Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Ayam Bakar Senang, Cicah Sos Thai Sedap Terangkat. Rugi Kalau Tak Cuba!

0

Ayam bakar ni yang buatkan ia sedap ialah rasa bahan perapannya. Kalau lepas bakar tu kita makan macam tu je dah rasa sedap, apatah lagi kalau dapat sos pencicahnya yang juga menangkap selera. Memang berganda-ganda nikmat yang kita rasa. Confirm akan repeat buat lagi.

Dalam banyak-banyak resepi ayam bakar, anda wajib cuba resepi yang dikongsikan oleh Addura Dura ni. Beliau kongsikan resepi ayam bakar senang je. Dan siap dengan resepi pencicah sos Thai sedap dan padu! Kalau tak cuba resepi ni memang rugi!

Tak dinafikan kadang-kadang tu bila makan ayam bakar pasar malam atau kedai makan, ada je sesekali tu tak menangkap dengan selera. Kurang rasa dia.

Bila buat sendiri, boleh bajet-bajet bahan yang lengkap dengan rasa manis, masin, pedas dan cukup perasa.

Jom ikut kedua-dua resepi ayam bakar dan sos Thai beliau ni. Memang kombinasi ayam dan pencicah yang lazat dan pasti anda suka.

 

RESEPI AYAM BAKAR DAN SOS THAI-VIET

Resepi kali ni sesuai untuk hidangan 1 keluarga sebab menggunakan seekor ayam. Untuk sos pula, bila sebut je sos Thai-Viet ni, mesti dah terbayangkan rasanya yang masam-masam, pedas dan manis sikit. Barulah betul-betul rasa Thai tu.

Jadi, penggunaan bahannya perlu pastikan lengkap, barulah menjadi!

Bahan-bahan ayam bakar:
  • 1 ekor ayam yang dikerat 4
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Halia
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Cili kering siap dikisar
  • Kicap
  • Madu

Cara penyediaan ayam bakar:

▶️ Mula-mula kisar halus bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia.

▶️ Kemudian gaulkan bahan-bahan yang dikisar tu pada ayam.

▶️ Masukkan sekali sos cili, sos tamoto, sos tiram, cili kering kisar, kicap, madu sedikit dan sikit garam. Gaulkan sehingga sekata.

▶️ Perlu bajet-bajet sos, kicap, cili kisar dan garam tu supaya balance rasa dia. Dan jangan masukkan terlalu banyak garam sebab sos tiram dan kicap tu dah masin. Kalau kurang rasa pedasnya, boleh tambahkan sedikit serbuk cili.

▶️ Kemudian dah boleh perap selama 1 jam atau pun lebih. Lebih lama perap lebih sedap rasanya. Pastikan gaulan bahan-bahan dan ayam tu sekata sepenuhnya.

▶️ Selepas perap, bakar dengan AirFryer dengan suhu 180’c selama 30 minit. Selepas 15 minit pertama tu, boleh buka kejap AirFyer dah terbalikkan ayam atas ke bawah untuk masakkannya sekata. Sambung bakar untuk baki 15 minit tu.

▶️ Lepas masak, boleh kerat kecil ayam tu dan sedia untuk dihidangkan.

 

Bahan-bahan untuk sos Thai-Viet:
  • Bawang putih didadukan
  • Sos plum
  • Sos ikan
  • Thai cili paste
  • Cili Melaka yang dipotong halus
  • Gula merah
  • Gula pasir
  • Daun ketumbar
  • Bijan sedikit

 

Cara penyediaan sos Thai-Viet:

▶️ Mula-mula panaskan sikit minyak dan tumis bawang putih sehingga sedikit garing.

▶️ Kemudian masukkan sikit air dan kacau.

▶️ Masukkan pula cili Melaka yang dah dipotong halus.

▶️ Seterusnya masukkan sos plum, sos ikan dan Thai cili paste. Pastikan tak masukkan sos ikan terlalu banyak sebab sos ni rasa masin.

▶️ Selepas tu masukkan gula merah dan sikit gula pasir untuk sekatakan rasa dia. Dan kacau sehingga sebati.

BACA JUGA: Resepi Ayam Percik Simple Dan Paling Sedap! Terbaik Macam Kat Pasar Malam!

▶️ Boleh bajet-bajet sendiri untuk tahap pekat, cair, pedas dan manisnya. Ikut selera masing-masing.

▶️ Dan akhir sekali taburkan daun ketumbar yang diracik halus dan tabur biji bijan.

▶️ Dah siap sos pencicah Thai-Viet dan sedia dihidangkan bersama ayam bakar!

Ayam bakar ni memang sedap kalau ada rasa garing-garing di luar dan lembut isi ayam di dalam. Cicah pulak dengan sos pekat dan cukup rasa masin, manis dan pedasnya. Fuhh, boleh makan berketul-ketul tiap sorang.

Kalau nak dapatkan hasil ayam bakar yang sedap, kena rajinlah menunggu proses perap dan bakar tu.

Nak ikutkan, bahan-bahan dan penyediaannya mudah je. Boleh buatkan selalu untuk anak-anak dan keluarga pada hujung minggu.

Jangan lupa cuba resepi ayam bakar senang ni, dan sos pencicah Thai-Viet nya sekali! Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.