Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Cara Buat Ikan Cencaru Sumbat Sambal Lada. Resepi Sedap Terangkat Dan Semua Wajib Cuba!

0

Pada yang suka ikan cencaru sumbat, resepi yang mana satu anda suka? Ikan sumbat kelapa atau ikan sumbat sambal lada? Nak ikutkan, masing-masing ada rasanya tersendiri, namun kedua-duanya memang sedap bila dimakan dengan nasi putih dan ulam.

Ikan cencaru ni memang sesuai untuk buat ikan sumbat sebab kulitnya yang tebal. Cara masaknya boleh buat secara bakar atau goreng. Jadi, bila sumbat kelapa atau sambal lada dalam ikan ni dan digoreng atau dibakar, memang padulah rasa dia.

Kalau ada ikan cencaru dalam peti sejuk tu dan tak tau nak masak apa, jom buat ikan sumbat ni. Resepi kali ni saya nak kongsikan cara buat ikan cencaru sumbat sambal lada yang mudah je untuk sediakan.

Yang membuatkan rasanya sedap bukan semata-mata ikan tu. Tapi sambal lada yang disumbat di dalamnya. Bayangkan sambal lada yang padu dimasukkan ke dalam ikan.

Bila dibakar atau goreng je, terus meresap ke dalam isi ikan. Memang terangkat habis rasa dia. Perkongsian resepi ni dari Iryani Zaki. Cara buatnya pun senang je. Jom kita lihat resepinya.

 

IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL LADA

Bagi yang biasa buat ikan cencaru sumbat ni, kebanyakannya lebih suka bakar sebab katanya lebih sedap. Tapi sekarang ni ramai juga yang goreng sebab lebih mudah dan rasanya juga tak kurang enaknya. Yang penting sambalnya kenalah sedap dan padu!

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Bawang merah 4 ulas
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Tomato 2 biji
  • Nissan kabung
  • Halia sedikit
  • Asam jawa
  • Lada kering besar yang dah siap dikisar sebanyak 2 sudu besar
  • Cili padi (ikut pada yang suka pedas lagi. Tak nak letak pun tak apa)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Ikan cencaru 2 ekor

Cara buat ikan cencaru sumbat sambal lada:

▶️ Sebelum mula, bersihkan ikan dulu dan hiris bahagian di atasnya.

▶️ Kemudian sapukan sikit garam dan kunyit. Dan ketepikan dulu.

▶️ Tumbuk bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia hingga lumat. Kalau nak kisar dengan blender pun boleh juga. Masukkan sikit air masak kisar tu.

▶️ Seterusnya potong tomato secara dadu dan gaulkan dengan bahan yang dah dikisar tadi.

▶️ Kemudian masukkan 2 sudu besar cili kisar dan gaulkan kesemuanya lagi sehingga sebati.

▶️ Selepas tu masukkan Nissan kabung, asam jawa, garam dan gula. Gaulkan sehingga sebati dan boleh rasa. Boleh adjust untuk dapatkan rasa masin, masam dan manis secukup rasa.

▶️ Setelah dah sebati rasa dia, sumbat sambal lada ni ke dalam ikan dan biarkan sekejap.

▶️ Pecahkan telur dalam mangkuk lain dan ketuk. Sapukan telur tu pada bahagian sambal yang disumbat supaya ianya tak terkeluar semasa digoreng.

▶️ Selepas tu boleh terus goreng (atau bakar).

▶️ Dah masak sambal dan garing ikannya, bolehlah angkat.

BACA JUGA: Resepi Sambal Ayam Goreng Balado Padu Dan Terangkat! Mudah Yang Semua Orang Boleh Buat!

Sedia dihidangkan. Ikan sumbat ni kalau siap dimasak memang kadang-kadang tu rupanya tak begitu cantik. Tapi rasa dia sangat sedap. Makan dengan nasi panas dan dihidangkan bersama ulam waktu makan tengah hari memang layan.

Bagi yang nak bakar ikan sumbat ni, boleh balutkan dulu dengan daun pisang kemudian terus bakar, barulah rasa dan aromanya lebih memikat. Hidangannya pun lebih cantik dan berselera.

Serious sangat sedap dan paling penting mudah je cara buat ikan cencaru sumbat sambal lada ni. Nanti bolehlah masak untuk hidangan keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.