Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Cara Simple Buat Cakoi Yang Sedap Dan Lembut Walaupun Sejuk! Resepi Sos Manis Pandan Yang Awesome!

0

Siapa suka makan cakoi? Fuuh! Makanan legend ni, sedap makan cakoi panas-panas. Ada beberapa sos yang disediakan. Sos kaya ada, pandan ada. Pilih nak yang mana. Lama juga dah rasanya tak makan kuih cakoi ni.

Sesetengah yang jual, ada yang memang kena makan panas je, bila sejuk kerasnya memang tak boleh bawak bincang. Tapi ada yang pandai buat, bila sejuk pun tetap lembut.

Kalau sebelum ni nak makan cakoi ni, beli je sebab senang nak dapat. Lagipun memang tak tahu cara nak buat. Tapi bila keadaan mendesak, tekak terasa nak makan cakoi, cepat-cepatlah cari resepi untuk buat sendiri.

Mujur juga jumpa resepi daripada Cik Puan Tahrunnisa Jali ni. Best betul perkongsian beliau ni sebab bukan lengkap je resepi yang dikongsikan. Gambar-gambar yang beliau kongsikan pun nampak cantik dan berselera!

Jom saya kongsikan bahan-bahan yang digunakan dan cara macam mana nak buat cakoi ni. Boleh follow step by step ni ya!

 

RESEPI CAKOI

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 2 ½ cawan tepung roti atau boleh gunakan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis (apa-apa jenama pun boleh)
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • 1 biji telur dipukul sblm dimasukkan dlm adunan tpg
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • ½ cawan air suam
  • ½ sudu besar marjerin

CARA PENYEDIAAN CAKOI SUPER LEMBUT :

▶ Mula-mula sekali, sediakan bekas kecil atau boleh juga gunakan gelas. Masukkan yis, air suam dan juga gula. Tutup dan biarkan yis aktif.

▶ Sementara tu, dalam bekas lain, masukkan tepung gandum atau pun tepung roti. Kemudian, masukkan garam dalam tepung.

▶ Pecahkan telur, pukup dulu telur sebelum dituang masuk ke dalam adunan tepung. Kemudian, masukkan soda bikarbonat ke dalam bekas yang sama.

▶ Gaul semua sebati. Tuang perlahan lahan air bancuhan yis kita mula-mula tadi.

BACA JUGA: Step By Step Cara Buat Karipap Sardin Panjang Yang Rangup. Resepi Mudah Karipap Inti Sardin Meletop!

▶ Seterusnya, uli semua bahan sehingga sebati.

▶ Bila semua dah sebati, baru masukkan marjerin.

▶ Uli lagi sehingga adunan kita lembut. Anggaran dalam 30 minit minimum tau. Sebab lagi lembut kita adun, lagi lembut cakoi kita tadi.

▶ Teksture doh ni memang akan sedikit lembik dan melekat di jari, jangan jangan risau teruskan menguli.

▶ Sekiranya kita gunakan breadmaker, boleh campurkan semua bahan-bahan ke dalamnya dan biar breadmaker uli. Ianya lebih mudah tapi tidak semua orang ada breadmaker ni.

▶ Bila dah selesai uli, doh pun dah cantik, boleh rehat kan sekejap doh tu dalam 45 minit hingga 1 jam. Tutup permukaan doh dengan kain lembap atau boleh gunakan plastic.

▶ Biarkan sehingga doh kita naik sekali ganda saiznya dari yang asal.

▶ Sebelum ni uli doh ni, taburkan dulu dengan sedikit tepung gandum supaya tak adunan kita tak melekat.

▶ Canai doh menjadi memanjang dan pastikan tebal doh ni dalam 1 cm lebih kurang. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.

▶ Potong dan biarlah sama saiz setiap potongan.

▶ Sediakan chopstick atau lidi. Celup dalam air, dan gariskan dia atas setiap cakoi kita. Buat dekat semua yang kita dah potong tu.

▶ Kemudian cantumkan dua potongan dan tekan sikit dekat bahagian garisan tadi supaya melekat.

▶ Bila dah habis semua adunan, panaskan kuali. Gunakan minyak yang banyak pun tak apa. Minyak dah panas, terus perlahankan api.

▶ Sebelum masukkan dalam kuali panas, Tarik setiap doh supaya jadi memanjang. Biarkan sekejap lebih kurang seminit, terbalikkan dan biarkan sehingga bertukar warna keperangan.

▶ Angkat dan toskan seketika.

 

Waah! Nak makan cakoi ni, bukan dengan kaya atau pandan yang saya kongsikan tadi tu je, ada juga yang buat makan cicah dengan kuah kari ayam, atau pun sambal bilis.

Kalau dapat makan petang-petang sambal hirup teh o panas ni memang layanz! Untuk buat bahan cicah dia, saya kongsikan resepi ringkas kuah manis pandan ni ya!

 

RESEPI KUAH MANIS PANDAN

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 ½ cawan susu cair
  • ½ sudu kecil esen pandan
  • 1 cubit garam
  • 1 ½ sudu besar tepung kastard
  • 3 atau 4 sudu susu pekat
  • Pewarna hijau

 

CARA PENYEDIAAN KUAH MANIS PANDAN :

▶ Mula-mula sekali, campurkan semua bahan-bahan ni dan masa katas api.

▶ Gunakan api yang perlahan sahaja tau

▶ Nak buat kuah manis pandan ni, kena sentiasa kacau supaya semua bahan sebati dan masak sekata.

▶ Untuk pewarna pandan, gunakan beberapa titis sahaja sesuai dengan warna hijau yang kita mahukan.

Cakoi dah siap masak, kuah pun dah selesai. Bolehlah hidangkan untuk keluarga tersayang! Alang-alang dah buat cakoi ni, boleh buat extra dan sedekahkan kepada jiran tetangga. InsyaAllah murah rezeki kita nanti kan.

Untuk yang baru je tahu cara nak buat cakoi yang sedap dengan kuah masis pandan ni, boleh lah buat dengan follow resepi ni. Senang dan mudah je. Yang penting rasa dia memang marvellous!

Sebelum nak buat tu, bolehlah share dulu di facebook masing-masing ye. Kot-kot ada yang nak buat jualan ke, dapatlah juga manfaat kepada kita. Amiin!

Selamat mencuba semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.