Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Ayam Bakar Sedap Dan Mudah Disediakan! Resepi Sedap Macam Baazar Ramadhan!

0

Ayam bakar ni boleh dikatakan antara makanan yang ramai gemari. Sebab jarang kita jumpa orang yang tak makan ayam ni. Janji hidangan ayam tu sedap dan menyelerakan. Terdapat banyak resepi ayam bakar sedap dan mudah untuk dibuat boleh didapati.

Untuk suri rumah dan ibu-ibu tu, sesuai kalau nak belajar resepi ayam bakar. Yelah, ianya antara juadah sedap dan paling mudah untuk disediakan yang boleh dihidangkan buat keluarga dan anak-anak.

Nak buat ayam bakar sedap ni bergantung pada bahan perasa yang digunakan dan macam mana cara kita bakar atau panggang. Ada yang lebih suka ayamnya juicy sedikit, ada yang suka rasa pedas-pedas manis, rasa black pepper dan macam-macam lagi.

Walau macam mana pun, nak buat ayam bakar ikut citarasa masing-masing ni senang je. Lebih kurang sama cara penyediaannya.

Kalau nak cuba resepi ayam bakar sedap dan mudah untuk dibuat, boleh cuba resepi Dani ni. Lain dari lain resepinya kerana ada aroma lada hitamnya. Sangat senang dan rasanya pun sedap!

Jom saya kongsikan resepinya.

 

RESEPI AYAM BAKAR SEDAP DAN MUDAH

Senarai bahan yang diperlukan:

  • Ayam setengah ekor
  • Serai 1 batang
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia sedikit

 

Bahan-bahan lain iaitu perasa ayamnya nanti:

Bahan-bahan ni boleh digunakan seberapa banyak kuantiti yang kita inginkan. Ikut kesesuaian dan selera masing-masing.

  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram sikit
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk lada hitam
  • Lada hitam hancur
  • Lada putih sikit
  • Sikit minyak masak atau minyak bijan
  • Planta agak-agak lebih kurang 1 sudu besar
  • Garam secukup rasa

Cara membuat ayam bakar:

▶️Mula-mula kisar atau tumbuk serai sebatang, 5 ulas bawang putih dan sedikit halia tadi.

▶️ Selepas tu sediakan 1 mangkuk atau bekas besar untuk mudah gaulkan bahan dan nak buat perapan nanti.

▶️ Masukkan kesemua bahan-bahan perasa tadi iaitu kesemua sos, serbuk lada hitam, lada putih, minyak dan planta. Gaulkan sehingga semuanya sekata.

▶️ Kemudian masukkan pula bahan yang dah dikisar dan gaul sebati dengan bahan perasa tadi.

▶️ Selepas semua dah sebati, masukkan ayam dan gaulkan. Perap selama sekurang-kurangnya 30 minit.

 

Bahan tambahan:

  • Gula atau pun madu

Cara campurannya:

▶️ Sesetengah orang suka rasa manis-manis madu pada ayam bakar tu nanti. Jadi, pada sesiapa yang nak letakkan madu, boleh sapukannya ketika ayam sedang dibakar.

▶️ Kebiasaannya, lagi 10-15 minit ayam nak masak, sapukanlah madu tu supaya nanti hasil akhirnya ayam nampak lebih berkilat dan menyelerakan!

BACA JUGA:  Resepi Ayam Percik Simple Dan Paling Sedap! Terbaik Macam Kat Pasar Malam!

▶️ Namun bagi yang lebih suka manis gula, boleh letakkan gula masa buat perapan ayam tadi. Masukkan sedikit gula (agak-agak rasa manis yang kita suka) ke dalam bahan perapan dan kacaunya sebati sebelum masukkan ayam untuk diperap.

▶️Setelah siap perap ayam, sedia untuk dibakar. Ada yang suka bakar dengan menggunakan dapur arang dan ada juga lebih mudah dengan menggunakan oven je.

▶️ Bagi yang gunakan oven, ikut suhu oven masing-masing. Untuk cadangan, boleh gunakan api atas 150 dan bawah pula 180. Bakar selama 1 jam 30 minit atau sehingga ayam masak.

▶️ Waktu ni, ikutlah selera masing-masing. Kalau nak kan lebih garing, boleh bakar lebih masa sedikit. Dan pada yang nak rasa lebih manis madu pun boleh tambah juga!

 

Mudah je kan penyediaan ayam bakar ni. Hanya lalui proses perap dan bakar je. Mungkin nanti yang agak lama sikit ialah waktu menunggu ayam tu siap dibakar.

Sesetengah orang lagi suka ayam dibakar di atas arang. Barulah lagi ‘feel’ rasanya kan. Waktu ni, perlu menahan asap sedikit, namun rasanya lebih terangkat bak kata orang tu!

Jadi, sesiapa yang nak buat ayam bakar tu, bolehlah cuba resepi ayam bakar sedap dan mudah yang dikongsikan ni! Nanti kalau ada event rumah terbuka, atau nak hidangkan buat tetamu ke rumah, bolehlah jadikan ayam bakar sebagai salah satu menu hidangan!

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.