Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Rahsia Buat Roti Dan Donat Yang Gebu Dan Serious Lembut! Resepi Mudah Pakai Mixer Je!

0

Satu kepuasan yang tak terkata bila kita berjaya belajar buat sesuatu masakan atau hidangan roti dan donat yang sedap dan dapat pujian semua yang rasa!

Lebih lebih lagi bila apa yang kita hidangkan tu, ramai yang suka. Makan waktu panas memang laju je lah habis. Puas hati betul rasa! Kalau siapa yang nak belajar cara buat roti dan donat yang lembut, follow resepi ni.

Tak sangka juga, bila follow step by step yang diajarkan  oleh Cik Puan Nor Jannah ni, dapatlah merasa buat roti yang sedap. Paling best sebab resepi ni bukan ajar buat roti je tapi dengan dengan adunan yang sama boleh buat donat sekali tau!

 

RESEPI ROTI DAN DONUT LEMBUT

Bahan- bahan yang diperlukan adalah :

Bahan A :

  • 500 gram Tepung gandum (sebaiknya guna tepung yang high protein)
  • 80 gram Gula kasar
  • 6 gram Garam
  • 8 gram Yis
  • 5 gram Bread Improver ( apa- apa brand pun boleh )
  • 55 gram Marjerin ( boleh juga gunakan butter )

 

Bahan B:

  • 1 biji Telur gred A
  • 100 gram Ais Kiub
  • 140 ml Air biasa

CARA PENYEDIAAN ADUNAN ROTI DAN DONAT ( GUNA MIXER ) :

▶ Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk.

▶ Kemudian, masukkan bahan B dalam mangkuk yang sama

▶ Putarkan menggunakan mixer dengan speed yang rendah dahulu sampailah sebati.

▶ Seterusnya, bila dah sebati, lajukan speed kepada medium. Putar je sehingga doh elastik. Elastik ni bermaksud bila doh kita dah licin, berkilat dan bila tarik pun tidak putus.

▶ Sekarang ni jom kita bahagikan adunan kepada dua bahagian. Ini sekiranya kita nak buat roti dan donat dengan satu adunan.

▶ Kalau nak buat salah satu je, boleh follow resepi dekat bawah ni ya.

 

[ CARA UNTUK MEMBUAT ROTI ]

▶ Keluarkan dari mangkuk yang kita gunakan waktu mixer tadi. Buat bulatan kecil- kecil masukkan dalam loyang. 5 biji doh dalam satu loyang.

▶ Sebelum tu, jangan lupa oleskan dulu loyang dengan marjerin.

▶ Biarkan doh 5 biji tadi mengembang sehingga paras permukaan loyang.

▶ Bila doh dah mengembang memenuhi ruang loyang, bakar dengan sudu 160 darjah Celsius selama 30 minit. ( ikut suhu oven masing- masing juga ye)

▶ Dah siap bakar, sapu permukaan roti dengan marjerin untuk nampak berkilat. Kemudian, bolehlah taburkan dengan gula aising, atau coklat, atau chicken floss. Terpulang kepada selera masing-masing.

** Untuk membuat topping chicken floss, bila roti dah masak, sapu susu pekat dan juga mayonis atas permukaan roti. Kemudian letakkan chicken floss. Dan bakar semula dalam 2- 3 minit. Nyummm!

BACA JUGA: Pelbagai Resepi Popia Yang Simple. Hidangan Minum Petang Yang Wajib Kita Cuba!

[ CARA UNTUK MEMBUAT DONAT ]

▶ Ambik sedikit adunan dan bulatkan kecil- kecil. Letakkan adunan dalam tray yang ditabur tepung supaya tak melekat.

 Biarkan selama 20 minit untuk bagi doh kita mengembang.  Letak jarak- jarak tau.

▶ Selepas doh dan mengembang, canaikan dan bentukkan menjadi seperti donat. Lubangkan tengah donat menggunakan jari atau apa- apa acuan nozel.

▶ Perap semula untuk kembangkan lagi donat kita.

▶ Panaskan minyak dengan api sederhana. Angkat donat menggunakan sudip dan masukkan dalam kuali.

▶ Buat sampai penuh donat dalam kuali. Jangan terbalikkan atau kalih selagi belum bertukar warna

▶ Dah keperangan, barulah kalih ke sebelah yang lagi satu permukaan. Bila dua- dua dah perang, terus angkat dan toskan.

▶ Waktu donat masih suam, taburkan atau salut dengan campuran gula icing dan gula kastor.

▶ Nak salut dengan coklat pun boleh!

TIP :

** Jangan balikkan donat berulang kali sebab nanti donat akan serap minyak serta ring bulatan tengah akan jadi tak cantik.

 

[ CARA BUAT ADUNAN GUNA BREAD MAKER ]

▶ Mula- mula sekali, masukkan bahan cecair di bahagian bawah dulu. Kemudian diikuti bahan kering

▶ Sukatan ais kiub tu boleh tukarkan kepada air biasa

▶ Uli dua kali proses untuk dapatkan hasil roti yang super lembut

▶ Bila dah siap, bolehlah pilih sama ada nak buat roti atau donat seperti di atas.

Waah! Senang kan nak buat adunan roti dan donat yang gebu ni? Serious bila buat tu, hasil dia sangat sangat lembut! Ramai yang suka makan roti, dan donat yang gebu dan lembut macam ni.

Lepas ni, bila dah tahu bolehlah buat sendiri je baru puas hati kita nak makan banyak-banyak. Tambah satu ilmu baru macam mana nak buat roti dan donat ni kan.

Petang- petang kalau tak tahu nak buat apa untuk hidangan, boleh cuba buat adunan roti ni dan sediakan donat coklat untuk anak- anak  dan roti chicken floss untuk yang dewasa.

Jadi, saya ucapkan selamat mencuba kepada semua yang baru nak cuba buat roti dan donat gebu ni!

Sebelum tu,  jangan lupa sharekan perkongsian ini di laman facebook masing-masing ya.. Kot- kot ada yang dapat manfaat juga untuk jadikan resepi jualan dan dapatkan income sampingan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.