Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Cara Buat Kek Gulung Yang Mudah Dan Pelbagai Perisa. Makanan Legend Zaman Dulu-Dulu!

0

Kalau dulu makan kek gulung jenama apollo je. beli dekat kedai RM2 tu ada banyak perisa. Rupa-rupanya dah ramai yang kongsikan resepi nak buat kek gulung ni.

Siapa je yang tak suka makan kek gulung ni kan? Dengan krim yang tak manis sangat, kek boleh buat pelbagai perisa. Semuanya kita boleh adjust ikut kesukaan kita sendiri.

Antara waktu yang sesuai nak buat kek gulung ni, mestilah untuk disediakan sebagai hidangan minum petang, ada event kecil kecilan seperti sambutan hari jadi ke, atau nak buat hidangan untuk tetamu yang datang pun boleh.

Kek gulung ni, kalau buat tak boleh buat sikit, sebab anak-anak semua suka! Bila tengok pada perkongsian resepi ni, nampak sangat mudah nak buat. Bahan-bahan yang digunakan pun semuanya senang je nak dapat.

Jom saya kongsikan resepi daripada Cik Puan Earney Atyesha kita ni yang kongsikan macam mana cara dia buat kek gulung ni dan apa bahan yang digunakan.

 

RESEPI KEK GULUNG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 3 biji telur ( Gred A) – boleh pakai 4 biji jika gunakan Gred B
  • 60 gm tepung gandum anggaran dalam ½ cawan
  • 80 gm gula pasir lebih kurang ¾ cawan

Pastikan gunakan sukatan cawan yang sama. Supaya semua bahan tepat dan hasilnya menjadi cantik. Tapi jika ada penimbang tepung, sebaiknya gunakan penimbang dulu ya.

CARA PENYEDIAAN KEK GULUNG :

▶  Mula-mula sekali, dengan menggunakan whisk, pukul telur sehingga berbuih.

▶  Kemudian, dalam mangkuk yang lain, masukkan air panas dan buat teknik double boiler. Kacau selalu hingga telur kita menjadi suam. Cara cek suhu, boleh je celupkan dengan hujung jari untuk pastikan telur kita dalam keadaan suam. Boleh alihkan air panas.

▶  Masukkan gula ke dalam mangkuk telur. Pukul dengan menggunakan mixer. Pukul sehingga kembang dan jadi gebu.

BACA JUGA: Cara Buat Creampuff Yang Sedap Dan Gebu. Ikut step By Step Pasti Menjadi!

▶  Pastikan hasil telur dan gula yang dipukul untuk sampai bertanduk ye. Atau boleh juga cek menggunakan pencungkil gigi. Bila letak dia berdiri tegak je tak jatuh, maknanya sudah kembang elok.

▶  Seterusnya ayak tepung gandum dan masukkan sekali dalam mangkuk. Gaulkan menggunakan spatula.

▶  Panaskan oven, masukkan adunan dalam Loyang yang leper. Bakar selama 15 minit menggunakan suhu sebanyak 170 darjah Celsius.

▶  Bila dah siap masak, sejukkan sekejap.

▶  Balut kek menggunakan plastic wrap. Tujuan dia adalah supaya kek kita tidak kering. Biarkan sehingga kek kita betul -betul sejuk.

▶  Untuk filling kek gulung kita terpulang sama ada nak gunakan sama ada jem strawberi, Nutella atau buttercream. Boleh juga gunakan fresh cream vivo. Putar bahan sampai gebu je, lepas tu sedia untuk disapu atas kek kita.

▶  Sapu rata bahan filling kita atas kek, pastikan kek betul- betul sejuk tau. Jangan letakkan filling terlalu tebal, nanti kek kita comot dan kalau tebal susah untuk digulung.

▶  Boleh taburkan apa-apa yang ada seperti cokclat cip, coklat rice dan sebagainya.

▶  Kemudian, gulung kek kita cantik-cantik dan kemas-kemas.

▶  Bila dah gulung, simpankan dalam peti sejuk selama 2 atau 3 jam.

▶  Potong nanti moist je sebab dah sejuk.

Wah! Tengok hasil dia memang nampak menarik dan tak sabar nak rasa. Untuk kita buat pelbagai rasa, boleh gantikan filling kita ikut apa yang kita suka.

Untuk membuat kek kita rasa pandan pula, masukkn sedikit perisa pandan dan pewarna hijau untuk naikkan aroma pandan.

Seronok rasa bila kita dah tahu cara nak buat kek gulung ni. Resepi yang mudah nak buat, dan hasil yang kita dapat pun sedap sangat-sangat!

Adunan yang dikongsikan di atas ni, tidaklah banyak dan besar. Jika nak buat untuk majlis keramaian, atau nak hidangkan kepada tetamu yang ramai, boleh je double kan portion mengikut banyak mana yang kita nak.

Kalau nak buat untuk makan sendiri, buat dan biarkan dalam peti ais. Bila nak makan je boleh keluarkan dan sedia untuk dihidangkan.

Jadi, saya ucapkan selamat mencuba ya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.