Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Cara Nak Dapatkan Karipap Pusing Yang Cantik Dan Tak Bocor. Ditambah Lagi Dengan Kulit Rangup Dan Sedap!

0

Karipap pusing ni dah jadi kegemaran ramai. Dah ramai orang mula hidangkan karipap pusing berbanding karipap biasa sebab lebih cantik dan menambat hati. Kalau dalam majlis tu, nampak cantik je bentuknya kan.

Dekat mana bezanya antara karipap pusing dan karipap biasa ni? Dah tentu pada kulitnya. Karipap pusar ni digilingkan adunan tepung tu secara berlapisan. Manakala karipap biasa pula digiling dalam selapis sahaja.

Rasanya pun ada bezanya. Selalunya karipap pusar lebih rangup dan sedap digigit berbanding karipap biasa.

Sekarang ni, ramai peniaga mula menjual karipap pusar yang ada bermacam jenis inti untuk menambat hati pelanggan. Baik jualan biasa atau frozen, sebab bentuknya yang lebih cantik dan enak dinikmati.

Ramai yang cuba buat karipap ni berkali-kali tapi sukar nak dapatkan hasil yang betul. Sama ada kulitnya bocor atau dohnya tak cukup memejal atau dengan kata lain berderai disebabkan sukatan yang salah. Jadi takut pula nak mencubanya lagi.

Sebenarnya nak buat karipap pusar ni perlukan kesabaran yang tinggi dan memahami tentang texture doh kita untuk membuatkan karipap tu nanti tiada cacat celanya.

Seperti yang dikongsikan oleh Alyynna Sharlina ni. Beliau pada asalnya yang tak pernah karipap pusarnya menjadi pada awal-awal percubaan, kini dah berjaya menjual karipap pusar ni dengan pendapatan konsisten. Yang penting jangan putus asa mencuba.

Jom saya kongsikan cara beliau menghasilkan karipap pusar yang cantik dan sedap dimakan.

 

KARIPAP PUSING

Terdapat 2 bahagian doh yang perlu dihasilkan:

Bahan-bahan untuk Doh A:

  • Sekilo tepung gandum (atau terpulang berapa banyak kita ingin buat)
  • Shortening (sukatannya tak dikira tapi perlu pandai tentukan kuantitinya semasa disebatikan dengan tepung)
  • Mentega (yang digunakan lebih sedikit dari kuantiti shortening).

 

CARA PENYEDIAAN KARIPAP PUSING:

▶️ Masukkan tepung dalam besen. Dan letakkan shortening dan mentega sikit demi sedikit ke dalam tepung. Pastikan shortening diletakkan lebih banyak berbanding mentega. Sebagai contoh 2 senduk nasi shortening, manakala mentega hanya sesenduk nasi.

▶️ Kenapa kita perlu memahami texture doh kita? Ini kerana supaya kita lebih tahu sukatan macam mana yang sesuai dengan keadaan tepung dan udara sekeliling kita. Jadi, perlu tahu bagaimana untuk dapatkan doh yang cantik mengikut situasi sendiri.

▶️ Semasa ingin bulat-bulatkan doh, lihat sama ada doh melekat di tangan atau tidak. Kalau terlalu lembik boleh letakkan sedikit lagi tepung, Dan kalau tepung masih pecah-pecah boleh ditambahkan sedikit shortening.

▶️ Gaul sebati sehingga doh boleh dibulatkan dan adunannya menjadi padat dan pejal-pejal bila ditekan.

Untuk bahan Doh B:

  • Sekilo tepung gandum
  • 3 sudu makan minyak
  • Garam sikit

Cara penyediannya:

▶️ Masukkan tepung ke dalam besen dan campurkan minyak dan garam sikit demi sedikit. Gaul sehingga tak melekat di tangan dan pastikan adunannya tak begitu lembik dan keras.

▶️ Sesudah bahan A dan B dah siap, boleh cantumkan kedua-duanya. Untuk pengetahuan, Doh A dipanggil juga lapisan minyak yag diletakkan di bahagian dalam. Manakala Doh B dipanggil lapisan tepung yang berada di luar.

BACA JUGA: Aneka Resepi Menggunakan Pisang! Sesuai Jadikan Hidangan Minum Petang Yang Awesome!

▶️ Jadi, ambil bahagian B dahulu dan gilingkan. Sesudah tu ambil Doh A pula letakkan atas B tadi dan gilingkan juga sehingga jadi sederhana memanjang.

▶️ Kemudian gulungkan lapisan A dan B tu.

▶️ Selepas tu gilingkan semula atas ke bawah sehingga jadi memanjang seperti tadi dan gulungkan semula. Sesudah tu potong sehingga dapat beberapa kerat.

▶️ Kemudian, sedia untuk gilingkan doh yang dah dipotong tadi. Sebelum tu ambil sedikit Doh B dalam secubit (dijadikan bahagian inner) untuk diletakkan di bawah semasa menggiling. Ini bertujuan untuk pastikan karipap nanti tak bocor.

▶️ Sesudah tu gilingkan ia memanjang sikit untuk mendapatkan pusar yang cantik nanti. Semasa menggiling jangan terlampau menekan terutama bahagian tengah. Hanya sekali atau 2 kali lalu sahaja dibahagian tengah tu.

▶️ Selebihnya gilingkan bahagian atas ke bawah sehingga separuh dan naik atas semula. Di bawah juga begitu. Gilingkan dari bawah ke atas sehingga separuh dan turun ke bawah semula.

▶️ Kemudian dah boleh isikan inti yang kita mahu dan bentukkan menjadi karipap. Dah sedia digoreng.

Tips:

▶️ Semasa menggoreng perlulah minyak yang panas untuk pastikan pusar tu cantik sesudah goreng nanti. Tak kira karipap tu difrozenkan atau terus goreng, minyak perlulah betul-betul panas.

▶️ Di sini Doh A memainkan peranan yang amat penting. Pastikan adunannya tidak terlalu lembik untuk elakkan karipap pecah-pecah.

 

Cara membuatnya mungkin sukar, tapi sekiranya kita faham tentang texture doh dan langkah betul pembikinannya, pasti akan dapat hasil yang cantik dan sedap untuk dinikmati.

Jika dah mahir, bolehlah buat bermacam-macam jenis bentuk dan intinya lagi untuk dinikmati bersama keluarga. Tak perlu lagi beli di kedai.

Yang penting tidak berputus asa sepanjang mencuba dan ikuti langkah dan tips karipap pusing yang dkongsikan ini.

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.