Orang kata kalau nak buat kuih atau desert ni, jangan derhaka dengan resepi. Ramai yang takut-takut untuk mencuba buat creampuff ni. Ye lah. Tengok je dah rasa macam susah nak buat. Tapi kalau betul dengan caranya, dapatlah menikmati creampuff yang enak dan fluffy!
Creampuff ni antara pemanis mulut yang orang paling suka tak kira mak-mak atau budak. Selalunya kalau teringin nak makan, beli je kat kedai sebab tak terlintas nak membuatnya sendiri.
Bila dah beli je tu, faham-faham je lah, mesti ada yang kadang-kadang filling di dalamnya tu tak kena pada tekak kita dan tak memenuhi citarasa. Kadang-kadangnya pula fillingnya tu juga keras dan kurang sedap untuk dinikmati.
Puffnya tu juga memainkan peranan penting! Kalau tak gebu gebas masa menggigitnya, potong selera juga kan. Jadi, untuk pastikan creampuff kita ni sedap dimakan sampai berulang kali, perlulah pastikan filling di dalamnya creamy atau lembut, dan puff kembang gebu dengan jayanya.
Bila dah rasa teragak kat tekak tu apa kata terus buat sendiri. Saya akan kongsikan resepi yang diberikan oleh Nuralia Idayu ni. Jelas penerangannya mengikut step. Ikut je langkah yang disediakan, InsyaAllah menjadi.
CREAMPUFF
Filling atau cream di dalamnya:
Bahan-bahan:
- Susu segar 1 suku cawan
- Kuning telur 2 biji
- Tepung jagung 3 sudu besar
- Tepung gandum 1 sudu besar
- Gula kastor suku atau ¼ cawan ikut tahap kemanisan kita nak. Kalau nak manis lagi boleh tambah.
- Suku atau ¼ sudu kecil garam
- Vanila esen 1 sudu kecil
- Unsalted butter 2 sudu besar
- Non-dairy wipping cream 1 cawan
CARA PENYEDIAAN CREAMPUFF LEMBUT:
▶️ Mula-mula sediakan bekas dan masukkan tepung jagung, tepung gandum, telur, gula kastor dan juga garam. Lepas tu whisk sampai adunannya sebati.
▶️ Dalam periuk lain pula, tuangkan susu dan panaskan sekejap. Tak perlu sampai mendidih. Kemudian tuang susu tu ke dalam bekas adunan tadi sambil kacau-kacau atau whisk. Dah sebati tu, tuang balik ke dalam periuk dan tenggekkan atas api yang sederhana.
▶️ Jangan lupa sentiasa kacau. Sambil tu tuangkan vanila esen.
BACA JUGA: Cara Simple Buat Cakoi Yang Sedap Dan Lembut Walaupun Sejuk! Resepi Sos Manis Pandan Yang Awesome!
▶️ Sehingga adunan kelihatan pekat, dah boleh tutup api. Kemudian masukkan semula dalam bekas tadi untuk disejukkan selama 1 hingga 2 jam.
▶️ Hampir nak 2 jam tu, bolehlah putar non dairy whipping cream. Gunakan mixer dan putar sampai gebu dan naik kembang.
▶️ Seterusnya adunan telur dan tepung yang dah sejuk tadi boleh dicampur dengan whipping cream. Kaupnya sikit-sikit bagi sebati.
▶️ Dan akhir sekali masukkan dalam piping bag untuk mudah dimasukkan dalam puff nanti. Dan terus masuk ke dalam fridge.
▶️ Dah siap untuk bahagian cream!
CARA BUAT PUFF:
Bahan diperlukan:
- Air secawan
- Butter setengah cawan
- Gula sesudu besar
- Garam suku atau ¼ sudu kecil
- Vanilla esen sesudu kecil
- Tepung gandum secawan
- Telur 3 ke 4 biji (ikut saiz telur kita guna. Kalau telur kecil gunalah 4 biji)
CARA PENYEDIAAN PUFF:
▶️ Mula-mula letakkan periuk atas dapur dan buka api sederhana. Masukkan secawan air tadi kemudian butter, garam dan gula. Kacau sehingga gula tu larut.
▶️ Tuang vanila esen.
▶️ Seterusnya masuk kesemua tepung gandum tadi. Masa ni api kecil sahaja ya. Lepas kacau tu adunan akan sebati, dan nampak bertukar menjadi doh. Kalau pakai periuk biasa, adunan tu nampaklah melekat-lekat di dinding periuk. Dan kalau pakai periuk non-sticky pula, ianya licin tak melekat. Tapi itu tidaklah menjadi masalah.
▶️ Setelah tu bolehlah padamkan api dan sejukkan dalam 5-10 minit.
▶️ Lepas 10 minit, masukkan telur. Telur tu perlulah dimasukkan sebiji-sebiji dan putar. Jangan masukkan kesemuanya serentak. Kalau saiz telur kecil, boleh masukkan 4 biji. Dan sekiranya besar, cukup sekadar 3 biji sahaja.
▶️ Masa ni ada perubahan pada adunan yang akan nampak lebih berkilat. Selepas tu masukkan ke dalam piping bag dan ready untuk dibentukkan ke atas tray. Pakailah nozzles yang anda suka ikut bentuk puff yang diinginkan.
▶️ Saiznya pula ikut suka. Kalau bentuknya baby size, bolehlah dapat dalam 30-40 biji untuk kuantiti adunan ni.
▶️ Dan akhir sekali bakar dalam oven pada suhu 160c selama 30 ke 40 minit mengikut oven masing-masing.
Masa proses membakar ni lah dapat lihat sama ada puff kita menjadi atau tak. Bila dah gebu dan kembang macam ni, confirm jadi!
Tapi tak cukup dengan itu lagi. Nak pastikan ianya betul-betul jadi, lepas masak tu boleh buka kulit puff untuk lihat di dalamnya. Kalau kosong macam ni, sah ianya menjadi. Masa ini dah boleh masukkan fillingnya.
Cara nak isi cream dalam puff ni terpulang nak buat bagaimana. Ada yang tebuk sahaja di bahagian tepi dan picitkan cream ke dalam. Ada yang membelahnya di tengah-tengah. Ikutlah kesukaan masing-masing.
Dah siap pun creampuff sedap dan gebu gebas ni! Kalau dapat dalam 30-40 biji baby size macam ni, dah cukup puas untuk dimakan 1 keluarga kan. Jimat dan berbaloi buat sendiri.
Sebenarnya ada bermacam perisa cream lagi boleh dibuat. Ada yang berperisa strawberi, coklat, kastard, dan macam-macam lagi. Selepas dah mahir dengan cara buat creampuff yang sedap ni, bolehlah nanti cuba buat pelbagai lagi perasa untuk creamnya.
Perkongisan resepi ni cukup membantu kita kan. Nanti bolehlah buat untuk dihidangkan dalam majlis hari jadi, atau pemanis mulut untuk anak-anak pada hujung minggu. Serious puas dan sedap untuk dinikmati.
Selamat mencuba!