Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Cara Buat Ikan Siakap Stim Limau Paling Simple. Resepi Mudah Wajib Kita Cuba!

0

Bila makan dekat kedai, wajib oder makanan ala Thai. Sama ada siakap 3 rasa, atau tomyom seafood, ataupun ikan siakap stim limau ni. Confirm bertambah nasi dibuatnya!

Kalau memang tekak suka makan pedas, makan masam dan makan makanan ala Thailand, tu je lah ordernya. Sedap dia memang tak boleh bawak bincang dah.

Makanan macam ni seronok dan bestnya dia buat sekali dan guna ikan yang seekor je besar, tapi boleh makan satu keluarga! Senang kan macam tu. Tak ada lah nak kene masak berkali-kali.

Dalam perkongsian kali ni, saya nak share macam mana nak buat Ikan Siakap stim limau ni. Serious simple dan rasa dia memang sedap! Resepi daripada Cik Puan Shya ni memang nampak mudah dan senang nak follow.

 

RESEPI SIAKAP STIM LIMAU PALING SIMPLE

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Ikan siakap – 1 ekor
  • Halia – 4 inci ( lagi banyak lagi sedap)
  • Serai – 5-7 batang
  • Bawang putih – 10 ulas (lagi banyak lagi sedap)
  • Bawang merah besar – 1 biji
  • Bawang holland besar – 1 biji
  • Cili besar merah – 1 tangkai
  • Cili kecik merah – 5 tangkai
  • Cili kecik hijau – 5 tangkai
  • Tomato besar – 1 biji

  • Buah lemon – 1 biji (perah dan ambik jus sahaja)
  • Kiub ayam Knorr – 2 kiub
  • Pati limau nipis – secukup rasa
  • Sos ikan Thai – secukup rasa
  • Garam, Perasa dan juga Gula – secukup rasa
  • Daun ketumbar

CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP STIM LIMAU PALING SIMPLE :

▶ Mula-mula, siang dan bersihkan ikan siakap.

▶ Kemudian perap ikan bersama kiub ayam yang dicampurkan dengan pati limau nipis. Biarkan seketika.

▶ Potong dadu semua bahan-bahan dan sumbatkan dalam perut ikan siakap tu.

▶ Letakkan ikan dalam kuali. Masukkan dalam perut tu sehingga penuh sahaja, tak perlu habiskan sebab baki boleh taburkan atas ikan sahaja nanti.

▶ Masukkan jus lemin dan pati limau nipis. Letakkan di atas ikan tadi. Masukkan bersama sos ikan, sedikit garam, serbuk perasa dan juga gula.

▶ Masukkan air dalam kuali dan tutup kuali. Pasang api dan masak sehingga ikan masak sepenuhnya.

▶ Sebelum tutup api, taburkan daun ketumbar yang siap dihiris. Gaul rata semua bahan, biarkan seketika. Rasakan dan tambah apa yang kurang.

BACA JUGA: Cara Buat Ikan Bawal Masak Kari Yang Sedap. Resepi Simple Dan Semua Orang Boleh Buat!

TIP :

▶ Garam tak perlu letak banyak sebab sos ikan dah masin.

Apa yang menariknya resepi ni walaupun nama dia ikan stim limau  tapi tidak gunakan periuk kukus pun. Ni lah rahsia resepi dan cara masak yang sama macam di kedai Thai tu.

Makan ikan siakap stim limau ni sedap kalau dihidangkan dengan sayur kalian ikan masin dengan sambal belacan. Hidangkan masakan-masakan ni pun dah cukup rasa sedap!

Untuk yang mana baru nak belajar masak, cuba lah buat resepi ikan siakap ni. Selain ikan siakap 3 rasa, ikan siakap stim limau ni memang ramai yang suka dan gemarkan. Makan je confirm tambah nasi!

Kalau tak dapat nak buat sekarang, sharekan dulu dekat facebook masing-masing supaya boleh lepas ni kita nak rujuk balik bila nak buat nanti. Atau pun mana lah tahu jika ada orang lain boleh dapat manfaat daripada perkongsian ini.

Yang mana cuba nak buat, boleh cuba buat dan hidangkan untuk family tercinta. Hidangkan waktu makan tengah hari boleh, waktu makan malam pun sedap! Lagi sedap bila makan bersma keluarga tercinta!

Leave A Reply

Your email address will not be published.