Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Cara Buat Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Dengan Pucuk Ubi Marvellous! Resepi Original Dari Negeri Sembilan!

0

Masakan daging salai memang famous dekat Negeri Sembilan! Memang kalau ke sana, wajib rasa daging salai masak lemak cili padi macam ni. Bau aroma daging yang disalai tu memang sedap sangat-sangat!

Sebenarnya nak buat daging salai ni, kita boleh matchkan dia dengan pucuk ubi, dengan cendawan kukur, atau boleh juga dengan belimbing buluh. Rasa dia perrgh! Memang layanz.

Kalau di bulan puasa, memang wajib beli masakan daging salai ni dekat bazar Ramadhan. Fressh orang kedai salai daging dekat gerainya. Siapa yang belum rasa memang wajib cuba.

Selain daging salai, masakan gulai masak lemak cili padi ni boleh juga dibuat dengan ikan keli salai, puyuh salai, itik salai, ayam kampung salai, siput sedut salai dan banyak lagi lah. Rasa dia tak perlu dibincang lagi dah. Memang padu!

Rasanya tak sama tau dengan masak lemak cili padi daging tu. Rasa dia lebih padu dan memang terangkat! Sedap tak terkatalah kiranya. Jom saya kongsikan resepi yang disharekan oleh Tuan Muhamad Muktamin Bin Abdul Karim kita ni. Serious senang je nak buat dia.

 

RESEPI GULAI DAGING SALAI PUCUK UBI

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Daging salai dihiris nipis ( jangan terlalu nipis ya)
  • 1 Ikat pucuk ubi ( tumbuk sedikit sehingga separuh lumat )
  • 1 kuntum bunga kantan ( belah 4)
  • ¾ batang serai ( dititik sedikit hancur )
  • 1 biji kelapa ( Ambil santannya )
  • Terung rambang ( jika ada. Boleh tumbuk separuh lumat atau belah ½ )
  • Cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN DAGING SALAI PUCUK UBI :

▶ Mula-mula sekali, tumbuk cili padi, kunyit hidup dengan sedikit garam sehingga hancur lumat. Boleh juga dikisar dengan sedikit air. Kisar sampai hancur dan jadikan sebagai pes.

▶ Masukkan semua bahan-bahan termasuk bahan kisar ke dalam kuali. Hanya daging tak perlu masukkan lagi.

▶ Pasang api dengan sederhana perlahan dan masak sehingga cili kita betul-betul masak dan sehingga pucuk ubi kita sedikit lembut.

▶ Seterusnya, masukkan daging salai. Biarkan masak sekejap sehingga kuah jadi pekat.

▶ Teruskan memasak sehingga daging kita lembut.

▶ Boleh rasa dulu jika ada yang kurang rasa, boleh tambahkan untuk dapatkan rasa dan aroma yang terbaik!

▶ Jika suka, boleh masukkan asam keping. Ada yang tidak suka, tak perlu masukkan.

▶ Rasa semua dah okay, boleh padamkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Waah! Senang sangat je kan nak buat gulai masak lemak cili padi daging salai ni. Masukkan semua dalam kuali, lepas tu tunggu sekejap sampai masak, dah siap!

Bila buat masakan kuah masak lemak cili padi ni, memang jarang nak buat sikit. Kuah yang sedap dengan aroma smoke atau salai tu, sedap betul dibuat sebagai pencicah kepada cekodok.

BACA JUGA: Resepi Nasi Minyak Kurma Ayam Paling Sedap! Hidangan Lauk Lengkap Macam Kenduri!

Jadi, waktu petang nanti dah selesai untuk menu minum petang kita. Tinggal goreng cekodok sahaja kemudian boleh cicahkan dengan kuah masak lemak cili padi ni. Memang terbaik rasa dia!

Kalau yang mana baru je nak cuba belajar memasak tu, dan nak buat masak lemak cili padi tak kisah masak ayam ke, masak daging salai ke boleh je follow dan ikut resepi mudah ni.

Serious sangat sedap dan yang paling penting nak buat dia pun mudah je! Semua orang boleh buat dan hasilkan rasa daging salai masak lemak cili padi yang sedap.

Kepada yang baru nak mencuba, saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.