Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Kek Cheese Viral 3 Bahan. Tak Sangka Rasa Dia Memang Serious Marvellous! Semua Orang Wajib Cuba!

0

Pernah tak tekak terasa nak makan kek simple tapi sedap! Makan panas-panas memang cepat lah habisnya. Paling best, makan ramai-ramai dengan family.

Kalau korang suka makan cheese cake, korang boleh cuba buat kek cheese 3 bahan ni. Yes! Hanya gunakan 3 bahan sahaja yang kita gunakan untuk kek cheese super gebu ni.

Siapa yang belum pernah rasa, memang wajib cuba! Nak buat makan petang boleh atau nak buat saja-saja nak makan pun boleh. Sebab nak buat dia pun simple sangat-sangat.

Jom saya kongsikan bahan-bahan yang digunakan dan cara nak buat kek cheese gebus 3 bahan yang dikongsikan oleh Cik Puan Nur Ain Ridzwan kita ni.

 

RESEPI KEK CHEESE GEBU 3 BAHAN

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 120 gm Tatura Cream Cheese
  • 120 gm Susu Pekat Manis
  • 3 Biji telur gred B

 

CARA PENYEDIAAN KEK CHEESE GEBU 3 BAHAN :

▶ Mula-mula sekali, keluarkan cream cheese dari peti dan biarkan seketika pada suhu bilik.

▶ Kemudian, pukul cream cheese dengan susu pekat sampai berkrim  atau tidak berketul. ▶ Boleh pukul dengan blender atau pun menggunakan mixer untuk dapatkan hasil yang gebu.

▶ Jika kita tak suka manis, boleh kurangkan sedikit susu pekat. Bergantung kepada kita ya. Tapi sukatan yang diberikan ni tidak terlalu manis. Nice je.

▶ Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning.

▶ Pukul telur putih sehingga kembang dan bertanduk.

▶ Telur kuning pula masukkan dalam adunan cream cheese dan susu pekat tadi. Kacau sampai sebati semua bahan.

▶ Bila kuning telur dah sebati dengan cream cheese tadi, masukkan telur putih yang dipukul tadi sedikit demi sedikit.

▶ Sambil kacau adunan supaya sebati dengan semua bahan.

▶ Sediakan loyang dan oleskan dengan marjerin dan alas dengan baking paper.

▶ Panaskan oven dan bakar selama 30 minit dengan suhu 160 darjah Celsius. Bakar secara water bath. Letakkan air di dalam dulang yang mengandungi loyang adunan tersebut.

▶ Untuk 25 minit berikutnya, turunkan suhu kepada 150 darjah Celsius. Masak sehingga kek naik cantik dan masak sepenuhnya.

▶ Cara nak pastikan dia masak, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada kek melekat atau tidak. Jika licin, kek kita dah masak sepenuhnya.

▶ Cukup masa, biarkan dalam oven dulu sekitar 15 minit sebelum dikeluarkan. Pintu oven dibiarkan sedikit terbuka.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Bila dah siap tu, bolehlah taburkan dengan gula aising atas kek. Barulah cantik kek cheese gebu kita!

BACA JUGA: Resepi Bubur Jagung Lemak Manis Hidangan Minum Petang! Rahsia Buat Bubur Jagung Jadi Lemak Berkrim Dan Sedap!

Waah! Kalau macam ni lah cara nak buat kek cheese gebu ni memang mudah sangat-sangat lah. Tak perlu pakai apa-apa tepung pun boleh menjadi jugak tau kek ni.

Kek cheese ni dia memang bersifat sponge sikit, bila makan dia terus lembut dalam mulut kita. Sebab tu kek ni makan waktu masih suam memang sedap dan marvellous lah!

Ada yang gunakan resepi ni untuk buka jualan. Ye lah, untuk cari income sampingan dan mudahkan mereka yang nak merasa makan kek cheese gebu 3 bahan ni. Saya harap perkongsian resepi kek cheese gebu ni dapat memberikan manfaat kepada kita semua.

Kepada korang yang nak cuba buat tu, jangan lupa kongsikan dulu dekat wall facebook ya. Mana tahu dapat sambung berikan manfaat kepada yang lain pulak. Lagipun memudakan kita untuk scroll nak cari balik nanti.

Nanti jangan lupa buat dan hidangkan kepada keluarga tercinta! Hidangkan sambal hirup teh o panas. Fuuh!

Leave A Reply

Your email address will not be published.