Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Cara Mudah Buat Ayam Serai Ala Thai. Resepi Mudah Rasa Sebijik Macam Kedai!

0

Bila dapat makanan ala Thai, memang kena ready nasi lebih. Mana tahu akan bertambah sebab berselera dengan lauknya. Kalau tidak tomyam, ikan siakap 3 rasa, atau paprik ala Thai.

Berbeza sikit kali ini, saya akan kongsikan resepi ayam serai  Ala Thai. Belum buat lagi saya dah tahu rasa dia mesti sedap dan bau serai yang wangi.  Balik kampung boleh buat bagi mak ayah rasa.

Tapi tak semua orang suka dengan masakan Thai kan? Belum cuba belum tahu, bila dah sekali rasa, confirm jatuh cinta. Hehe.

Perkongsian resepi kali ini adalah daripada Cik Puan Suriati Silad yang ajar kita macam mana nak buat resepi ayam serai ala Thai.

 

RESEPI AYAM SERAI THAI

Bahan Bahan yang digunakan adalah :

  • 6 kepak ayam, potong buang hujung sayap
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam

 

Bahan Sambal :

  • 2 batang serai di ketuk
  • 5 helai daun limau purut, buang tengahnya gunting halus
  • 1 sudu makan sos seafood
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 kiub pati ayam
  • Gula secukupnya
  • 1 biji limau kasturi, ambil jusnya

 

Bahan Kisar :

  • 5 cili besar
  • 6 cili padi
  • 3 bawang putih
  • 4 bawang merah

CARA PENYEDIAAN AYAM SERAI THAI :

▶ Mula-mula gaulkan ayam bersama kunyit dan garam.

▶ Kemudian, goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing

▶ Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi

▶ Masukkan serai dan daun limau purut

▶ Kacau rata. Kemudian, masukkan kiub ayam

▶ Masukkan sos ikan, sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi

▶ Kacau rata, masukkan ayam goreng tadi.

▶ Tambahkan ½ cawan air, masak lagi hingga pecah minyak.

▶ Tutup api dan hidangkan.

Tersangat mudah untuk kita yang baru nak belajar memasak. Bayangkan, hanya follow resepi ni sahaja, kita dah pandai buat satu menu ala Thai yang marvelous!

Hidangkan bersama nasi putih panas-panas dan sambal belacan beserta ulaman timun dan salad. Fuuh! Lengkap satu hidangan untuk kita.

Banyak lagi resepi masakan ala Thai yang ada kami kongsikan dalam Kongsi Resepi ni. Selain daripada resepi ayam serai Thai ni, ada juga resepi lain seperti Siakap Stim ala Thai, Tomyam Campur ala Thai dan bermacam- macam lagi menu yang ada.

BACA JUGA: Resepi Rendang Tumis Daging Marvellous. Rahsia Sedapkan Masakan Rendang Yang Ramai Tak Tahu!

Bila tekak teringin nak makan lauk Thai, kalau sebelum ni kita akan keluar makan di kedai, tapi sekarang ni tak perlu susah – susah. Bukak je facebook, atau google lebih tepat lagi buka Kongsi Resepi dan scroll je cari menu ala Thai. Confirm jumpa.

Bila dah jumpa, masa untuk bersilat dekat dapur selama satu jam untuk siapkan makanan. Paling menariknya, bila nak hidangkan tu boleh lah hidangkan ala- ala di kedai. Baru lah feeling makan luar kan.

Ada yang makan ayam masak serai ni dengan pulut tau. Bunyi macam pelik kan, tapi itulah hakikatnya. Sedap juga sebenarnya bila rasa. Tapi, buat pulut yang lembut dan berlemak, lagi layanz!

Jom saya kongsikan resepi buat pulut yang mudah guna rice cooker je. Yang penting masak pulut follow cara ni best sebab tak berkerak.

 

RESEPI PULUT SEDAP

Bahan – bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 cawan beras pulut ( basuh bersih- bersih ye)
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

 

CARA PENYEDIAAN  PULUT SEDAP :

▶ Campurkan semua bahan dalam rice cooker, tekan cook. Masak macam biasa kita masak nasi

▶ Nanti tak sampai 10 minit pulut akan siap masak

▶  Gembur – gemburkan pulut tadi dan biar sekejap dalam mood warm sebelum tutup suis

Memang best tau bila kita masak pulut tapi tak berkerak ni. Sebab biasanya kalau masak comfirm akan jadi berkerak kan? Bila nak basuh periuk tu kena lah rendam semalaman baru selesai.

Sekarang tak risau dah sebab dah tahu cara. Dan kalau nak makan sedap, kita buat sendiri je pun dah rasa macam kedai tau. Silap hari bulan, kita pula bukak kedai masakan ala Thai  lepas ni tau. hehe

Semoga perkongsian ni memberi manfaat kepada anda semua! Dan dapat bantu anda hidangkan makanan yang sedap, enak dan marvellous buat keluarga, suami dan anak-anak

Kalau balik ke kampung atau family datang ziarah, boleh lah sekali sekala hidangkan lauk masakan ala Thai ni. Comfirm yang makan akan bertambah nasi tanpa sedar. Memang ralit dibuatnya, bila makan ayam masak serai ni.

Sebelum buat, jangan lupa kongsikan dulu dekat facebook wall masing-masing ya. Mana lah tahu selain daripada kita, ada orang lain juga yang perlukan resepi ala-ala Thai ni. Buat masa sekarang ni, kena kurangkan keluar rumah jika tiada keperluan.

Kepada nak cuba belajar buat lauk ayam masak serai  ni, saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.