Kepada yang suka makan kerang, mesti jarang makan masakan rendang kerang kan? Yelah, bila ada kerang kita suka buat bakar lah, kerabu lah. Sebab lauk kerang memang sedap!
Uniknya, rendang kerang ni walaupun jarang orang nak buat dengan masakan rendang tapi rasa dia memang sedap! Boleh ralit lah kita makan rendang kerang ni. Dengan baunya yang wangi, rasa dia cukup sedap.
Selain dengan nasi putih, rendang kerang ni sesuai untuk kita makan dengan lemang, ketupat palas dan sebagainya. Serious kepada yang belum pernah cuba makan rendang kerang, korang wajib try!
Mujur jumpe perkongsian daripada Cik Puan kita ni. Nampak mudah dan berselera pulak tengok resepi yang dikongsikan ni. Bahan-bahan dah ada bolehlah kita buat untuk makan hari ni!
RESEPI RENDANG KERANG
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 hingga 1 ½ kg kerang
- 1 sudu besar rempah kari
- 1 keping asam keping
- 2 sudu besar kerisik
- 1 sudu gula
- 1 ½ cawan pati santan
- Garam dan bahan perasa secukupnya
- Daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai
BAHAN KISAR :
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci lengkuas
- 2 inci halia
- 2 inci kunyit hidup
- 1 batang serai
- 15- 20 tangkai cili padi
BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Cili Kering Yang Padu! Bertambah Sedap Dengan Ayam Yang Digoreng Crunchy!
CARA PENYEDIAAN RENDANG KERANG :
▶ Mula-mula sekali, basuh kerang bersih-bersih dan rebus sehingga masak. Masukkan asam keping supaya boleh hilangkan sedikit bau hanyir kerang.
▶ Kemudian, kisar semua bahan kisar sehingga hancur dan lumat dengan sedikit air.
▶ Seterusnya, sediakan kuali, masukkan bahan kisar ke dalam kuali.
▶ Masukkan juga santan, rempah kari, daun kunyit, daun limau purut dan juga asam keping.
▶ Dengan menggunakan api yang perlahan je, masak sehingga bahan-bahan tadi agak kering sedikit.
▶ Bila bahan tadi dah masak atau kering, masukkan kerang. Kerang ni kopek dulu tau. Tak perlu masukkan kulit kerang sekali.
▶ Gaul sebentar supaya kerang serap dengan kuah rendang kita tadi.
▶ Bila dah sedikit kering, masukkan kerisik dan juga gula. Kacau supaya bahan larut dan sekata. Kerisik ni lah yang menjadi bahan utama dalam rendang!
▶ Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa jika ada.
▶ Bila rasa semua dah lengkap, boleh padamkan api dan sedia untuk dihidang!
▶ Tabur hirisan daun kunyit dan daun daun limau nipis ke atas rendang kerang kita.
Bukan sahaja nampak mudah, tapi bila baca resepi yang dikongsikan, rasanya memang senang sangat kalau kita nak buat rendang kerang ni.
Nak buat rendang kerang ni ada beberapa versi dan mengikut selera masing-masing. Ada satu resepi yang saya jumpa, mereka tidak menggunakan serbuk kari dalam masakan rendang kerang ni.
Tapi dengan adanya serbuk kari, ianya lebih wangi dan sedap berempah. Kalau yang mana baru nak cuba buat rendang kerang ni, kena ikut selera masing-masing tau.
Sebab lain orang lain caranya, tapi saya yakin rasa nya sudah pasti sedap terangkat! Jika ada yang suka makan pedas, bolehlah tambah cili padi yang kita gunakan. Bila pedas, makan dengan nasi panas-panas memang padu!
Kalau pasangan atau ahli keluarga kita suka makan kerang, boleh lah cuba buat dan hidangkan kepada seluruh ahli keluarga. Sudah pasti mereka teruja dan suka dengan hidangan yang satu ni.
Resepi rendang kerang ni, ada juga yang gunakan sebagai bahan jualan. Buat dengan rasa yang sedap dan jadikan salah satu lauk dalam menjual nasi lemak!
Kepada yang nak cuba, boleh try buat rendang kerang yang mudah ni. Semoga berjaya, dan selamat mencuba!