Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Resepi Apam Tembikai Kuning Kukus Yang Cantik Dan Gebu! Buat Guna Sukatan Cawan. Senang Je!

0

Kalau dulu sebut je kuih apam, mesti terus terbayang apam kampung yang gebu tu. Sekarang ni ada macam-macam jenis kuih apam yang dipelbagaikan antaranya apam nasi, apam gula hangus, apam mekar, apam polkadot dan sebagainya. Cara buatnya semua sama iaitu dikukus.

Selain tu, resepi apam tembikai kuning kukus juga antara salah satu lagi yang selalu viral sekarang ni. Sebab apa orang suka buat apam bentuk tembikai ni? Lihatlah hasilnya. Cantik dan colorful. Kalau nak buat untuk anak-anak atau hidangan tetamu memang sesuai sangat.

Ramai dah orang kongsikan resepi apam kukus ni. Ada yang jenis resepi 3 bahan. Namun saya memilih untuk berkongsi resepi apam tembikai kuning kukus dari Jalijah JJ ni sebab ada olahan resepi darinya untuk hasilkan apam yang lebih gebu dan mulus.

Puas hati kalau dapat hasil macam ni. Meskipun bahan-bahannya lebih berbanding resepi 3 bahan tu, tapi rasanya mesti lagi sedap dan texture apam pasti lembut yang mampu menambat selera.

Resepi asal ialah dari Rashidah Mohamad, namun dibuat berulang kali oleh Jalijah JJ kerana hasil yang beliau dapat sangat lembut dan memuaskan hati. Jom kita lihat macam mana membuatnya.

 

RESEPI APAM TEMBIKAI KUNING KUKUS

Untuk buat apam bentuk tembikai ni, perlu sediakan acuan yang sesuai barulah dapat hasil yang cantik. Contoh acuannya ialah seperti di bawah ni, iaitu mempunyai bentuk bersegi dan bertingkat sebab nanti apam tembikai akan menggunakan 2-3 warna.

Sumber: Azie Kitchen
Bahan-bahan yang digunakan:
  • Telur 5 biji
  • Gula 1 setengah cawan
  • Ovelete 1 sudu besar (terpulang nak gunakan yang jenis warna putih atau kuning)
  • Esen vanilla 1 penutup (atau terpulang nak letak perasa apa)
  • Susu cair 1 tin
  • 3 cawan tepung Hongkong ataupun tepung pau, atau tepung gandum (boleh guna yang mana-mana pun)
  • Baking powder 1 sudu teh
  • Double action baking powder 1 sudu teh
  • Minyak masak ¼ cawan
  • Pewarna kuning dan hijau

Cara buat apam tembikai kuning kukus:

▶️ Mula-mula, masukkan telur 5 biji, gula, ovelete dan esen vanilla ke dalam 1 bekas. Dan putarkan menggunakan mixer sehingga kembang, gebu dan memutih.

▶️ Kemudian masukkan susu cair pula dan sambung putar hingga berbuih.

▶️ Dan selepas tu campurkan tepung dan kedua-dua jenis baking powder. Masukkan campuran ni sikit demi sikit ke dalam adunan.

▶️ Sebatikan guna teknik kaup balik tepung tu yang diselang seli dengan minyak masak.

▶️ Setelah dah sebati, bahagikan adunan dalam 3 bahagian. Bahagian pertama lebihkan kuantitinya dan warnakan dengan pewarna kuning.

▶️ Bahagian kedua dan ketiga dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Satu darinya biarkan dalam warna asal dan satu lagi warnakan dengan warna hijau.

▶️ Masukkan ketiga-tiga adunan ni ke dalam piping bag berlainan.

▶️ Sapukan sikit minyak masak pada acuan dan taburkan bijan hitam di sekitar acuan.

▶️ Picitkan adunan warna kuning sehingga hampir penuh. Kemudian picit adunan putih nipis sahaja dan akhir sekali adunan hijau yang juga sedikit.

▶️ Akhir sekali kukus selama 7 hingga 10 minit dengan api yang besar.

▶️ Dah siap kuih apam tembikai kuning yang lembut dan gebu!

Teruja tengok apam corak tembikai ni. Kalau nak buat tembikai merah, boleh gantikan pewarna je. Atau buat kedua-duanya, lagi bertambah cantik dan warna warni masa dihidangkan nanti.

Apam ni antara kuih yang paling simple dan santai untuk dimakan. Kalau dijadikan snek kudapan anak-anak memang sesuai sangat. Boleh buat sekali banyak dan simpan dalam bekas kedap udara untuk mereka nikmati di waktu lapang.

Jangan lupa mencuba resepi apam tembikai kuning kukus ni. Semoga berjaya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.