Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Cara Buat Puding Red Velvet Oreo Yang Terlajak Sedap! Cukup Rasa Lemak Dan Manisnya!

0

Pemanis mulut seperti puding, agar-agar dan seangkatan dengannya memang boleh buat kita kecur liur. Bayangkan pula dipelbagaikan perasa menjadi puding red velvet oreo yang dah tentu nikmat rasanya tiada tandingan!

Kalau puding ni dibuat dan kemudian disimpan pula dalam peti sejuk, memang betul-betul puas bila makan waktu tengahari atau dijadikan hidangan pencuci mulut lepas makan.

Cara buat puding red velvet oreo ni berbeza dengan puding-puding lain yang dah biasa kita jumpa. Kali ni gabungan kek dan lapisan puding yang terletak di permukaannya. Wahh nikmat berganda. Terus nampak mewah hidangan pemanis mulut kita nanti.

Resepi ini dikongsikan oleh Niza Zaini yang mudah untuk difahami. Bila lihat hasil pudingnya yang dah siap buatkan kita berselera dan ingin mencubanya sendiri. Kalau dapat hasil sebegini, boleh dibuat sebagai hidangan buat tetamu.

 

CARA BUAT PUDING RED VELVET OREO

BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK LAPISAN KEK RED VELVET DI BAWAH SEKALI:

  • Tepung superfine atau gandum 200 gram
  • Gula kastor 150 gram (atau ikut tahap manis kita suka. Boleh kurangkan jika mahu)
  • Telur 6 biji
  • Baking powder 1 teaspoon
  • Ovalette 25 gram
  • Air 100 gram
  • Pewarna red velvet (sukatan secukupnya)
  • Minyak jagung atau minyak biasa 100 gram

CARA MEMBUAT KEK RED VELVET:

▶️ Campurkan kesemua bahan dalam 1 bekas atau besen kecuali minyak jagung atau minyak biasa.

▶️ Mix kan kesemuanya sehingga sebati, kembang berganda dan gebu.

▶️ Ambil sedikit adunan yang dah kembang tadi dan masukkan ke dalam mangkuk yang diletak minyak jagung. Kacau bersama minyak sehingga sebati, dan kemudian masukkan semula ke dalam adunan tepung tadi.

▶️ Kacaukan semula sehingga sebati dan sedia untuk dibakar.

BACA JUGA: Cara Buat Bingka Ubi Sedap Dan Lembut! Resepi Mudah Untuk Hidangan Minum Petang!

BAHAN-BAHAN UNTUK LAYER PUTIH PUDING OREO DI TENGAH:

  • Santan kotak 500 gram
  • Susu full cream atau susu cair 500 gram
  • Whipping cream 100 gram (yang ini terpulang ingin letak atau tak)
  • Gula halus 140 gram (terpulang untuk tahap manis kita suka. Boleh kurangkan jika mahu)
  • Agar-agar serbuk 9 gram
  • Garam sedikit
  • Tepung jagung 2 teaspoon

CARA MEMBUAT LAYER PUTIH PUDING OREO:

▶️ Nyalakan api dan campurkan kesemua bahan dalam periuk. Waktu ni kacaukan bahan tanpa henti dengan api yang sederhana untuk elakkan hangus atau berketul.

▶️ Selepas tu boleh padamkan api dan tunggu sekejap sehingga suam.

▶️ Patah-patahkan oreo dan masukkan ke dalamnya.

▶️ Tuang di atas kek red velvet tadi.

 

BAHAN-BAHAN LAYER COKLAT PUDING OREO PALING ATAS:

  • Susu coklat dutch lady 900 ml
  • Serbuk agar-agar 9 gram
  • Coco powder 1 sudu makan
  • Choc paste 2 teaspoon untuk menambahkan warna coklat yang lagi cantik
  • Biskut oreo (yang akan diletakkan atas permukaan sebagai topping)

CARA MEMBUAT LAYER COKLAT PUDING OREO:

▶️ Campurkan kesemua bahan dalam periuk dan kacaukan sehingga sebati. Dengan api yang sederhana, kacaukan ia tanpa henti untuk elakkan hangus.

▶️ Setelah siap boleh tutup api dan tunggu sehingga suam.

▶️ Sedia untuk dituangkan ke atas layer putih tadi. Sebelum tu kelar-kelarkan layer putih dengan garpu untuk pastikan adunan layer coklat atas sekali melekat dengannya.

▶️ Sesudah lorek, tuangkan layer coklat di atasnya.

▶️ Dan akhir sekali susun atau hiaskan dengan oreo di atas permukaan.

Dah siap sempurna ketiga-tiga layer puding red velvet oreo kita!

Adunan ni bersesuaian dengan menggunakan loyang bersaiz 9×9 inci. Hasilnya akan terbentuk cantik dengan ketebalannya.

Kalau dimasukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan, lagi bertambah sedap dan menyegarkan. Perasa coklat, susu, dan oreo ni satu kombinasi menarik yang memberikan rasa lemak dan manis secukupnya.

Kalau inginkan kepelbagaian, boleh cuba menukar perasa seperti milo, kopi, dan sebagainya untuk layer di atas. Puding berlapis ni paling best untuk disediakan sebab boleh mempelbagaikan lagi perasa mengikut kesukaan kita.

Resepi puding red velvet oreo yang dikongsikan ni boleh dijadikan panduan bagi yang ingin belajar buat pemanis mulut yang mempunyai lapisan kek dan puding. Selebihnya nanti boleh diolah mengikut citarasa yang kita mahukan. Sangat mudah kan?

Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.