Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Cara Buat Asam Pedas Ikan Pari Follow Resepi Original Melaka. Rasanya Memang Padu!

0

Lepas ni bila rasa nak makan asam pedas, tak perlu lagi nak drive jauh ke Melaka untuk rasa masakan asam pedas ikan pari dengan resepi original. Dari dapur kita sendiri dah boleh hasilkan asam pedas yang sedap dan padu ni.

Nak buat asam pedas ni kan, kalau ikutkan guna ikan apa pun sedap. Ada orang suka guna ikan pari, ada yang suka guna ikan kembung, ikan tenggiri, ada juga yang gunakan ayam tau! Rasa dia mestilah berbeza tapi kena dengan selera kita.

Dalam perkongsian kali ni, saya nak kongsikan macam mana nak buat asam pedas dengan resepi original atau pior dari Melaka. Resepi orang lama-lama yang patut kita jaga dan praktikkan dalam dapur kita.

Untuk yang baru nak belajar, sesuai sangatlah kalau nak buat masak asam pedas dengan follow resepi ni. Senang, dan semua bahan mudah je yang digunakan. Jom saya kongsikan resepi Tuan Mohamad Arymin ni.

 

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI RESEPI ORIGINAL MELAKA

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1kg Ikan Pari
  • 3 genggam Cili Kering ( Gunting dan rebus bagi lembut )
  • 8 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • Kunyit Hidup ( sebesar ibu jari )
  • 3 batang serai ( diracik halus )
  • 1 cm lengkua ( dihiris halus )
  • ¼ paket Asam Jawa ( bancuh dengan air )
  • 2 sudu Black pepper ( ditumbuk kasar )
  • 4 biji tomato ( dibelah 4 )
  • 5 batang bendi
  • Daun Kesum
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Garam dan seasoning Maggi cukup Rasa

CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS IKAN PARI :

▶ Mula-mula sekali, potong ikan pari dan basuh bersih-bersih. Toskan, ketepikan seketika.

▶ Seterusnya, kisar bawang merah, cili kering, bawang putih, kunyit, serai dan lengkuas. Kisar sampai hancur tau.

▶ Kemudian, panaskan minyak. Bila minyak dah panas, tumis bahan yang kita kisar tadi sehingga sedikit garing atau naik minyak.

▶ Bila dah garing, masukkan air asam jawa. Biarkan seketika sehingga kuahnya mendidih.

▶ Dah mendidih, masukkan ikan. Masak seketika, biar ikan masak sepenuhnya.

▶ Boleh masukkan daun kesum, tomato dan juga black pepper.  Kacau supaya semua bahan masak.

▶ Akhir sekali, perasakan dengan garam dan juga sebuk perasa makanan.

▶ Rasa semua dah okay, boleh padamkan api!

Siap dan sedia untuk dihidangkan.

 BACA JUGA: Resepi Sotong Stim Limau Ala Thai Paling Sedap! Sangat Mudah Dan Cepat Penyediaannya!

Fuuh! Makan asam pedas ikan pari ni dengan sambal belacan dan ada telur dadar memang padu. Pedas-pedas masam macam ni makan dengan nasi panas. Memang betul-betul rasa sedap.

Kalau balik kampung ke atau mak ayah datang ke rumah kita, sesekali boleh hidangkan dengan masakan asam pedas ni. Confirm mereka akan suka. Dapat pula gigit bendi rangup kegemaran mereka.

Selain bendi, tomato pun salah satu sayuran yang boleh kita gunakan dan masukkan dalam masakan asam pedas kita ni.

Senangkan bila kita tahu macam mana nak buat masak asam pedas ni. Bila rasa nak buat je, bahan ada terus boleh siapkan. Dalam banyak-banyak ikan yang sesuai dibuat masak asam pedas ni ialah ikan pari, ikan kembung, atau ikan jenahak.

Kepada yang mana baru nak belajar buat masakan asam pedas ni, follow je resepi ni, serious menjadi walaupun baru pertama kali buat tau!

Jangan lupa sharekan di wall facebook masing-masing ye. Senang nak scroll baliak nanti. Untung-untung ada yang dapat manfaat daripada perkongsian kita ni.

Saya ucapkan selamat menjamu selera dan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.