Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Cara Buat Burger Prosperity Ala Mcd Yang Super Sedap. Guna Daging Burger Biasa Je. Lepas Ni Boleh Buat Sendiri!

0

Ramai tak kat sini peminat Mcd? Kalau biasa pergi makan Mcd mesti tau yang burger prosperity ni tak selalunya ada. Ikut season dia je. Sayang je kan bila kita dah jatuh cinta dengan burger prosperity ni, nak repeat makan dah tak boleh.

Jangan risau, sebenarnya anda boleh buat sendiri burger prosperity homemade guna daging burger biasa je! Anytime boleh makan, rasa pun sedap dan tambahan lagi jauh lebih jimat. Yelah, kalau order set burger prosperity ni boleh mencecah harga sampai belasan ringgit.

Cara buat burger prosperity ala Mcd ni mudah je. Yang pentingnya ialah sos blackpepper dan daging yang digunakan. Memang boom rasa dia kalau berjaya buat sos blackpepper yang pekat dan cukup rasa.

Mujur jumpa resepi yang dikongsikan oleh Yahya Norhasliza ni. Tengok cara penyediaannya simple, dan kuah blackpepper yang terhasil juga nampak menyelerakan. Bahan yang digunakan pun tak banyak.

Puas ni kalau dapat sediakan untuk makan sendiri dan untuk family. Boleh buat sekali banyak! Yang tak pernah makan burger prosperity ni bolehlah cuba buat sebab senang je. Mana tau terus jatuh cinta.

 

BURGER PROSPERITY ALA MCD

Sos blackpepper yang akan dicelup dengan daging burger nanti biasanya dipanggil gravy ataupun kuah. Gravy ini lah ‘signature’ bagi burger prosperity ni. Menjadi je gravi ni, memang padulah rasa burger prosperity kita!

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Campbell Mushroom creamy 1 tin
  • Bawang holland 1 labu
  • Rempah daging blackpepper Maggie 2 sudu kecil
  • Kiub ayam Knorr ½ kiub
  • Susu fresh milk ½ cawan
  • Air setengah cawan (atau ikut kepekatan gravy yang kita mahu)
  • Kicap Jalen 3 sudu makan (yang ini akan memberi warna gelap pada kuah. Terpulang nak kepekatan macam mana)
  • Serbuk lada hitam kasar 2 atau 3 sudu makan (ikut juga tahap kepedasan masing-masing. Serbuk ni boleh blend sendiri atau beli yang dah memang sedia siap)
  • Patty daging burger (guna burger Ramly)
  • Roti bun hotdog (pakai roti vanilla kosong sebab nak kan aroma vanilla yang wangi)

Cara buat burger prosperity ala Mcd:

▶️ Panaskan kuali atau periuk tanpa minyak.

▶️ Kemudian tuang kesemua isi dalam tin Campbell.

▶️ Masukkan pula kesemua bahan lain iaitu fresh milk, serbuk lada hitam, kiub ayam, serbuk daging black pepper Maggie, kicap dan air. Kacau sehingga kesemua bahan larut sebati.

▶️ Bagi air dan kicap tu, boleh adjust ikut tahap kepekatan gravy yang anda mahu.

▶️ Masak sehingga mendidih. Selepas mendidih tutup api.

▶️ Potong bawang holland secara dadu. Lagi best potong tak halus sebab nanti rasa crunchy masa gigit. Namun bagi yang tak suka bawang, boleh kurangkan atau tak perlu letak.

▶️ Dah siap gravy blackpepper!

▶️ Sekarang sediakan dagingnya pula. Untuk 1 hidangan burger, guna 1 setengah pcs patty daging.

▶️ Bentukkan patty daging tu supaya lonjong dan panjang. Dan lenyek-lenyekkan supaya nipis sedikit.  Kalau tebal sangat nanti lambat masak.

▶️ Panaskan kuali, dan goreng patty daging tanpa minyak. Minyak dan lemak daging akan keluar sendiri nanti.

BACA JUGA: Cara Masak Nasi Butter Ala KFC! Resepi Lengkap Dengan Ayam Goreng KFC Siap Ada Sup Meatball Yang Simple!

▶️ Tak perlu tambahkan apa-apa perasa seperti garam sebab gravy sahaja dah cukup rasa lemak, manis dan masin.

▶️ Dah masak boleh angkat.

▶️ Belah tengah roti bun hotdog dan sapukan sikit mentega. Kalau nak panaskan sikit atas kuali pun boleh.

▶️ Celupkan daging ke dalam gravy blackpepper dan letakkan atas roti.

▶️ Nak lagi sedap, boleh taburkan bawang holland yang dihiris panjang seperti Mcd tu. Boleh juga letakkan cheese dan salad ikut citarasa sendiri.

▶️ Sedia dihidangkan.

Sebenarnya cara hidangan tu ikut creativity masing-masing. Kalau suka, boleh juga hidangkan seperti burger yang anda selalu makan. Contohnya letakkan mayonis, tomato dan macam-macam lagi.

Tapi kalau nak ikutkan, hidangan daging dengan gravy blackpepper dan roti tu je pun dah cukup menyelerakan. Kadang-kadang terlampau banyak bahan pun boleh lari rasa dia.

Lepas ni kalau teringin nak makan burger prosperity ni, bolehlah buat sendiri. Senang je kan cara buatnya. Nak buat untuk anak-anak selalu pun no hal lah! Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.