Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Ikan Siakap Stim Limau Macam Restoran Thai. Resepi Masak Dalam Kuali. Rasa Tetap Padu!

0

Siapa je yang tak makan masakan Thai ni? Kalau kena pula masakan ikan siakap, tak kira masak 3 rasa atau masak stim. Tak sah kalau tak order makanan ni tiap kali makan kat restoran Thai. Betul tak? Ikan siakap stim limau antara favorite semua orang.

Masak siakap stim limau ni antara yang paling senang nak buat. Boleh katakan hanya satukan je bahan-bahan dan terus masak. Sekejap je penyediaannya. Orang yang sibuk bekerja pun boleh sediakan masakan ni di rumah.

Musim-musim pkp ni bila tak boleh makan di restoran Thai yang kita suka, apa kata jom buat sendiri ikan siakap stim limau ikut resepi yang dikongsikan oleh Nurul Zatul Iffah Zamani ni. Kalau dapat masak ikan siakap yang besar, puas dapat jamah 1 keluarga.

Orang kata kalau nak berdiet pun sesuai makan masakan stim limau ni sebab kandungan bahannya yang sesuai untuk diet sihat. Tambahan lagi sedap dan ada aroma wanginya. Berselera kalau nak makan ratah macam tu je.

Bahannya simple, dan step nak buat pun serious sangat mudah. Yang penting jangan skip bahan untuk dapatkan rasa yang sedap dan menambat selera. Jom kita lihat cara membuatnya.

 

IKAN SIAKAP STIM LIMAU

Kebiasaannya masak stim limau ni tentulah menggunakan kaedah mengukus. Kali ni resepi yang dikongsikan ialah masak atas kuali. Cara yang berbeza tapi rasa masih sedap dan padu. Sesekali nak cuba merebus ikan bersama bahan-bahannya dalam kuali apa salahnya.

Bahan-bahan yang digunakan:
  • Ikan siakap (saiz sederhana)
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Halia
  • Limau Nipis
  • Daun limau purut
  • Daun ketumbar
  • Sos ikan
  • Kiub ayam
  • Gula

Cara buat ikan siakap stim limau:

▶️ Mula-mula siang dan bersihkan ikan siakap dan ketepikan.

▶️ Kemudian hiris serai secara serong, mayang halus halia dan koyak-koyakkan daun limau purut. Masukkan kesemuanya ke dalam perut ikan.

▶️ Sediakan kuali. Masukkan air banyak mana anda suka, dan seterusnya masukkan kiub ayam. Biarkan sehingga mendidih.

▶️ Lepas air stok ayam dah mendidih, masukkan ikan siakap. Kemudian tutupkan kuali tu dengan penutup. Masakkan ikan dalam masa 15 ke 20 minit atau sehingga masak.

▶️ Sementara tunggu ikan masak, sediakan 1 bekas lain. Cincang bawang putih, racik cili padi dan hiris nipis daun ketumbar. Masukkannya ke dalam bekas tersebut.

▶️ Selepas tu masukkan juga sos ikan, perahan limau nipis dan sedikit gula. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Perlu bajet-bajet sos ikan, gula dan perahan limau untuk dapatkan rasa masin, manis dan masam yang cukup rasa.

▶️ Selepas dah sebatikan kesemuanya, ketepikan dulu. Dan check sama ada ikan dah masak di kuali ke belum.

▶️ Selepas dah masak, keluarkan ikan dari kuali dan masukkan ke dalam pinggan hidangan bersama-sama dengan kuah kiub ayam tu sekali.

▶️ Kemudian curahkan bahan gaulan bawang, cili, ketumbar, sos ikan dan perahan limau tadi ke dalamnya. Curah sekata supaya semua ikan dapat disaluti.

▶️ Dah siap hidangan siakap stim limau.

BACA JUGA: Resepi Sotong Stim Limau Ala Thai Paling Sedap! Sangat Mudah Dan Cepat Penyediaannya!

Kalau nak hidangkan seperti kedai Thai tu, bolehlah hiaskan sikit dengan limau nipis, halia dan hirisan daun ketumbar lagi. Barulah seronok untuk dinikmati bersama keluarga.

Sesetengah orang mungkin lagi prefer masak cara kukus. Tak jauh beza sangat cara memasaknya. Ikan boleh terus diletakkan dalam loyang pengukus dan curahkan je air kiub ayam ke dalamnya dan kukus seperti biasa. Tak perlu tunggu stok ayam mendidih.

Mudah je kan. Tak sampai berapa minit dah siap. Kalau malas-malas nak masak, bolehlah ibu-ibu sediakan masakan ikan siakap stim limau ni je untuk keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.