memang berbeza sikit kali ni. Masakan tomyam yang kita tau biasanya berkuah. Tapi yang ni dijadikan masakan pedas ala-ala ayam masak merah tu. Bagi yang tak biasa makan, boleh try buat lauk ni. Belum cuba belum tahu! Memang padu rasa dia.

Resepi ni dari Iryani Zaki. Bagi peminat masakan Thai, mesti dah biasa dengan makanannya yang ada rasa pedas-pedas masam. Namun, resepi ayam masak pedas Thai ni pula diolah jadi lengkap dengan rasa masam, pedas dan manisnya juga.

Memang menyelerakan kalau lauk ni dimasak dengan kuah yang sedikit pekat dan likat. Dimakan pula dengan nasi panas. Boleh menambat hati suami dan anak-anak dengan masakan ni.

Jom kita lihat cara memasaknya. Resepi ni sesuai untuk hidangan sekeluarga. Bagi yang ada anak yang tak makan pedas, boleh kurangkan kuantiti cili ikut tahap kepedasan yang anda mahu.

 

RESEPI AYAM MASAK PEDAS THAI

Bila masak masakan Thai ni, ada bau aroma wanginya yang datang dari serai dan daun limau. Nak lagi sedap, boleh gunakan pes tomyam. Yang penting, jangan kedekut bahan untuk dapatkan rasa yang lebih padu!

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 400 gram ayam yang dipotong sederhana kecil
  • Tepung jagung
  • Kunyit sedikit
  • Bawang merah 4 ulas
  • Bawang putih 3 ulas
  • Bawang holland 1 labu
  • Halia seinci
  • Cili kering 5 tangkai (atau ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Limau nipis 2 biji
  • Serbuk pes tomyam 3 sudu besar (beliau gunakan pes tomyam Adabi 1 plastik kecil)
  • Tomato dan sayur
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara buat ayam masak pedas Thai:

▶️ Mula-mula bersihkan ayam dulu dan gaulkan dengan sedikit tepung jagung, kunyit dan garam.

▶️ Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga masak. Jangan masak sehingga garing. Lagi sedap ayam ni bila ada rasa juicy.

▶️ Kemudian blend bawang merah dan bawang putih bersama dengan cili kering. Tumis bahan kisar ni sehingga masak dan pecah minyak.

▶️ Seterusnya, masukkan halia dan bawang holland yang dah siap dimayang.

▶️ Agak dah layu sedikit, masukkan pula pes tomyam. Kacau kemudian biarkan sekejap 5 minit.

▶️ Selepas tu masukkan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan sehingga naik bau.

▶️ Setelah dah naik bau dan pecah minyak, boleh masukkan sayur, daun limau purut dan serai. Kemudian perasakan dengan garam dan gula.

▶️ Dan akhir sekali perahkan limau nipis dan masukkan terus ayam. Kacau sehingga sebati.

▶️ Dah siap boleh dihidangkan dengan nasi putih!

BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Cili Kering Yang Padu! Bertambah Sedap Dengan Ayam Yang Digoreng Crunchy!

Wah, tengok je pun dah boleh bayangkan macam mana kesedapannya. Bila dapat kuah yang pekat macam ni , tambah lagi cukup rasa manis, masam dan pedas, boleh buatkan kita makan nasi bertambah.

Nak masaknya pun mudah dan simple je. Dan yang bestnya resepi ni boleh diolah mengikut citarasa sendiri. Contohnya kalau anda lebih sukakan daging, boleh tukarkan kepada daging. Rebuskan daging dulu supaya empuk sebelum buat masak pedas.

Sayuran pun macam tu juga. Kalau nak tukar sayuran atau tambah baby jagung, kobis bunga dan apa-apa sayuran lain pun boleh. Rasanya still sedap dan padu!

Bila dah tau resepi ayam masak pedas Thai yang menarik ni, jangan lupa cuba pula ya. Dan kongsikanlah juga di wall Facebook anda supaya dapat manfaat bersama. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.