Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Kek Pandan Cheese Leleh Yang Lembut Dan Gebu. Mudah Pakai Pengukus Je!

0

Kalau sebut je kek pandan, terbayang rasanya yang sedap dan wangi. Ada pula lapisan cheese leleh dan taburan cheese tambahan kat atasnya. Memang melting kalau tengok depan mata. Kena pula masuk ke tekak dan rasa sendiri kelembutan kek, terus lepas tu terbayang-bayang.

Bagi anda yang ingin buat kek yang sedap, cantik dan nampak mewah, boleh buat kek pandan cheese leleh ni. Sesuai kalau nak buat untuk hari jadi anak-anak, atau hidangan buat tetamu. Kalau nak buat pemanis mulut untuk keluarga pada hujung minggu pun boleh juga.

Sesetengah orang suka makan kek ni waktu sejuk-sejuk. Simpan dalam peti sejuk dulu lepas tu makan kemudian. Rasanya memang sedap dan nikmat sangat. Bagi penggemar cheese tu lagilah fall in love habis bila cheese yang sejuk tu cair di mulut.

Bagi yang nak cuba buat kek pandan cheese leleh ni, boleh cuba buat resepi yang dikongsikan oleh Ezzah Nurafiqah ni. Cantik sangat hasilnya dengan warna hijau kek pandan yang lembut, dan kejadian cheese leleh dan taburan kat atasnya yang menggoda.

Terasa rugi kalau tak cuba! Yakin anak-anak dan keluarga mesti suka. Selalu nampak orang jual je kek ni kan. Bila teringin nak makan, kali ni kita buat sendiri. Jom kita lihat resepinya.

 

KEK PANDAN CHEESE LELEH

Kalau nak buat kek ni, sebaiknya gunakan loyang bulat jika nak hidangan kek yang lebih cantik dengan cheesenya yang meleleh di sekeliling kek tu. Namun, terpulang kalau nak gunakan loyang atau bekas petak seperti yang biasa kita lihat orang jual kek leleh tu. Ikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk kek pandan:
  • Gula 1 cawan
  • Telur 3 biji
  • Ovelatte 1 sudu besar
  • Minyak masak ½ cawan
  • Susu cair ½ cawan (pastikan jangan lebih)
  • Perisan pandan 1 penutup besar
  • Pewarna hijau separuh tutup
  • Tepung gandum 2 cawan
  • Baking powder 1 sudu teh (Jangan letak soda bikarbonat)

Cara buat kek pandan:

▶️ Mula-mula mixer gula, telur dan ovelette sampai bewarna putih dan gebu.

▶️ Kemudian masukkan minyak masak, susu cair, perisa pandan dan pewarna hijau. Mixerkan kesemunya sehingga sebati.

▶️ Peringatan ya, jangan masukkan minyak masak dan susu cair berlebihan.

▶️ Seterusnya masukkan tepung  dan baking powder. Sambung mixer tapi sekejap je. Jangan terlalu lama.

BACA JUGA: Kek Cheese Viral 3 Bahan. Tak Sangka Rasa Dia Memang Serious Marvellous! Semua Orang Wajib Cuba!

▶️ Lepas dah berhenti mixer, kacau dengan teknik kaup balik adunan tu tadi.

▶️ Sambil tu panaskan pengukus dulu.

▶️ Sediakan loyang yang dilapis baking paper. Sebelum tu, sapukan sikit marjerin kat sekitar loyang.

▶️ Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus kek selama 30 minit dengan menggunakan api yang sederhana. Pastikan air di pengukus tu dah mendidih baru mula kukus.

▶️ Semasa mengukus, balut tutup pengukus dengan kain untuk elakkan air menitik atas kek.

▶️ Tunggu kek masak, dan sementara tu buat cheese leleh pula.

 

Bahan-bahan untuk cream cheese leleh:
  • Cream cheese Tatura 250g
  • Susu cair ¼ cawan
  • Susu pekat manis ½ cawan (atau ikut tahap manis kita mahu)

 

Cara buat cream cheese leleh:

▶️ Mixer kesemua bahan-bahannya sampai gebu.

▶️ Dah siap dan sedia diletakkan pada kek.

▶️ Setelah kek dah masak, biarkan kek betul-betul sejuk dulu.

▶️ Kemudian keluarkan dari loyang dan letak atas tempat yang rata seperti papan kek.

▶️ Selepas tu potong atau belah 2 kek atas dan bawah

▶️ Letakkan cream cheese leleh tadi dan ratakan. Kemudian tutup semula lapisan atas kek tu.

▶️ Untuk bahagian atas kek, letakkan juga cream cheese dan ratakan di sekitar atasnya.

▶️ Akhir sekali parut dan taburkan cheddar cheese kat atas kek.

▶️ Dah siap untuk dihidangkan!

Wahh cantik dan sangat menyelerakan bila tengok hasil kejadian kek ni. Lepas ni bila dah tahu buat sendiri, tak perlu lagi beli kek ni dari luar. Yang bestnya, kalau nak tukar selera pandan kepada strawberi, ataupun perasa lain pun boleh juga. Ikut selera apa yang kita mahu.

Ada sesetengah penjual kek cheese leleh tu, kita tengok mereka taburkan sikit chocolate rice bersama dengan parut cheddar cheese kat atas kek. Pada yang suka, boleh juga buat benda yang sama.

Lepas ni bolehlah cuba buat kek pandan cheese leleh ni untuk anak-anak dan keluarga. Sebelum tu jangan lupa sharekan perkongsian resepi ni di Facebook anda supaya dapat manfaat bersama. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.